Suami Tanpa Cinta
Drama romantik komedi adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil.
Suami Tanpa Cinta | |
---|---|
Genre | Drama Komedi |
Pengarah | MP Roslin |
Dibintangi oleh | Shukri Yahaya Janna Nick Cristina Suzanne Stockstill Mark Adam Sarah Hildebrand |
Lagu pembukaan | "Mungkin Saja" nyanyian Janna Nick |
Lagu penutup | "Mungkin Saja" nyanyian Janna Nick |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10 malam |
Syarikat penerbitan | (Pena Creative Picture Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Astro Ria HD (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 4 April 2016 – 28 April 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Aku Bukan Bimbo |
Diikuti oleh | Dia Semanis Honey |
SinopsisSunting
Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.
Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.
Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walau bagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.
Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.
Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?
PelakonSunting
- Shukri Yahaya - Zaidan Iman (Aid)
- Janna Nick - Ain Syifa
- Cristina Suzanne Stockstill - Alessya
- Mark Adam - Rafael Ilham
- Wan Sharmila - Rosalinda
- Sarah Hildebrand - Adura
- Afzan A. Rahman - Uzair
- Mia Nasir - Nurul
- Syaffiq Sahli - Harith
- Liza Abdullah - Amani
- Roy Azman - Zainal
- Hilal Azman - Suffian
- Ziela Jalil
- Norlia Ghani - Tok Irah
- Rusdi Ramli - Syafiq/Apek
PencapaianSunting
Malam Throwbaek Drama 2017
- Pelakon Paling Membantu -Mark Adam-Top 5