Suami Sebelah Rumah (novel)

novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Ana Sofiya

Suami Sebelah Rumah ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Ana Sofiya. Novel ini diterbitkan pada April 2014 oleh Fajar Pakeer. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.[1]

Suami Sebelah Rumah
Umum
PengarangAna Sofiya
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, komedi
Penerbitan
PenerbitPenerbitan Fajar Pakeer
Tarikh penerbitan
April 2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman506
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789673651948

Sinopsis sunting

Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...

“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna. “Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.

Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!

Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.

“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!

Keluaran dan legasi sunting

Suami Sebelah Rumah dikeluarkan pada 2014 oleh Fajar Pakeer. Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Iris bermula 2 Mac di TV3, dibintangi oleh Izzue Islam, Ayda Jebat, Nazrief Nazri dan Zulin Aziz.

Rujukan sunting

  1. ^ "Suami Sebelah Rumah by Ana Sofiya". Goodreads. Dicapai pada 7 Mac 2017.