Suamiku Paling Sweet (novel)

Suamiku Paling Sweet ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Anjell. Novel ini diterbitkan pada tahun 2014 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2017.[1]

Suamiku Paling Sweet
Umum
PengarangAnjell
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
November 2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman791
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246840

Sinopsis sunting

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Keluaran dan legasi sunting

Suamiku Paling Sweet dikeluarkan pada 2014 oleh Karya Seni. Pada tahun 2017, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Lestary bermula 13 Februari 2017 di TV3, dibintangi oleh Mawar Rashid dan Syafiq Kyle.

Rujukan sunting

  1. ^ Suamiku Paling Sweet by Anjell Goodreads. Dicapai pada 24 Februari 2019.