Suara Kekasih

Suara Kekasih merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1986. Filem Suara Kekasih diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Suara Kekasih
PengarahIda Farida
PenulisLakon layar:
DibintangiAzmil Mustapha
Ogy Ahmad Daud
Ebby Saiful
Lydiawati
Rosnani Jamil
Connie Ahmad
Tarikh tayangan
  • 6 Ogos 1986 (1986-08-06) (Malaysia)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 542,809.15

Filem Suara Kekasih mula ditayangkan pada 6 Ogos 1986 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Azmil Mustapha, Ogy Ahmad Daud dan ramai lagi.

PengarahSunting

Filem Suara Kekasih diarah oleh pengarah Ida Farida pada 1986.

RingkasanSunting

Mengisahkan percintaan di antara Ayu (Ogy Ahmad Daud) dan Taufiq (Azmil Mustapha). Taufiq merupakan seorang pengurus syarikat insuran manakala Ayu pula seorang penyanyi di sebuah kelab malam. Mereka berdua berlatarbelakang keluarga yang berbeza. Taufiq berasal dari keluarga orang berada manakala Ayu berasal dari keluarga orang sederhana. Taufiq telah memaklumkan kepada ibunya yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dan akan berkahwin dengan Ayu, tetapi ibunya tidak merestui perhubungan tersebut. Tidak seperti ibu kepada Ayu (Rosnani Jamil) yang sentiasa merestui perhubungan cinta tersebut.

Pada suatu hari, Ayu ada terbaca sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh ibu Taufiq. Detik itulah, Ayu mulai berasa serba salah untuk meneruskan percintaan tersebut sedangkan Taufiq begitu berharap untuk berkahwin dengan Ayu. Ayu menjelaskan kepada Taufiq, kenapa dia sanggup berbohong mengenai latar belakang dirinya terhadapnya dan mengharapkan perpisahan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Rupa-rupanya, perhubungan yang tidak direstui oleh orang tua ini pernah dialami oleh ibu Ayu sendiri sewaktu Ayu berusia 2 bulan di dalam kandungan. Disangkakan bapanya telah meninggal dunia tetapi sebaliknya berlaku. Bapanya seorang anak tunggal tidak dapat mempertahankan rumahtangganya dan memilih keluarga untuk terus berbakti agar tidak menderhaka, maka disitulah detik terakhir mereka bertemu. 23 tahun sudah berlalu, ini membuatkan Ayu terpaksa menarik diri dari meneruskan perhubungan cinta tersebut walaupun dia sedar bahawa Taufiq adalah cinta pertamanya.

Taufiq juga serba salah tetapi dia tidak sanggup untuk menderhaka terhadap ibunya. Dia juga sering mendapat nasihat dari sahabatnya, Amir (Ebby Saiful) agar hidupnya tidak terlalu rungsing. Masa depan Taufiq juga telah ditentukan oleh ibunya dimana dia harus berkahwin dengan pilihan ibunya (lakonan Connie Ahmad). Maka berakhirlah perhubungan antara Taufiq dan Ayu. Namun, perkahwinan mereka tidak menemui kebahgiaan, Taufiq tetap mencari Ayu walaupun Ayu sentiasa menolak perlawaan cinta tersebut. Ayu menegaskan kepada Taufiq, kisah silam perlu di buang jauh-jauh dan jangan sekali-kali meruntuhkan rumahtangga yang telah dibina hanya kerana dirinya sahaja. Di suatu hari, mereka bersua untuk kali yang terakhir di villa Taufiq (tempat kenangan silam mereka), dimana mereka telah berjanji untuk sehari semalam sahaja mereka menjadi pasangan kekasih. Keesokkan harinya selepas ayam berkokok (secara simbolik), masing-masing akan membuat haluan sendiri dan berpisah buat selama-lamanya.

PelakonSunting

Watak utamaSunting

Penampilan khasSunting

Runut bunyiSunting

TracklistSunting

  1. "Kisah Cinta" - Ebby
  2. "Rela Menanti" - Ebby & Ogy
  3. "Cinta Tak Bermusim" - Ebby
  4. "Senandung Duka" - Ogy
  5. "Bila Bunga-Bunga Berguguran" - Ogy

PencapaianSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting