Stock Aitken Waterman
Stock Aitken Waterman,atau dikenali sebagai SAW, merupakan trio yang terdiri daripada penulis lagu dan penerbit UK yang banyak menghasilkan kejayaan sepanjang akhir 1980-an dan awal 1990-an. Mereka bertiga dikenali kerana kejayaan dalam penulisan lagu yang menghasilkan lebih 100 UK top 40 hits, menjual 40 juta rakaman dan memungut hasil £60 million (kira-kira $103.78 juta).[1] Mereka terdiri daripada Mike Stock, Matt Aitken dan Pete Waterman.
Perjalanan kerjaya
suntingSetelah bertemu dengan Matt Aitken dan Mike Stock, Peter Waterman menghubungi kedua-duanya pada 15 Januari 1984. Aitken dan Stock bekerjasama sebagai penerbit di bawah syarikat yang baru dibentuknya, Pete Waterman Limited (PWL). Hasil kerjasama mereka berjaya menempatkan lagu Anna Maria Lena yang dinyanyikan oleh penyanyi Greece, Andy Paul pada Mei 1984 menerusi Eurovision Song Contest. Pada mulanya, Stock, Aitken & Waterman menumpukan kepada genre Hi-NRG. Antara lagu ciptaan mereka yang bergenrekan Hi-NRG ialah "You Think You're a Man" (Divine) dan "Whatever I Do" oleh Hazell Dean. Puncak kejayaan Kerjaya mereka tiba setelah lagu mereka, "You Spin Me Round (Like a Record)" yang dibawakan "Dead or Alive" mendapat tangga pertama di carta single UK.
Kejayaan Dead or Alive dan gaya muzik Stock, Aitken & Waterman menarik perhatian kumpulan pop wanita Bananarama. Salah seorang anggotanya, Siobhan Fahey melahirkan niatnya kepada Stock, Aitken & Waterman untuk merakam semula lagu "Venus" yang pernah dibawakan Shocking Blue. Di Amerika Serikat, lagu "Venus" dari Bananarama berjaya menakluk tangga pertama di Billboard Hot 100. Trio Stock Aitken & Waterman akhirnya menjadi penerbit utama Bananarama. Kolaborasi bersama Bananarama menghasilkan sejumlah lagu-lagu popular seperti , "Love in the First Degree", "I Can't Help It", dan "I Heard a Rumour".
Artis dan organisasi yang pernah bekerjasama dengan Stock, Aitken & Waterman
suntingLagu-lagu popular
suntingBerikut ini adalah lagu ciptaab Stock, Aitken & Waterman yang pernah menduduki carta lagu di UK:
- 1985 "You Spin Me Round (Like a Record)", Dead or Alive
- 1987 "Respectable", Mel & Kim
- 1987 "Let It Be", Ferry Aid, lagu hit Beatles yang dinyanyikan semula
- 1987 "Never Gonna Give You Up", Rick Astley
- 1988 "I Should Be So Lucky", Kylie Minogue
- 1989 "Especially for You", Kylie Minogue & Jason Donovan
- 1989 "Too Many Broken Hearts", Jason Donovan
- 1989 "Hand on Your Heart", Kylie Minogue
- 1989 "Ferry Cross the Mersey", Christians, Holly Johnson, Paul McCartney, Gerry Marsden & SAW, lagu tahun 1964 milik Gerry and the Pacemakers yang dinyanyi semula
- 1989 "Sealed with a Kiss", Jason Donovan, single tahun 1960 dari Four Voices 1960 yang dinyanyikan semula
- 1989 "You'll Never Stop Me Loving You", Sonia
- 1989 "Do They Know It's Christmas?", Band Aid II
- 1990 "Tears on My Pillow", lagu tahun 1958 milik Little Anthony and the Imperials dinyayikan semula oleh Kylie Minogue.
Selain itu, lagu "Venus" dari Bananarama dan "Together Forever" dari Rick Astley pernah menduduki puncak tangga Billboard Hot 100 walaupun tidak berjaya di UK.