Subkhiddin Mohd Salleh

pengadil bola sepak Malaysia

Subkhiddin Mohd Salleh (lahir 17 November 1966) ialah bekas pengadil bola sepak Malaysia. Beliau sudah menjadi pengadil di Liga Super Malaysia sejak 1995. Beliau juga telah menjadi pengadil antarabangsa penuh untuk FIFA sejak 2000. [1] Pada 2008, Subkhiddin menjadi pengadil bertaraf AFC Elite. Beliau adalah satu-satunya pengadil dari Malaysia yang menjadi Pengadil Elit AFC.[1]

Subkhiddin Salleh
Nama penuh Mohd Subkhiddin Bin Mohd Salleh
Tarikh lahir (1966-11-17) 17 November 1966 (umur 57)
Parit Buntar, Perak, Malaysia
Pekerjaan lain Cikgu
Dalam Negeri
Tahun Liga Peranan
1995–2011 Liga Super Malaysia Pengadil
Antarabangsa
Tahun Liga Peranan
2000-2011 Senarai FIFA Pengadil
2008-2011 AFC Elite Pengadil

Kerjaya sunting

Pertandingan pertama Subkhiddin merupakan pertandingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 dengan Iraq menentang Nepal. Subkhiddin memberi kad kepada 5 pemain dan menghantar keluar seorang pemain.[2]

Beliau terpilih sebagai pengadil untuk Piala Dunia Bawah 20 FIFA 2007 di Kanada, di mana dia menjadi pengadil pertandingan peringkat kumpulan antara Panama dan Argentina, perempatfinal antara Chile dan Portugal, di mana dia menghantar tiga pemain. Pada perlawanan terakhir, Subkhiddin terlibat dalam insiden pelik di mana pemain Portugal, Zéquinha mengambil kad merah dari tangannya ketika beliau menghantar keluar Mano, menyebabkan kekeliruan dari para penonton dan pengulas sukan, yang kemmudian menyebabkan Zéquinha turut dibuang padang. Beliau juga meniup wisel untuk merasmikan perlawanan antara Scotland dan Costa Rica. Pada 31 Januari 2010, Subkhiddin mengadili perlawanan play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2010, SHB Đà Nẵng lwn Muangthong United di Stadium Chi Lăng di Da Nang.

Beliau terpilih sebagai pegawai ke-4 untuk Piala Dunia FIFA 2010.[3]

Beliau merupakan pengadil Malaysia pertama yang terpilih untuk mewakili negara pada Piala Dunia FIFA 2010. Subkhiddin juga merasmikan Piala Asia AFC 2011.

Subkhiddin secara rasmi bersara pada Ogos 2011 dan kini menetap di Parit Buntar.

Rujukan sunting

  1. ^ World Referees, Subkhiddin Mohd Salleh (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 29 Disember 2010
  2. ^ Iraq vs Nepal (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 29 Disember 2010
  3. ^ List of prospective 2010 FIFA World Cup referees (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 29 Disember 2010

Pautan luar sunting