Buka menu utama

Suamiku Mat Piun adalah telefilem Malaysia 2018 yang bertemakan komedi. Drama ini telah ditayangkan pada 10 April 2018 pada jam 6:30 petang melalui saluran TV3 di slot Iris TV3.[2][3]

Suamiku Mat Piun
Genre
Ditulis olehPouvin
Tommy Loh
PengarahAmor Rizan[1]
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod19 episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran84 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal10 April 2018 (2018-04-10)

SinopsisSunting

Mengisahkan Pojie (Along Cham) dan Nieza (Sharifah Sakinah) sebagai pasangan suami isteri yang melalui pelbagai fasa cabaran. Nieza adalah seorang peminat novel Melayu yang sering membuat keputusan berdasarkan jalan cerita yang diadaptasi dari novel yang dibacanya. Halangan yang ditempuhi oleh merpati dua sejoli ini bermula dari perancangan perkahwinan mereka dan melarat sehingga mempunyai keluarga sendiri.

Terpaksa menjalani kehidupan yang sederhana, Pojie seorang budak penghantar (Mat Piun) dan Nieza berdepan dengan bermacam konflik termasuk pelbagai masalah dari kisah lampau dan terkini membuatkan hidup mereka terumbang-ambing, menambah jenaka bersahaja dalam kitaran harian mereka.

Bolehkah Nieza dan Pojie menyelesaikan isu kehidupan dengan menjadikan novel sebagai panduan?

Saksikan kesudahan drama Suamiku Mat Piun bersiri 19 episod yang cukup menggelikan hati ini.

PelakonSunting

Lagu (OST)Sunting

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[1] Drama Komedi Terbaik Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ a b Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.
  2. ^ Gerenti pecah perut drama Suamiku Mat Piun, XTRA. Dicapai 27 Oktober 2018.
  3. ^ Lambat kalau tunggu kat TV, Harian Metro. Dicapai 27 Oktober 2018.
  4. ^ Sharifah Sakinah bukan wanita 'bimbo', Kosmo. Dicapai 27 Oktober 2018.