Suamiku Paling Sweet
Drama adaptasi novel Suamiku Paling Sweet karya tulisan Anjell.
Suamiku Paling Sweet | |
---|---|
Genre | Cinta Komedi |
Berdasarkan daripada | Suamiku Paling Sweet karya Anjell |
Format | Drama |
Ditulis oleh | Mufid Suhaimi |
Pengarah | Zul Huzaimy Marzuki |
Dibintangi oleh | Mawar Rashid Syafiq Kyle Nik Adam Mika Natasya Mahyan Fazren Rafi Aedy Ashraf Chomel Fana Liza Abdullah Fazlina Ahmad Daud |
Lagu pembukaan | Cool Love - Ippo Hafiz |
Lagu penutup | Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 28 Episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 6.58 petang. |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
Siaran asal | 13 Februari 2017 – 30 Mac 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Biar Aku Jadi Penunggu |
Diikuti oleh | Shhh... I Love You |
PelakonSunting
- Mawar Rashid sebagai Qisya Iris[1]
- Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
- Nik Adam Mika sebagai Hafiy
- Fazren Rafi sebagai Qairul
- Aedy Ashraf sebagai Hakimi
- Natasya Mahyan sebagai Maya
- Liza Abdullah sebagai Puan Fatma
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sanisah
- Chomel Fana sebagai Syukriah / Syuk
SinopsisSunting
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiy. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.
Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiy selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiy dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.
RujukanSunting
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Khamis , 6:58 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Suamiku Paling Sweet | Berikutnya |
Biar Aku Jadi Penunggu | Shhh... I Love You |