Subis (kawasan negeri)

Subis (Jawi: سوبيس) ialah kawasan negeri di dalam negeri Sarawak, Malaysia. Ia telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak tahun 1969 sehingga 1991 dan mula dipertandingkan pada tahun 1969.[2] Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan Negeri di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak yang lalu.

Subis
Kawasan pilihan raya  Sarawak
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Sarawak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1968
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1991
Kali pertama dipertandingkan1969
Kali terakhir dipertandingkan1987
Demografi
Pemilih (1969)[1]7,913

Sejarah sunting

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Subis sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Miri-Subis dari tahun 1969 sehingga 1978 dan Lambir dari tahun 1978 sehingga 1990. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Lambir.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Francis Loke dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnya iaitu Lee Foung Chew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Hashim Bin Haji Ladis dari Bebas dan Jackie Yong dari Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebanyak 7,913 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Francis Loke mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 1,728, Lee Foung Chew pula mendapat undian sebanyak 1,420, Hashim Bin Haji Ladis sebanyak 1,387 dan paling sedikit ialah Jackie Yong iaitu sebanyak 832 undi.[2]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak enam calon bertanding di DUN ini iaitu Salleh Jafaruddin dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS), Usop Wahap dari parti Barisan Nasional (BN), Chong Kon Fatt alias Chong Kow Fatt dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Ali Bin Mana, David Anak La, Linggie Anak Balong dari parti Bebas. Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Subis terletak di Dewan Masyarakat Bekenu di Sibuti, Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak sama dengan tempat penanaman calon iaitu Dewan Masyarakat Bekenu. Kerusi DUN Subis ketika itu dimenangi oleh Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak.[3]

Sejarah perwakilan sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Subis.[4]
Persidangan Tahun Ahli Parti
Kawasan DUN diciptakan
ke-8 1969-1974 Francis Loke Parti Kebangsaan Sarawak
ke-9 1974-1979 Mumin Kader Barisan Nasional (PBB)
ke-10 1979-1983 Barisan Nasional (PBB)
ke-11 1983-1987 Usop Wahab Barisan Nasional (PBB)
ke-12 1987-1991 Salleh Jafaruddin Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak
Kawasan DUN dimansuhkan, digantikan dengan Lambir

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Sarawak 1969
Parti Calon Undian % ∆%
SNAP Francis Loke 1,728 32.2
Bebas Hashim Bin Jahi Ladis 1,387 25.8
SUPP Lee Foung Chew 1,420 26.5
PESAKA Jackie Yong 832 15.5
Jumlah undian sah 5,367 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 583
Kertas undi tidak dikembalikan
Kertas undi dikeluarkan 5,950
Pemilih berdaftar 7,913
Majoriti 308
Kawasan DUN ini baru diciptakan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Barisan chalun2 pilehanraya: Dua belas parti bertanding" [Barisan calon-calon pilihan raya: Dua belas parti bertanding]. Berita Harian. 6 April 1969. m/s. 3. Diperolehi pada 13 Disember 2020.
  2. ^ a b c "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  3. ^ "Laporan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2002. Dicapai pada 13 September 2010.
  4. ^ Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.

Pautan luar sunting