Subbahagian Rusia

(Dilencongkan dari Subdivisyen Rusia)

Rusia terbahagi kepada beberapa jenis dan tahap subbahagian. Subbahgian tersebut terbahagi kepada subjek persekutuan, divisyen pentadbiran, divisyen perbandaran, daerah persekutuan dan rantau ekonomi.

Subjek persekutuanSunting

 
Subjek persekutuan di Rusia sebelum pertambahan Republik Krimea dan bandar raya persekutuan Sevastopol pada tahun 2014.

Sejak 18 Mac 2014, Persekutuan Rusia terdiri daripada lapan puluh lima subjek persekutuan yang merupakan ahli konstituen Persekutuan.[1] Bagaimanapun, dua subjek persekutuan – Republik Krimea dan bandar raya persekutuan Sevastopol – diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine. Semua subjek persekutuan mempunyai hak persekutuan yang sama dalam erti kata bahawa mereka mempunyai perwakilan sama rata – dua wakil untuk setiap subjek dalam Majlis Persekutuan (dewan pertuanan dalam Perhimpunan Persekutuan). Subjek-subjek tersebut bagaimanapun berbeza dalam tahap autonomi yang dinikmati.

Terdapat 6 jenis subjek persekutuan-22 republik, 9 krai, 46 oblast, 3 bandar raya persekutuan, 1 oblast autonomi, dan 4 okrug autonomi.

Okrug autonomi adalah satu-satunya jenis subjek persekutuan yang mempunyai status yang pelik dalam hak sendiri, tetapi pada masa yang sama mereka dianggap sebagai bahagian pentadbiran subjek persekutuan yang lain (dengan Negeri autonomi Chukotka sebagai pengecualian tunggal).

RujukanSunting

  1. ^ Constitution, Article 65