Suami Aku Ustaz (novel)

Suami Aku Ustaz ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Hannah Dhaniyah. Novel ini diterbitkan pada tahun 2004 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah filem yang ditayangkan pada 2015.[1][2]

Suami Aku Ustaz
Umum
PengarangHannah Dhaniyah
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga, agama
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
April 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman583
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246208

Sinopsis

sunting

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Keluaran dan legasi

sunting

Suami Aku Ustaz telah diadaptasikan ke filem oleh Ghaz Abu Bakar dan ditayangkan pada 14 Mei 2015, dibintangi oleh Ady Putra, Nora Danish, Izzue Islam dan Betty Rahmad.

Rujukan

sunting
  1. ^ Hannah Dhaniyah (2012). Suami Aku Ustaz. Karya Seni. ISBN 9789670246208.
  2. ^ Suami Aku Ustaz by Hannah Dhaniyah Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.