Strongylodon macrobotrys

spesies tumbuhan

Strongylodon macrobotrys ialah spesies tumbuhan jenis liana saka kekacang dalam keluarga Fabaceae[2] yang endemik kepada hutan tropika Filipina. Nama setempat tumbuhan ini ialah tayabak.[3]

Strongylodon macrobotrys
Setandan bunga tayabak mekar
di Taman Botani New York
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Strongylodon
Spesies:
S. macrobotrys
Nama binomial
Strongylodon macrobotrys
Sinonim[1]
  • Strongylodon megaphyllus Merr.
  • Strongylodon warburgii Perkins

Spesies ini tumbuh di kawasan hutan lembap, berdekatan anak sungai atau gaung.[4]

Botani sunting

Batang-batang pokok tayabak tebal dan berkayu dengan garis pusat sehingga 2 sentimeter dan boleh mencapai sepanjang 18 meter.[2] Batang-batang sulur ini digunakan untuk memanjat batang dan dahan-dahan pokok perumahnya untuk menerima cahaya matahari.[5]

Sehelai daun pokok tayabak terdiri daripada tiga anak daun, anak daun tengah yang paling besar.[2] Daun-daunnya tersusun berselang-seli dan merampak atas silara pokok perumahnya.[3]

Bunga sunting

Bunga tayabak berbentuk cakar atau paruh burung dengan ukuran 6 sm panjang dan berwarna firus.

Lebih daripada 75 kuntum bunga ini dijambakkan dalam tandan besar yang berjuntai dan boleh mencapai 1–3 meter (39–118 in) panjang. Bunga-bunga ini berevolusi membolehkan pendebungaan oleh seekor spesies kelawar yang hinggap terbalik pada jambak bunga ini untuk menghisap nektarnya.[2][4][5]

Buah sunting

Lenggainya pendek, segi empat panjang dan berisi dengan panjang 15 sm mengandungi sehingga 12 biji benih.[2]

Kegunaan sunting

Bunga muda tayabak boleh dimakan sebagai sayur di Filipina seperti bunga turi.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Strongylodon macrobotrys A. Gray". World Flora Online. World Flora Consortium. 2022. Dicapai pada 2 Disember 2022.
  2. ^ a b c d e "Plants & Fungi: Strongylodon macrobotrys". Kew Gardens. Royal Botanic Gardens, Kew. n.d. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2011.
  3. ^ a b Simpson, Donald (11 April 2019). "Strongylodon macrobotrys". Some Magnetic Island Plants. Dicapai pada 29 April 2022.
  4. ^ a b "Strongylodon macrobotrys A.Gray". Plants of the World Online. Dicapai pada 30 April 2022.
  5. ^ a b "Strongylodon macrobotrys". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. n.d. Dicapai pada 2 Disember 2022.
  6. ^ Polinag, Mercedita A. (2003). Food From the Wilderness (PDF). DENR Recommends. 12. Biro Pembangunan dan Penyelidikan Ekosistem, Jabatan Sumber Alam dan Persekitaran, Republik Filipina.