Suara latar (juga dipanggil perawi, ulasan luar kamera atau luar pentas) adalah ulasan atau penerangan dalam sesebuah filem, siaran televisyen, radio dan sebagainya, oleh seorang penutur yang tidak dapat dilihat.[1] Suara latar berguna sebagai alat penceritaan oleh seseorang tukang cerita atau watak yang menjelaskan adegan demi adegan dari sebalik tabir; alat perihalan atau penerangan seperti yang digunakan dalam rakaman video untuk rancangan berita; alat pengiklanan ataupun alat penterjemahan (serupa tetapi tidak sama dengan alih suara).

Catatan sunting