Subarma Mokhtaruddin

Subarma Mokhtaruddin juga dikenali sebagai Subi (1965 – 13 April 2021) ialah seorang penyampai radio dan eksekutif radio Malaysia[1] yang pernah berkhidmat di Era (1998–2004), Sinar (2004–2008) dan Suria (2008–2017).

Subi
Kelahiran
Subarma bin Mokhtaruddin

1965 (1965)
Meninggal dunia13 April 2021(2021-04-13) (umur 55–56)
Pekerjaan
  • Penyampai radio
  • Eksekutif radio
Tahun aktif1997–2017
PasanganAishah Saironi (k. 1995; m. 2017)
Anak-anak2

Kerjaya radio sunting

Kerjayanya bermula sebagai salah seorang penyampai radio Era yang ketika itu baru sahaja memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Jamal Jamaluddin dan Najman Mohamed.

Pada awal 2004, beliau (bersama 3 penyampai Era lain) berhijrah ke Sinar FM yang memulakan siaran pada 1 Mac 2004, sejak itu, Subi berkhidmat untuk Sinar sehingga 2008. Selepas menamatkan kerjayanya di Sinar, beliau menyertai Suria FM pada 2008 dan pernah dilantik sebagai Pengarah Operasi pada 2010.[2] Subi juga pernah berkhidmat sebagai perunding di sebuah stesen radio di Jakarta, Indonesia.[3]

Pada 7 Jun 2016, beliau dilantik sebagai Pengururs Besar Rancangan Suria[3] di mana beliau diberi tanggungjawab untuk melakukan penambahbaikan dan menyusun strategi bagi menjadikan Suria sebagai stesen radio pilhan pendengar.[3] Beliau melepaskan jawatan di Suria pada hujung 2017. Selepas meninggalkan Suria, beliau mengendalikan radio Internet dan sistem karaoke sendiri.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Aishah Saironi dan dikurniakan dua anak, Nur Adibah dan Muhammad Yusof.[4]

Subi telah mengalami masalah hilang pendengaran sejak 2017 selain pernah terjatuh di rumah dan hilang imbangan akibat kepala terhantuk di bucu meja.[4]

Kematian sunting

Subi meninggal dunia pada 13 April 2021 pada usia 56 tahun di Hospital Putrajaya, Putrajaya akibat komplikasi dalam perut.[5] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil pada hari yang sama.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Izwan Mohamad Dan (29 November 2009). "Bukan ditendang". Metro Ahad. Dicapai pada 26 Disember 2009.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (26 Julai 2012). "Subi letak jawatan, Reza sertai Suria FM". mStar Online. Dicapai pada 26 Disember 2012.
  3. ^ a b c "Subi dilantik Pengurus Besar Program Suria FM". mStar Online. 8 Jun 2016. Dicapai pada 26 Disember 2016.
  4. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (12 Disember 2020). "Bekas penyampai radio hilang pendengaran". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (13 April 2021). "Bekas penyampai radio Suby meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 13 April 2021.
  6. ^ Juliana Johar (13 April 2021). "Bekas penyampai radio Subi meninggal dunia akibat komplikasi dalam perut". mStar Online. Dicapai pada 13 April 2021.