Suamiku Jatuh Dari Langit

Suamiku Jatuh Dari Langit ialah sebuah filem bergenre romantik komedi arahan Eyra Rahman.

Suamiku Jatuh Dari Langit
Suamiku Jatuh Dari Langit.jpg
PengarahEyra Rahman
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiNora Danish
Qi Razali
Syuk SYJ
Atikah Suhaime
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
16 Julai 2015
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia

PlotSunting

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin, seorang ketua kampung yang tegas. Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.

Mus dan Awie merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka. Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri

Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

PelakonSunting

Pautan luarSunting