Suami, Isteri dan .....?
Suami, Isteri dan .....? ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia Malaysia 1996 yang ditayangkan pada 6 Jun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Suhan Panshacharam. Skrip untuk filem ini telah ditulis oleh Yusuf. Dibintangi Rosyam Nor, Lydiawati dan Sheila Rusly.
Suami, Isteri dan .....? | |
---|---|
Pengarah | Suhan Panshacharam |
Penulis | Yusuf Abas |
Dihasilkan oleh | Suhan Panshacharam |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Elias Maidin |
Muzik oleh | Shamsul Cairel |
Syarikat penerbitan | Berjaya Film Production |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 131 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingKebahagiaan rumahtangga Fatah dan Salmah yang dibina atas dasar cinta pertama. Akhirnya runtuh apabila timbul salah faham diantara mereka. Setelah Fatah membantu Jamilah mendapatkan tuntutan insuran berikut kematian suaminya. Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula dan terperanjat setelah mengetahui bahawa mereka bertugas di pejabat yang sama dimana Fatah sebagai ketuanya.
Pada suatu hari, Salmah telah cuba digoda oleh seseorang lelaki buaya yang satu pejabat dengannya. Oleh kerana kecewa apabila hasratnya tidak terbalas. Lelaki itu telah membuat fitnah kononnya dia telah menodai Salmah. Perkara tersebut membuatkan seluruh pejabat menjadi kecoh. Salmah yang pasrah dengan apa yang terjadi mula insaf dan menyesali perbuatannya terhadap Fatah sehingga menyebabkan mereka berpisah ketika dahulu. Akhirnya Salmah telah membuat keputusan untuk kembali kepada suaminya.
Pelakon
sunting- Rosyam Nor sebagai Fatah
- Lydiawati sebagai Salmah
- Sheila Rusly sebagai Jamilah
- Rosli Rahman Adam sebagai Mamat
- Erna Elliyana
- Jaafar Onn sebagai Bos
- Aishah Abdullah
- Hussein Abu Hassan
- R. Jaafar
- Kumin KU2
- Lan Zailan
- Aziz Sattar sebagai Bapa Pengantin
- Prono
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1997 | Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996 | Pelakon Wanita Terbaik | Lydiawati | Menang |