Buka menu utama
Jangan dikelirukan dengan Sudut pandangan.

Sudut Pandang Muhyiddin Yassin Isu, kontroversi, pandangan serta harapan. SEBUAH WAWANCARA[1] adalah sebuah buku yang diterbitkan hasil wawancara dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sudut Pandang
Muhyiddin Yassin
MuhyiddinYassin.jpg
PengarangTan Sri Muhyiddin Yassin
Zinitulniza Abdul Kadir
Artis kulitZinitulniza Abdul Kadir
Negara Malaysia
BahasaMalaysia
SubjekPendidikan di Malaysia
PenerbitLogo ITBM.png Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tarikh penerbitan
23 November 2011
Jenis mediaBuku
Halaman285
ISBNISBN 9789830687698

Isi kandungan

SinopsisSunting

Buku ini memaparkan 14 perkara dasar membabitkan transformasi dunia pendidikan di bawah teraju YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin Yassin sejak dipertanggungjawabkan menerajui Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 9 April 2009. Panas dengan isu, hangat dengan kontroversi, padat dengan pandangan dan sarat dengan harapan, buku ini menjawab segala persoalan yang dibangkitkan, pertikaian yang dilempar, kekeliruan yang mengaburi matlamat dan permasalahan yang hakikatnya sudah lama selesai. Pendek kata, buku ini adalah air kepada api, memadam segala ketidakpastian, sekaligus membina akar baru untuk sama-sama menjadi tunjang menyumbang kepada Negara.

PengarangSunting

Kulit muka buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin ini adalah hasil karangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu oleh Zinitulniza Abdul Kadir.

Isi KandunganSunting

  1. Pendidikan Prasekolah
  2. Program Literasi dan Numerasi
  3. Tawaran Baru (Bai'ah)
  4. Sekolah Berprestasi Tinggi
  5. Sekolah Amanah
  6. Dasar 1Murid 1Sukan[2]
  7. Sejarah Subjek Wajib Lulus SPM
  8. Penetapan Had 10 Mata Pelajaran dalam SPM
  9. Transformasi Pendidikan Vokasional
  10. Isu Novel Interlok
  11. Pemansuhan PPSMI dan Dasar MBMMBI
  12. Memartabat Bahasa Melayu
  13. Memantapkan Profesion Perguruan
  14. Penilaian Menyeluruh Sistem Pendidikan Negara

Pautan LuarSunting

RujukanSunting