Radio Televisyen Malaysia
Koordinat: 3°6′40.0″N 101°40′13.9″E / 3.111111°N 101.670528°E
Radio Televisyen Malaysia (Jawi: راديو تيليۏيشن مليسيا; secara rasmi disingkat sebagai RTM) atau Jabatan Penyiaran Malaysia (Jawi: جابتن ڤڽيارن مليسيا) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia ia ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan dan manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963, ia adalah penyiar pertama dan tertua di negara ini. Radio Televisyen Malaysia memonopoli televisyen percuma ke udara sehingga 1984 dan radio sehingga 1989, apabila stesen televisyen dan radio swasta seperti TV3 dan Best FM mula beroperasi. Beribu pejabat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. RTM mengendalikan 6 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri dan 12 saluran radio daerah serta enam saluran televisyen. RTM juga mempunyai orkestra simfoninya sendiri iaitu Orkestra RTM. Pada 1 April 2024, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-78 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-63. Moto utamanya ialah Teman Setia Anda.
Nama dagang | Jabatan Penyiaran Malaysia |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Perbadanan mahkota |
Industri | Media massa |
Pendahulu |
|
Ditubuhkan |
|
Ibu pejabat | Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh negara Asia (melalui satelit) |
Tokoh penting | Suhaimi Sulaiman (Ketua Pengarah) |
Keluaran |
|
Perkhidmatan |
|
Pemilik | Kerajaan Malaysia |
Bilangan kakitangan | 4,000[1] (2021[1]) |
Syarikat induk | Kementerian Komunikasi Malaysia |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Jenis | Penyiar negara |
---|---|
Penjenamaan | Radio Televisyen Malaysia (RTM) |
Negara | |
Tarikh siaran pertama |
|
Ketersediaan | Seluruh negara juga terdapat di Singapura, Brunei, Thailand, Filipina dan Indonesia melalui saluran televisyen antarabangsa saluran TV Okey |
Ditubuhkan |
|
Slogan | Teman Setia Anda |
Stesen TV | |
Stesen radio | |
Ibu pejabat | Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia Kompleks KKD Sabah, Jalan Lintas, Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Bangunan RTM Sarawak, Jalan P. Ramlee, Taman Budaya, Kuching, Sarawak, Malaysia |
Kawasan siaran | Malaysia |
Pemilik | Kementerian Komunikasi Malaysia (Jabatan Penyiaran Malaysia) |
Induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Orang penting | Suhaimi Sulaiman Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia |
Tarikh pelancaran |
|
Nama lama |
|
Ahli gabungan |
|
Kumpulan | Radio, Televisyen |
Laman sesawang | www |
Sejak penubuhannya pada 1946, RTM telah memainkan peranan penting dalam budaya dan kehidupan Malaysia. RTM dan stesen TV dan radio di bawah naungannya ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.
Sejarah
sunting1921–1946: Lahirnya penyiaran tempatan
suntingɹSejarah penyiaran radio di Malaya (kini Malaysia) bermula pada 1 April 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wayarles Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam dan siaran dari Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam sahaja dan bersiaran di Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur.
TandaPada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wayarles Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter. Stesen ZHj Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Bahasa Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British/British Department of Information yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaya.
Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.
1946–1969: Sejarah awal
suntingPada 1 April 1946, Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (Jabatan Penyiaran Malaya) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya). Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam Bahasa Inggeris). Selain ibu pejabatnya di Singapura, Radio Malaya juga mempunyai stesen penyiaran di bandar dan pekan di seluruh Tanah Melayu British seperti Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang), Kuala Lumpur, Seremban dan Melaka. Di Koloni Mahkota British di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak, Radio Sarawak dilancarkan pada 8 Jun 1954 dan Radio Sabah dilancarkan pada 9 November 1955 selepas siaran ujian sejak 1952.
Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.
Dengan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Radio Malaya telah dibahagikan kepada dua stesen yang berasingan: studio asal di Singapura telah diambil alih oleh sebuah stesen baharu bernama Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur yang disiarkan dari lokasi baharu – Tingkat 5 hingga 6 Rumah Persekutuan pada 1 Januari 1959.
Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan.
Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia pada 16 September 1963 dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama. Perkhidmatan radio gelombang pendek antarabangsa utama Radio Malaysia, Suara Malaysia telah dilancarkan pada 15 Februari tahun yang sama untuk mempromosikan negara.
Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen di bawah nama Televisyen Malaysia diperkenalkan melancarkan secara rasmi pada 28 Disember 1963 jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam dan 45 minit sehari bermula dari jam 6:00 petang sehingga 9:45 malam tepat pada masanya untuk sempena perayaan Tahun Baharu kebangsaan di Kuala Lumpur sehingga memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Metropolitan Lembah Klang (sekitar Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia) siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Metropolitan Lembah Klang (kawasan sekitar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia) sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur dengan studio pertamanya terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Televisyen Singapura yang berusia 10 bulan ketika itu (dilancarkan pada 15 Februari 1963) menjadi sebahagian daripada Televisyen Malaysia pada Januari 1964 sebagai stesen negerinya untuk penonton Singapura, peranan yang disampaikan sehingga 1965, apabila Singapura merdeka. Semasa menjadi sebahagian daripada Malaysia, Singapura, seperti tiga rakan kongsinya yang lain–Sabah, Sarawak dan Malaya mempunyai rangkaian radio sendiri, tetapi Singapura adalah satu-satunya negeri yang mempunyai rangkaian televisyen sendiri. Hak siaran radio dan televisyen negeri telah dimasukkan sebagai lampiran dalam Perjanjian Malaysia yang memperoleh autonomi dalam bidang ini antara lain. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur telah rasmi memulakan siaran pada 6 Oktober 1969.
1969–2001: Penggabungan dan pengembangan operasi radio dan televisyen
suntingPada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen rasmi bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia identiti Radio Malaysia dan Televisyen Malaysia bergabung menjadi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Perkhidmatan Televisyen mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan secara rasmi pada 17 November 1969.
- Rangkaian Pertama (sekarang TV1).
- Rangkaian Kedua (sekarang TV2).
Pada 19hb Januari 1971, Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam sehari sehingga beroperasi selama 24 jam sehari dan telah menambahkan siaran kepada 24 jam sehari. Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
- Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik dan Nasional FM).
- Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
- Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
- Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur telah diberi status bandar dan Tan Sri Dato' Lokman Yusof menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama. Pada 5 November 1973 jam 6:30 pagi, KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke-3, Yaakob Latiff memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Hiburan Pagi. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan. Radio Malaysia Ibu Kota beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 KHz dalam dua sesi iaitu jam 6:30 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 7:00 malam. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 1:00 tengah hari sehingga 7:00 malam dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Radio Malaysia Ibu Kota mula ke udara sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur dan siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.
Masa Siaran | Segmen |
---|---|
06:30 - 07:00 | Hiburan Pagi |
07:00 - 07:10 | Berita |
07:10 - 07:17 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
07:17 - 08:00 | Sambil Sarapan |
08:00 - 08:05 | Harga Barang-Barang |
08:00 - 08:59 | Sambil Sarapan |
16:00 - 17:00 | Hiburan Rancak |
17:00 - 17:10 | Berita |
17:10 - 17:15 | Selingan |
17:15 - 17:22 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
17:22 - 17:30 | Harga Barang-Barang |
17:30 - 18:00 | Bincang Pujaan |
18:00 - 18:59 | Hiburan Petang |
Pada 20 Jun 1975 jam 9:00 pagi, Nasional FM bermula sebagai FM Stereo majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran dan dipancarkan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak Selatan, Pahang Barat dan sebahagian daripada Negeri Sembilan menerusi 95.3 FM. Siaran radio pertama di Malaysia menggunakan format FM Stereo dengan bersiaran 8 jam 30 minit atau 8,5 jam sehari bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan 4:30 petang sehingga 9:00 malam memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Varia dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Rangkaian FM Stereo memulakan operasi secara rasminya memperkenalkan siaran stereo ke Malaysia telah dilancarkan secara rasmi. Stesen radio pertama di Malaysia yang disiarkan dalam FM Stereo. Ketua stesen pertama ialah Tan Sri S.M. Salim.
Masa Siaran | Segmen |
---|---|
09:00 - 10:00 | Varia |
10:00 - 11:59 | Musik Klasik: "Mustika Hati" |
16:30 - 17:00 | Bintang Sore |
17:00 - 17:10 | Berita |
17:10 - 18:00 | Aneka Hiburan |
18:00 - 19:00 | Hiburan Khas |
19:00 - 20:00 | Kelab 92.8 |
20:00 - 20:30 | Berita Perdana |
20:30 - 20:59 | Konser Klasik |
Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. Pada 19hb Januari 1971, Radio Malaysia rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
- Radio 1 (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik dan Nasional FM).[2]
- Radio 2 (FM Stereo, kini telah digantikan secara rasmi oleh Nasional FM).[3]
- Radio 3 Ibu Kota/Radio 3 Kuala Lumpur (Radio Ibukota, sekarang KL FM).[4]
- Radio 3 Johor Bahru (Radio Tempatan, sekarang Johor FM).
- Radio 3 Pulau Pinang (Radio Tempatan, sekarang Mutiara FM).[5]
- Radio 4 (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).[6]
- Radio 5 (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).[7]
- Radio 6 (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).[8]
TV1 mula menyiarkan dalam warna sejak 28 Disember 1978 di Semenanjung Malaysia.
TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 7 Mei 1979 di Semenanjung Malaysia.
TV1 dan TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.
TV1 dan TV2 mula menyiarkan dalam sepenuh warna sejak 1 Januari 1982 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Tahun Baharu.
Setelah lebih 20 tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).[9]
Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangkaian Internet.[10]
Pada 25 September 1996, TV1 dan TV2 telah tersedia di platform Astro.
Pada 1 Oktober 1996, TV1 dan TV2 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 21 dan 22.
2001–2015: Penjenamaan semula dan transformasi
suntingPada 1 April 2001, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-55 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-40.
Pada 1 Ogos 2004, RTM telah rasmi melancarkan logo baharu oleh YB Datuk Seri Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, Menteri Penerangan Malaysia, empat bulan selepas RTM meraikan ulang tahunnya yang ke-58 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-43.
Selain ibu pejabatnya di Angkasapuri, RTM mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia (kecuali Selangor yang berpusat di Angkasapuri) dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-59 pada 1 April 2005, stesen radio RTM telah menjalani penjenamaan semula dan penamaan semula.[11]
- Radio 1 - Perkhidmatan Bahasa Melayu Radio 1 telah dijenamakan semula sebagai Nasional FM (kini digantikan sebagai Radio Klasik).
- Radio 2 - Perkhidmatan Muzik Radio 2 telah dijenamakan semula sebagai Muzik FM (kini digantikan sebagai Nasional FM).
- Radio 3 - Kebanyakan stesen radio perkhidmatan tempatan Radio 3 menggunakan nama berdasarkan nama tempat dalam bahasa Melayu diikuti oleh FM. Perkhidmatan bahasa bukan Melayu Sabah dijenamakan semula sebagai Sabah V FM, manakala perkhidmatan bahasa Inggeris dan Cina serta bahasa Bumiputera Sarawak dijenamakan semula sebagai Red FM dan Wai FM masing-masing.
- Radio 4 - Perkhidmatan Bahasa Inggeris Radio 4 telah dijenamakan semula sebagai Traxx FM.
- Radio 5 - Perkhidmatan Bahasa Cina Radio 5 telah dijenamakan semula sebagai Ai FM.
- Radio 6 - Perkhidmatan Bahasa Tamil Radio 6 telah dijenamakan semula sebagai Minnal FM.
- Radio 7 - Perkhidmatan Bahasa Asli Radio 7 telah dijenamakan semula sebagai Asyik FM.
- Radio Irama Melayu Asli - Perkhidmatan Radio Irama Melayu Asli telah dijenamakan semula sebagai Klasik FM.
Pada 12 Ogos 2006, Nasional FM bergabung dengan Klasik FM untuk membentuk Klasik Nasional FM dan menyiarkan muzik Melayu klasik bersama-sama program utamanya 24 jam sehari sempena ulang tahun ke-60 RTM. Penggabungan itu bertahan selama lima tahun sahaja kerana stesen itu mula kehilangan pendengar kepada stesen saudara dan pesaing persendirian seperti Hot FM, Sinar FM dan Era FM serta Radio24 (kini Bernama Radio) yang baru mula operasi dengan mengambil alih bekas frekuensi Klasik FM.
Pada 1 April 2011, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-50.
Suara Malaysia telah ditukarkan kepada podcast internet pada 31 Ogos 2011 sebelum ia tamat operasi pada akhir tahun 2012 dan kemudian Suara Malaysia - Tagalog pula akan ditamatkan pada 30 April 2022.
Pada strok tengah malam tepat sejak sekitar jam 12.00 tengah malam Waktu Piawai Malaysia, Hari Tahun Baharu (hari pertama bulan pertama 1 Januari) 2012, Pada frekuensi Klasik Nasional FM (kini digantikan sebagai Radio Klasik) dan Muzik FM (kini telah digantikan secara rasmi oleh Nasional FM) majlis menanda berpecah berasingan berkongsian dipecah-belah kepada dua stesen radio tertua asal disingkirkan bolak-balik rancangan terkikir secara rasmi yang disiarkan dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu:
- Nasional FM (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional dan FM Stereo) menyiarkan berita/informasi dan muzik/hiburan secara rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen radio kerajaan bersiaran nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang telah rasmi menanda mula dipancarkan ke seluruh negara secara nasional telah dilaksanakan stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari yang beroperasi 24 jam dengan melaksanakan penyampaian dalam Bahasa Melayu sepenuhnya lagu-lagunya adalah 50% lagu-lagu Bahasa Melayu dan 50% lagu-lagu Bahasa Inggeris dan Antarabangsa memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Nasional 12-6 dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru. Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, FM Stereo. Moto utamanya ialah Sentiasa Di Hati.
- Radio Klasik (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia dan Rangkaian Nasional) menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Harmoni Klasik (lagu 1950an - 1970an) dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru. Radio Malaysia dan Rangkaian Nasional. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.
Pada 6 Jun 2012, Menyaksikan penambahan Wisma Berita RTM yang mengandungi ruang berita RTM ke kompleks Angkasapuri Kota Media majlis pembukaan dan pelancaran utama rasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Pada 31 Disember 2013, RTM meraikan ulang tahunnya ke-50 siaran televisyen di Malaysia.[12]
2015–kini: Peralihan ke digital
suntingPada tahun 2019, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan akan menyediakan saluran baru melalui RTM. Menterinya, Gobind Singh Deo, mengatakan bahawa rancangan di saluran ini akan merangkumi dokumentari yang memberikan maklumat kepada orang ramai.[13][14][15]
Tiga saluran TV baru majlis pelancaran secara rasmi semasa era penyiaran televisyen digital RTM: TV Okey pada 21 Mac 2018, RTM HD Sports (sekarang Sukan RTM) pada 13 Julai 2018 dan Berita RTM pada 25 Jun 2020. TV Pendidikan kembali ke RTM setelah 20 tahun pada 6 April 2020 dan mula ditayangkan di TV Okey di bawah program Kelas @ Rumah.
Pada 1 April 2018, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-72 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-57 sebelum 7 hari Dewan Rakyat Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 dibubarkan pada 7 April 2018 bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang ke-14.
Pada 1 April 2019, TV1, TV2 dan TV Okey telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan MYTV DTT di Saluran 101, 102 dan 110 dalam format HD (definisi tinggi).
Pada 1 Mac 2021, RTM melancarkan secara rasmi saluran TV baru TV6 yang dikhaskan untuk menjalankan semula rancangan klasik seperti filem petik Melayu klasik, drama retro dan hiburan retro yang pernah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada era 1960-an, 1970-an dan 1980-an dulu dari arkib RTM telah rasmi menyiarkan percubaan.
Pada 1 April 2021, RTM telah rasmi melancarkan logo dan perkataan baharu kepada huruf kecil rtm dan telah rasmi melancarkan moto dan cogan kata baharu ialah Teman Setia Anda sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-75, Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-60 dan Radio Klasik, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulang tahun ke-75. RTM Sports yang dijenamakan semula sebagai Sukan RTM. Pada hari yang sama, TV1 dan TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Astro dan NJOI di Saluran 101 dan 102 dalam format HD (definisi tinggi).
Pada 1 April 2022, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-76 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-61. TV Okey telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Astro dan NJOI di Saluran 146 dalam format HD (definisi tinggi).
Pada 26 Oktober 2022, Angkasapuri atau Angkasapuri Kota Media majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara rasmi sebagai kompleks penyiaran Radio Televisyen Malaysia baharu dan majlis pelancaran Angkasapuri atau Angkasapuri Kota Media telah rasmi majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Malaysia kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah rasmi menanda melancarkan bangunan baharu secara rasmi yang dikenali sebagai Angkasapuri Kota Media ditandai dengan penandatanganan inskripsi batu sebagai tanda penyiaran Angkasapuri Kota Media oleh Perdana Menteri Malaysia semasa keseluruhan pertunjukan bunga api yang menakjubkan.[16][17] Bangunan tersebut mampu memberikan penyiaran yang lebih canggih mengikut peredaran zaman dan kemudahan yang sangat baik.
Pada 1 April 2023, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-77 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-62.
Pada 1 Julai 2023, RTM telah kembali menyiarkan semula program berita berbahasa inggeris iaitu Malaysia Tonight dan Update@Noon yang disiarkan pada setiap hari pada jam 8:30 malam di TV1 dan pada jam 12:30 tengah hari di TV2 sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-77.
Pada 1 Oktober 2023, Update@Noon telah rasmi melancarkan nama baharu menjadi World Today.
Pada 5 November 2023, KL FM meraikan ulang tahun ke-50.
Pada 1 Disember 2023, TV1 dan TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Unifi TV di Saluran 101 dan 102 dalam format HD (definisi tinggi).
Pada 6 Januari 2024, Penyiar itu menggabungkan 34 rangkaian radionya dalam rancangan radio khas, bertajuk 34 Je - Kita Suka, yang mula bersiaran langsung buat pertama kali di Nasional FM. Tajuk rancangan radio itu diperoleh daripada slogan perkhidmatan radio RTM, "34 Stesen Radio, Satu Suara".
Pada 13 Februari 2024, RTM telah rasmi melancarkan semula stesen radio muzik yang dikenali sebagai Muzik FM, Muzik FM hanya bersiaran menerusi internet sahaja sempena RTM meraikan ulangtahunnya Hari Radio Sedunia yang ke-100.
Pada 1 April 2024, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-78 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-63. Berita RTM telah diberi nafas wajah dan penampilan baharu sehingga dirombak semula dengan wajah baharu kedua-dua suapan untuk rasa yang lebih kontemporari dengan definisi tinggi ultra studio televisyen keras baharu dan logo televisyen baharu yang direka wajah baharu keseragaman telah dibuka secara rasmi. Rupa baharu juga memperkenalkan semua program berita televisyen ia bumper untuk semua program media di masa depan stesen ident dilancarkan semula telah dibuka secara rasmi.
Pada 8 Jun 2024, Sarawak FM meraikan ulang tahun ke-70.
Pada 31 Julai 2024, RTM telah rasmi melancarkan stesen radio perniagaan yang dikenali sebagai Radio Bisnes, Radio Bisnes hanya bersiaran menerusi internet melalui RTMKlik sahaja.
Pada 1 Ogos 2024, RTM melancarkan secara rasmi saluran televisyen baru RTM ASEAN majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara ASEAN termasuk mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelancongan dan pemacu ekonomi utama sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma ASEAN dalam bahasa Inggeris selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam format HD (definisi tinggi) pada 1 Ogos 2024 memulakan siaran rasmi dengan rancangan pertama yang disiarkan adalah Malaysia Tonight mula tepat sejak sekitar jam 8:30 malam hingga 9:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 30 minit dan bersiaran menerusi saluran TV1 dan Berita RTM sahaja melalui platform MYTV Broadcasting di saluran 101 dan saluran 123 (HD).
Pada 24 Ogos 2024, Mutiara FM meraikan ulang tahun ke-90.
Pada 20 Jun 2025, Nasional FM meraikan ulang tahun ke-50.
Pada 9 Ogos 2025, Johor FM meraikan ulang tahun ke-60.
Pada 9 November 2025, Sabah FM meraikan ulang tahun ke-70.
Pada 1 April 2026, RTM, Radio Klasik, Nasional FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulangtahunnya yang ke-80 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65.
Tadbir urus dan struktur
suntingKetua Pengarah Penyiaran
sunting- Mr. Jackson (1946–1954)
- Mr David Little (1954–1959)
- Mr Albert Read (1959–1969)
- Tan Sri Dato Dol Ramli (1969–1975)
- Abdullah bin Mohamad (1975–1986)
- Dato' Zain bin Mahmood (1986–1987)
- Dato' Jaafar bin Kamin (1988–1999)
- Dato' Ali Musa bin Sulaiman (1999–2004)
- Dato' Abd Rahman bin Hamid (2004–2009)
- Datuk Ibrahim bin Yahya (2009–2012)
- Dato' Norhyati binti Hj Ismail (2012–2014)
- Dato' Haji Abu Bakar bin Ab. Rahim (2014–2017)
- Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii (2017–2019)
- Puan Nor Yahati Awang (2020-2021)
- Datuk Ruzain bin Idris (2021-2022)
- Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud (2022-2023)
- Datuk Suhaimi Sulaiman (2023-kini)
Hartanah dan kemudahan
suntingIbu pejabat dan pejabat cawangan
suntingNama | Lokasi | Perkhidmatan Televisyen | Perkhidmatan Radio | Lain |
---|---|---|---|---|
Angkasapuri Kota Media | Kuala Lumpur | TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM, TV6, RTM Asean | Nasional FM, KL FM, Selangor FM, TraXX FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, Muzik FM, Radio Klasik, Radio Bisnes | Ibu Pejabat RTM, Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU), Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan Jabatan Penyiaran Negeri Selangor (RTM Selangor). Ia menempatkan bahagian Radio, Televisyen dan Berita RTM dan studio penerbitan berita dan rancangan televisyen induk. |
Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra | Kangar, Perlis | Perlis FM | Pejabat cawangan negeri Perlis (RTM Perlis). | |
Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim | Alor Setar, Kedah | Kedah FM | Pejabat induk negeri Kedah (RTM Kedah). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Kuala Kedah. | |
Bangunan Tabung Haji Kuah | Langkawi, Kedah | Langkawi FM | Pejabat cawangan Langkawi (RTM Langkawi). | |
Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang | George Town, Pulau Pinang | Mutiara FM | Pejabat cawangan negeri Pulau Pinang (RTM Pulau Pinang). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Burmah. | |
Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | Ipoh, Perak | Perak FM | Pejabat cawangan negeri Perak (RTM Perak). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya Jalan Dairy). | |
Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan | Kota Bharu, Kelantan | Kelantan FM | Pejabat cawangan negeri Kelantan (RTM Kelantan). Terletak di kawasan subbandar Wakaf Che Yeh. Tapak pemancar Kelantan FM. | |
Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu | Kuala Terengganu, Terengganu | Terengganu FM | Pejabat cawangan negeri Terengganu (RTM Terengganu). | |
Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS) | Kuantan, Pahang | Pahang FM | Pejabat cawangan negeri Pahang (RTM Pahang). | |
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad | Seremban, Negeri Sembilan | Negeri FM | Pejabat cawangan Negeri Sembilan (RTM Negeri Sembilan). | |
Jabatan Penyiaran Negeri Melaka | Bandaraya Melaka, Melaka | Melaka FM | Pejabat cawangan negeri Melaka (RTM Melaka). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Taming Sari. | |
Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar | Johor Bahru, Johor | Johor FM | Pejabat cawangan negeri Johor (RTM Johor). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Tasek Utara. | |
Bangunan RTM Kuching | Kuching, Sarawak | Sarawak FM, Red FM, Wai FM Iban, Wai FM Bidayuh | Pejabat Induk Negeri Sarawak (RTM Sarawak). Ia menempatkan studio penerbitan Rancangan Televisyen dan Berita negeri. Juga dikenali dengan alamat: Jalan P. Ramlee. | |
Jabatan Penyiaran Sri Aman | Simanggang, Sarawak | Sri Aman FM | Pejabat cawangan Sri Aman (RTM Sri Aman). | |
Jabatan Penyiaran Sibu | Sibu, Sarawak | Sibu FM | Pejabat cawangan Sibu (RTM Sibu). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Abang Haji Openg. | |
Bangunan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Lama | Bintulu, Sarawak | Bintulu FM | Pejabat cawangan Bintulu (RTM Bintulu). | |
Jabatan Penyiaran Miri | Miri, Sarawak | Miri FM | Pejabat cawangan Miri (RTM Miri). | |
Jabatan Penyiaran Limbang | Limbang, Sarawak | Limbang FM | Pejabat cawangan Limbang (RTM Limbang). | |
Jabatan Penyiaran Labuan | Labuan | Labuan FM | Pejabat cawangan Labuan (RTM Labuan). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Tanjung Taras. | |
Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi | Kota Kinabalu, Sabah | Sabah FM, Sabah V FM | Pejabat Induk Negeri Sabah (RTM Sabah). Ia menempatkan studio penerbitan Rancangan Televisyen dan Berita negeri. Terletak di kawasan subbandar Kepayan sepanjang Jalan Lintas. | |
Rumah Persekutuan Keningau | Keningau, Sabah | Keningau FM | Pejabat cawangan Keningau (RTM Keningau). | |
Wisma Persekutuan Sandakan | Sandakan, Sabah | Sandakan FM | Pejabat cawangan Sandakan (RTM Sandakan). | |
Jabatan Penyiaran Tawau | Tawau, Sabah | Tawau FM | Pejabat cawangan Tawau (RTM Tawau). Juga dikenali dengan alamat: Jalan Chong Thien Vun. |
Perkhidmatan
suntingRadio
suntingKebangsaan
suntingFrekuensi (Kuala Lumpur) | Frekuensi (Pulau Pinang) | Frekuensi (Johor Bahru/Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam) | Kuasa Pemancar | Waktu siaran | Stesen | Bahasa | Format | Tarikh pelancaran | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
87.7 MHz (Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur) 98.3 MHz (Shah Alam) |
94.9 MHz | 106.7 MHz | 1000 kW | 24 Jam | Radio Klasik (Rangkaian Nasional) | Melayu | Berita, Oldies dan Hits klasik | 1 April 1946Perkhidmatan Bahasa Melayu (Rangkaian Biru) | sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan[18] |
88.5 MHz (Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur) 95.3 MHz (Shah Alam) |
100.5 MHz | 105.7 MHz | Nasional FM (Rangkaian Nasional) | Melayu | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik | 1 April 1946Perkhidmatan Bahasa Melayu (Rangkaian Biru) 20 Jun 1975 sebagai FM Stereo |
sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan [19] | ||
90.3 MHz (Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur) 100.1 MHz (Shah Alam) |
98.7 MHz | 102.9 MHz | TraXX FM (Rangkaian Biru) | Inggeris | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik | 1 April 1946Perkhidmatan Bahasa Inggeris (Rangkaian Biru) | sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan[20] | ||
89.3 MHz (Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur) 106.7 MHz (Shah Alam) |
101.3 MHz | 104.9 MHz | Ai FM (Rangkaian Hijau) | Cina (Mandarin, Hakka, Hokkien, Kantonis dan Teochew) | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik | 1 April 1946Perkhidmatan Bahasa Cina (Rangkaian Merah) | sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan[21] | ||
92.3 MHz (Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur) 96.3 MHz (Shah Alam) |
96.7 MHz | 101.1 MHz | Minnal FM (Rangkaian Merah) | Tamil | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik | 1 April 1946Perkhidmatan Bahasa Tamil (Rangkaian Merah) | sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan[22] | ||
91.1 MHz (Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur) 102.5 MHz (Shah Alam) |
Tidak tersedia | 08:00 - 23:00 | Asyik FM | Melayu dan Asli (Semai, Jakun, Temiar dan Temuan) | Maklumat hibur dan Radio bual bicara (Orang Asli). | 3 Februari 1959 | [23] | ||
Radio Internet | 24 Jam | Muzik FM | Melayu | Easy listening | 2 Mac 2024 | [24] | |||
Radio Internet | 24 Jam | Radio Bisnes | Melayu | Business | 31 Julai 2024 | [25] |
Tempatan
suntingNegeri/Wilayah persekutuan | Frekuensi | Stesen | Bahasa | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Perlis | 102.9 MHz | Perlis FM | Melayu | [26] |
Kedah | 97.5 MHz | Kedah FM | Melayu | [27] |
104.8 MHz | Langkawi FM | Melayu dan Inggeris | [28] | |
Pulau Pinang | 95.7 MHz | Mutiara FM | Melayu | [29] |
Perak | 95.6 MHz | Perak FM | Melayu | [30] |
Kelantan | 102.9 MHz | Kelantan FM | Melayu | [31] |
Terengganu | 88.7 MHz | Terengganu FM | Melayu | [32] |
Pahang | 104.1 MHz | Pahang FM | Melayu | [33] |
Selangor | 100.9 MHz | Selangor FM | Melayu | [34] |
Kuala Lumpur | 97.2 MHz | KL FM | Melayu | [35] |
Negeri Sembilan | 92.6 MHz | Negeri FM | Melayu | [36] |
Melaka | 102.3 MHz | Melaka FM | Melayu | [37] |
Johor | 101.9 MHz | Johor FM | Melayu | [38] |
Sarawak | 88.9 MHz | Sarawak FM | Melayu dan Melanau | [39] |
91.9 MHz | Red FM | Inggeris dan Cina (Mandarin, Hakka dan Foochow) | [40] | |
101.3 MHz | Wai FM Iban | Iban | [41] | |
106.1 MHz | Wai FM Bidayuh | Bidayuh, Kayan dan Kenyah | [42] | |
89.5 MHz | Sri Aman FM | Melayu | [43] | |
87.6 MHz | Sibu FM | Melayu, Cina (Mandarin) dan Iban | [44] | |
97.5 MHz | Bintulu FM | Melayu | [45] | |
95.7 MHz | Miri FM | Melayu, Cina (Mandarin), Iban, Kayan dan Kenyah | [46] | |
104.9 MHz | Limbang FM | Melayu, Bisaya dan Lun Bawang | [47] | |
Labuan | 103.7 MHz | Labuan FM | Melayu | [48] |
Sabah | 89.9 MHz | Sabah FM | Melayu | [49] |
92.7 MHz | Sabah V FM | Inggeris, Kadazan, Dusun, Cina (Mandarin dan Hakka), Bajau dan Murut | [50] | |
94.7 MHz | Keningau FM | Melayu, Murut dan Dusun | [51] | |
90.1 MHz | Sandakan FM | Melayu | [52] | |
100.1 MHz | Tawau FM | Melayu | [53] |
Televisyen
suntingMYTV | Astro/NJOI | Unifi TV | Nama | Format gambar | Waktu siaran | Jenis | Bahasa | Program | Tarikh pelancaran | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
101 (HD) | TV1 (Televisyen Malaysia dan Rangkaian Pertama) | 1080i (16:9/HDTV) | 24 Jam | Umum | Melayu (rasmi/utama/nasional) dan Inggeris (rasmi/utama/nasional) | Berita (tayangan serentak dan bersama Berita RTM dan RTM Asean) | 28 Disember 1963 | sebagai Televisyen Malaysia[54] | ||
101 dan 123 (HD) (TV1 dan Berita RTM sahaja) | Tidak tersedia | RTM Asean | Inggeris (rasmi/utama/nasional) | Berita (tayangan serentak dan bersama TV1 dan Berita RTM) | 1 Ogos 2024 | [55] | ||||
102 (HD) | TV2 (Rangkaian Kedua) | Melayu (rasmi/utama/nasional), Inggeris (rasmi/utama/nasional), Mandarin, Tamil, Korea dan Turki | Berita, budaya, hiburan dan kanak-kanak | 17 November 1969 | sebagai Rangkaian Kedua[56] | |||||
110 (HD) | 146 (HD) | Tidak tersedia | TV Okey | Melayu (rasmi/utama/nasional), Inggeris (rasmi/utama/nasional), Bajau, Dusun, Kadazan dan Iban | Berita, budaya, gaya hidup, animasi, kanak-kanak dan pendidikan | 21 Mac 2018 | [57] | |||
111 (HD) | Tidak tersedia | Sukan RTM | Melayu (rasmi/utama/nasional) dan Inggeris (rasmi/utama/nasional) | Sukan | 1 April 2021 | [58] | ||||
113 (HD) | TV6 | 06:00 – 02:00 | Melayu (rasmi/utama/nasional) | Program seperti hiburan, filem dan muzik dari arkib RTM (Saluran percubaan) | 1 Mac 2021 | [59] | ||||
123 (HD) | Berita RTM | 24 Jam | Melayu (rasmi/utama/nasional), Inggeris (rasmi/utama/nasional), Mandarin, Tamil, Bajau, Dusun, Kadazan dan Iban | Berita (tayangan serentak dan bersama TV1 dan RTM Asean) | 25 Jun 2020 | [60] |
Platform digital
suntingPada 1 Januari 2021, my Klik bergabung dengan RTM Mobile untuk membentuk RTMKlik, merupakan perkhidmatan media over-the-top RTM. Ia meliputi para penonton pelbagai peranti seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Laman sesawang perkhidmatan tersebut mengandungi semua saluran televisyen RTM dan 25 daripada 34 stesen radio RTM, dan juga saluran strim atas talian RTM Parlimen yang dilancarkan pada 1 Julai 2013. (Stesen radio yang terdapat dalam RTM Klik ialah: Langkawi FM, Sibu FM, Miri FM, Sri Aman FM, Bintulu FM, Limbang FM, Keningau FM, Sandakan FM dan Tawau FM.)[61]
RTM Parlimen menyiarkan seluruh sesi parlimen setiap Isnin hingga Khamis dari jam 10 pagi hingga jam 1 petang pada sesi pagi dan dari jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang pada sesi petang. Selain RTM Klik, RTM Parlimen boleh ditonton melalui saluran laman web RTM Parlimen dan Saluran 633 Unifi TV. Tayangan semula rakaman parlimen penuh biasanya dipaparkan pada waktu malam.[62]
Pada 25 Mei 2024, RTM berkolaborasi dengan sebuah media penyiaran satelit Malaysia, Astro Malaysia untuk sebuah saluran khas atau Pop-Up iaitu Malaysia4Palestine[63] bagi solidariti terhadap rakyat yang tertindas, khususnya di Palestin melalui di RTMKlik, saluran Astro, 111 dalam HD serta platform digital dari Astro seperti YouTube Astro Gempak, Astro Ulagam dan Astro Xuan.
Program perdana
suntingBeberapa program utama RTM termasuk:
- Selamat Pagi Malaysia – Program televisyen sarapan pagi yang dilancarkan pada 1 Jun 1984 dalam bentuk rancangan bual bicara. Dahulunya hanya disiarkan pada hujung minggu, terutamanya pada hari Jumaat dan Ahad, ia memulakan siaran pagi sepenuh masa pada 1 Mac 1994. Selain daripada segmen ceramah utama, rancangan bual bicara itu juga termasuk laporan langsung acara utama dari pelbagai lokasi di seluruh negara, serta sebagai laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan segmen beli-belah di rumah yang menyasarkan penonton Melayu terutamanya. Siaran Selamat Pagi Malaysia juga boleh ditonton melalui Saluran Berita RTM di platform MYTV Saluran 123, media penstriman di YouTube Berita RTM, MYTV Mana Mana dan RTM Klik.[64]
Galeri logo
sunting-
Logo Radio Malaya atau Radio Malaysia (31 Ogos 1957 - 10 Oktober 1969)
-
Logo Televisyen Malaysia (28 Disember 1963 - 10 Oktober 1969)
-
Logo RTM versi pertama (11 Oktober 1969 - 31 Mac 1978)
-
Logo RTM versi kedua (1 April 1978 - 26 Disember 1987)
-
Logo RTM versi ketiga (27 Disember 1987 - 31 Julai 2004)
-
Logo RTM versi keempat (1 Ogos 2004 - 31 Mac 2021)
-
Logo RTM versi kelima (sejak 1 April 2021)
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "75th anniversary: RTM charts new directions to cope with digital-era challenges". New Straits Times. 1 April 2021. Dicapai pada 15 Disember 2021.
- ^ Radio Satu RTM - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 1 RTM) 1991
- ^ Radio Dua RTM - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 2 RTM 95.3 MHz) 1994
- ^ Radio Tiga Ibukota - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 3 Ibukota) 1991
- ^ Radio Tiga Pulau Pinang - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 3 Pulau Pinang) 1991
- ^ [Throwback ID JingleRadio Four RTM/Radio 4 RTM (2005)
- ^ RTM Radio 5 馬來西亞廣播電臺第五臺臺歌
- ^ Radio Enam RTM - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 6 RTM) 1991
- ^ "RTM to reinvent itself to stay relevant". The Borneo Post. 10 September 2015. Dicapai pada 10 September 2015.
- ^ Liew Jia Teng (12 Jun 2018). "Awakening the sleeping giant, RTM". The Edge Markets. Dicapai pada 12 Jun 2018.
- ^ Iklan Penjenamaan Semula Radio RTM (2005)
- ^ "Jubli Emas: TV Malaysia pamer kematangan". mStar Online. 30 Disember 2013. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ "Gobind: RTM to air new programmes, documentaries". Malaysiakini. 26 November 2019. Dicapai pada 26 Jun 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (10 Disember 2019). "Kerajaan lulus kenaikan kadar harga program RTM". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
- ^ "Gobind mahu pastikan RTM saluran TV dan radio pilihan pertama rakyat". Bernama. 1 April 2019. Dicapai pada 26 Jun 2019.
- ^ Rohaniza Idris (26 Oktober 2022). "PM rasmi kompleks Media City, dikenali Angkasapuri Kota Media". Berita Harian.
- ^ "Infografik Angkasapuri Media City". Bernama.
- ^ Laman rasmi Radio Klasik
- ^ Laman rasmi Nasional FM
- ^ Laman rasmi Traxx FM
- ^ Laman rasmi Ai FM
- ^ Laman rasmi Minnal FM
- ^ Laman rasmi Asyik FM
- ^ Laman Rasmi Muzik FM
- ^ Laman Rasmi RTMKlik
- ^ Laman rasmi Perlis FM
- ^ Laman rasmi Kedah FM
- ^ Laman rasmi Langkawi FM
- ^ Laman rasmi Mutiara FM
- ^ Laman rasmi Perak FM
- ^ Laman rasmi Kelantan FM
- ^ Laman rasmi Terengganu FM
- ^ Laman rasmi Pahang FM
- ^ Laman rasmi Selangor FM
- ^ Laman rasmi KL FM
- ^ Laman rasmi Negeri FM
- ^ Laman rasmi Melaka FM
- ^ Laman rasmi Johor FM
- ^ Laman rasmi Sarawak FM
- ^ Laman rasmi Red FM
- ^ Laman rasmi Wai FM Iban
- ^ Laman rasmi Wai FM Bidayuh
- ^ Laman rasmi Sri Aman FM
- ^ Laman rasmi Sibu FM
- ^ Laman rasmi Bintulu FM
- ^ Laman rasmi Miri FM
- ^ Laman rasmi Limbang FM
- ^ Laman rasmi Labuan FM
- ^ Laman rasmi Sabah FM
- ^ Laman rasmi Sabah V FM
- ^ Laman rasmi Keningau FM
- ^ Laman rasmi Sandakan FM
- ^ Laman rasmi Tawau FM
- ^ Laman rasmi TV1
- ^ [1]
- ^ Laman rasmi TV2
- ^ Laman rasmi TV Okey
- ^ [2]
- ^ [3]
- ^ Portal berita RTM
- ^ "Laman rasmi RTM Klik".
- ^ "Laman rasmi RTM Parlimen".
- ^ [www.astroawani.com/berita-malaysia/saluran-malaysia4palestine-ketengah-krisis-kemanusiaan-di-palestin-472036%3famp=1 "Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin"] Check
|url=
value (bantuan). Perang Israel - Palestin. 24 Mei 2024.|first=
missing|last=
(bantuan) - ^ "Latar Belakang Selamat Pagi Malaysia". Hijau. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 1997. Dicapai pada 24 Jun 2018.