Suezmax merujuk kepada istilah maritim untuk kapal-kapal besar yang muat memasuki Terusan Suez dengan muatan penuh yang selalunya digunakan untuk kapal tangki. Memandangkan terusan ini tidak memiliki pintu air, halangan utamanya ialah drauf dan ketinggian di Jambatan Terusan Suez.

Dua kapal sedang berlabuh di El Ballah ketika transit di Terusan Suez.

Kedalaman terusan ketika ini membenarkan drauf maksimum 16 m (52.5 kaki), menyebabkan kebanyakan kapal tangki besar dengan muatan penuh tidak mampu melepasinya. Mereka perlu memindahkan muatan ke kapal lain ataupun ke terminal saluran paip sebelum dibenarkan melepasi, atau memilih untuk mengelak terusan ini dan mengelilingi laluan Tanjung Harapan. Terusan ini sedang didalamkan sehingga 18 ke 20 m (59.1 ke 65.6 kaki).

Berat mati biasa untuk kapal Suezmax ialah sekitar 150,000 tan dan lebar sehingga 46 m (150.9 kaki). "Drauf Udara" maksimum ialah 68 m (223.1 kaki) iaitu bersamaan dengan jarak antara permukaan air dan Jambatan Terusan Suez, manakala lebar maksimum ialah 70.1 m (230 kaki). Pihak berkuasa akan mengeluarkan jadual lebar dan drauf yang dibenarkan yang akan sentiasa berubah.

Jambatan Terusan Suez atau Jambatan Keamanan Mubarak

Drauf maksimum ditukar kepada 20.1 m (66 kaki) menjelang 2010 bagi membolehkan kapal-kapal tangki besar melalui terusan ini. Buat masa sekarang, kapal tangki besar perlu memindahkan sebahagian muatannya di pintu masuk agar mendapat drauf yang dibenarkan.

Istilah lain seperti Panamax, Malaccamax dan Seawaymax digunakan untuk kapal-kapal besar yang muat memasuki Terusan Panama, Selat Melaka dan Laluan air Saint Lawrence. Aframax pula merujuk kepada kapal-kapal tangki dengan berat mati daripada 80,000 sehingga 120,000 metrik tan.

Sumber sunting

Lihat Juga sunting