Kumpulan Suffercation merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia.

Suffercation
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreDeath Metal
Tahun aktif1990-an - sekarang

Sejarah sunting

Kumpulan Suffercation ditubuhkan pada 1990-an. Kumpulan Suffercation merupakan kumpulan pemuzik yang membawa genre Death Metal.

Suffercation mula di tubuhkan dalam lewat tahun 1986,di Pasir mas Kelantan.Di asaskan oleh dua orang adik beradik Ly & Rob yang begitu taksub dengan muzik ekstrim metal.Bermula dengan nama DOOM yang di tubuhkan sewaktu anak2 muda ini baru sahaja habis menduduki peperiksaan Spm.Di barisi Oleh Kamal (bass/vokal) Rob (guitar) & Ly (drum) .Mula bermain lagu2 cover thrash metal dari Slayer, Sodom, kreator, Destruction dan banyak lagi... Pengaruh awal mereka datang nya dari inspirasi band The Hardkores & D'zai'. Dua buah band ini merupakan band thrash terawal di tubuhkan di Kelantan dan lebih senior dari mereka.Sumber rujukan kaset2 metal di perolehi dari sebuah kedai kaset metal Bernama " Metal Merchant "di pasir mas.Doom memulakan aktiviti jam di studio milik Aziz D'zai@Desire di Kota Bahru.The Hardkores (kemudianya menukar nama kepada Slap Death-band awal Dol maarof) Dan D'zai pula menukar nama kepada Desire dengan anggota baru dan turut berubah haluan kepada muzik heavy metal rock.



Setelah beberapa bulan bersama Kamal ' di gantikan oleh 'Sanadi'yang juga bermain Bass/vox.Tidak lama selepas itu Zumi masuk dan mengalas posisi bass.1988 nama band ini di tukarkan kepada Suffocation dengan pengaruh muzik thrash/Death metal .Perancangan seterusnya adalah untuk mencari tapak di Kotaraya K. Lumpur...

1989,....Ly razak akhirnya berhijrah ke K.lumpur bersama arwah bapa nya untuk berniaga di Chow kit road. Hanya Ly seorang sahaja ke k.l dan anggota yang lain masih di Kelantan. Di kl Ly mula mencari tapak dan sewaktu di Kl Ly mendapat pertolongan dari Naim (Inz Merchandise) yang merupakan saudara nya. Naim adalah antara individu terawal yang menbentuk gerakan dan kelompok Underground di Central Market Kl.Setelah menbina tapak.. Rob pula berhijrah ke k.lumpur tanpa Dee yang waktu ini belum tamat belajar manakala Zumi pula menarik diri....Awal tahun 1989..... mereka kembali menbentuk Suffocation. Atas pertolongan Naim, posisi bass di galas oleh Tom decibel yang sebelum itu pernah bermain di dlm band Speed metal lewat '80an.Memulakan aktiviti jamm di Studio Hellion, Amerah studio.....etc. Setelah beberapa bulan...mereka akhirnya berpeluang bermain gigs. 2 Nov 1990,Suffocation di gandingkan bersama Silent Death ,picagari & Laksamana yang merupakan satu2 nya band rock. Gigs ini di adakan di Paradise Club, Kota Raya K.lumpur dan mendapat sambutan hebat dari para metalhead! Dee yang waktu itu masih bersekolah(hari cuti) datang ke K.Lumpur untuk bermain di dalam gigs ini.


"Nightmare in Red" Selepas gigs ini Suffocation mula merakamkan demo pertama berjudul "Nightmare in red" mengandungi 5 track dengan jalur muzik thrash metal yang di rekodkan di Amerah studio. Kualiti sound untuk demo ini agak kurang memuaskan...namun begitu mendapat respon positif dari kalangan underground metal head.Nama Suffocation mula tersiar di dalam fanzine2 tempatan.Lagu2 dari demo ini juga turut tersebar di dalam rangkaian underground Asia melalui jaringan tape trading dan telah tersiar di beberapa saluran Radio Underground Metal Australia. Dalam tahun yang sama band2 underground tempatan turut merekodkan demo seperti Sil khannaz, Silent Death ,Brain dead,Rator,Senseless death, The pilgrims & Necrofist. Melalui demo ini Suffocation mula menerima banyak tawaran gigs. Demo ini di rekod dengan line up Dee(vox/gitar) Rob(gitar) Tom decibel(bass) Ly (drum)

Cover demo 1990


Memasuki awal tahun 1991,..selepas bermain di dalam gig di Paradise Club bersama Silent Death, Picagari, Brain dead, & Necrofist Dee meninggalkan band ini untuk melanjutkan pengajian,dan Ly mula mencari anggota baru.... Tidak lama selepas itu Ly bertemu dengan Jeff yang waktu itu berniaga burger di Taman melawati ,apabila mengetahui Jeff boleh bermain muzik Ly mengajaknya menyertai Suffocation .Jeff lantas menggalas posisi voc/gitar. Dalam mengatur perancangan...Ogos '91 mereka menerima Surat dari pihak pengurusan Suffocation (AS) inner crypt management yang meminta nama band ini di tukarkan kerana nama Suffocation Sudah di daftarkan dan sepenuhnya menjadi hak milik mereka.Akur dengan keadaan tersebut, mereka mula mencari nama Baru dan Setelah melihat lirik lagu band Therion (Sweden) mereka sepakat menggunakan nama Suffercation. Logo & tulisan band ini di cipta oleh Naim & dan di bantu oleh Joe kidd .


Pertengahan tahun '91, Suffercation berjaya mendapat tawaran rakaman dari label Noize records dan sebelum itu perlu menyertai sebuah kompilasi terbitan Noize rec dahulu yang turut menbariskan Sil khannaz, Picagari, Brain dead & Silent Death. Rashdan Punisher individu yang menperkenalkan mereka kepada Noize rec.Namun perancangan kompilasi ini tidak menjadi kerana orang di dalam label ini (George) telah menggunakan dana untuk kepentingan sendiri....

Sewaktu berkunjung ke Noize Record Hasrat mereka untuk merekodkan album pertama dengan 4 lagu demo pertama dan 4 lagi lagu baru di bawah label ini juga tidak kesampaian...Noize Records selepas itu terus aktif namun hanya memasarkan album2 artis pop/balada sahaja.lantaran itu awal tahun 1992,Suffercation merakamkan demo ke 2 berjudul "Day of darkness " mengandungi 4 track di Ima Studio taman Malawati. Kualiti bunyi demo ini agak baik berbanding demo pertama. Di rekod dengan line up Jeff (vox/gitar) rob (guitar) Tom decibel (bass) & ly (drum). Demo ini seterusnya di bawa dan di beri kan kepada label Vsp oleh Ly, dan ianya tidak sempat di edarkan di jaringan Underground.Selepas demo ini di rekodkan, Tom decibel mengambil keputusan untuk berundur....Tom seterusnya menanggotai band Sil khannaz Dan merakamkan album "Conception of madness"(1993). Vsp@Valentine Sound productions akhirnya bersetuju mengambil Suffercation dan merakamkan album.Karl Cromok adalah antara individu yang menpegaruhi Joe Siva(bos Vsp) untuk mengambil Suffercation menjadi artis mereka, menurut Karl, Suffercation menpuyai nama di Australia kerana lagu2 demo mereka pernah di putarkan di stesen radio di Sana. Kebetulan setelah kembali ke Malaysia, Karl berkerja di bawah Vsp sebagai producer. Sebelum bernaung di Vsp, Suffercation terlebih dahulu mendapat tawaran dari sebuah label di Amerika Syarikat namun faktor kos yang tinggi untuk ke sana tawaran tersebut tidak menjadi. Memulakan rakaman di King Studio bersama Karl Cromok selaku producer & Jig selaku inginered.Rakaman album ini hanya memakan masa selama 36 jam sahaja.Jun 1992, album pertama Suffercation "Day of darkness "akhirnya di pasarkan oleh Vsp...mengandungi 10 buah lagu yang di lagukan dengan stail teknikal Brutal Melodik Death metal!

Album ini di rekodkan dengan line up Jeff allias (vox/gitar)Rob razak (gitar/bass) & Ly razak (drum)

Suffercation merupakan band Death Metal tempatan pertama & terawal di Asia tenggara yang merekodkan album. Vsp turut meletakkan ayat  "the first Malaysian Death metal band record an album ".Album ini turut menjadi isu di kalangan para pemuzik metalhead kerana ada pihak yang kurang berpuas hati apabila Suffercation berjaya merekodkan album,kerana bagi mereka ada band lama yang lebih layak. Album ini begitu bermakna bagi mereka bertiga dan setiap anggota yang pernah bersama, kerana bagi mereka peluang dapat merekodkan album sudah cukup besar dan bermakna.Album ini turut mencetuskan fenomena dan melakar kejayan besar seperti mana album sulung FTG & Cromok. Suffercation turut mengambil risiko dengan menbuat promosi di media arus perdana di mana cerita album ini telah tersiar di dalam surat khabar & Majalah2 hiburan.Pertama kali mereka muncul di dalam akhbar 'Utusan Malaysia's dengan tajuk "suffercation ingin tembusi pasaran antarabangsa". Namun cara mereka ini tidak di senangi segelintir kelompok fanatik underground yang mula melabelkan band ini bukan lagi band Ug dan mula menjadi band komersil. Biarpun begitu strategi mereka menjadi apabila jualan album ini begitu mendapat sambutan hebat....sehingga mendapat anugerah platinum dari VSP yang di umumkan di sebuah club di Bukit Bintang,di susuli dengan sidang media & ahkbar. Kejayaan ini menjadi satu sejarah buat band2 Underground tanahair apabila pemuzik2 UG yang sebelum ini tidak di pandang kini di beri ruang di arus muzik perdana.

Selain promosi arus perdana Suffercation turut menjalankan road tour untuk album ini di pentas2 gig, funfair dan Club malam sekitar k.l.Satu lagi sejarah terukir apabila Suffercation di beri peluang sebagai band undangan untuk Konsert pertama CROMOK di Malaysia yang di adakan di Life Centre kuala lumpur.Inilah pengalaman pertama mereka bermain di Konsert besar.Konsert bersejarah ini yang berlangsung selama 2 hari anjuran VSP mendapat sambutan cukup hebat dan publisiti meluas di dalam Majalah2 hiburan. Sebuah club peminat juga turut di tubuhkan bagi mengendali dan menjawab surat2 dari peminat yang di kendalikan oleh kakitangan VSP -(Angie).Ini sesuatu yang baru bagi sebuah band Underground....Biarpun mengunakan medium arus perdana, Suffercation tetap berpegang dengan attitude Underground. Atas populariti band ini, ada pihak pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan mencetak t shirt & merchandise band ini tanpa kebenaran dan menjual di pasar2 malam dan premis2 secara terbuka. Sedang mereka melakar satu kejayaan besar, satu berita artikel tersiar di akhbar" Berita Harian" bertajuk 'Kelainan imej Suffercation memeranjatkan" tulisan wartawan Rosmin Darus. Tulisan dan artikel ini telah meranap dan menjatuhkan terus imej Suffercation. Dalam sekelip mata meletakkan band ini dalam masalah dan tekanan . Melalui artikel ini, album ini turut di haramkan pemasaran nya untuk seketika. Anggota2 Suffercation turut di panggil oleh anggota cawangan khas ISA untuk di soal siasat. Pengharaman album ini juga berpunca dari sebuah Gereja di Damansara yang mendapat lirik lagu album ini dari Club peminat dan menghantar surat saman kepada mereka kerana di Katakan menghina agama Kristian. Kes ini berlarutan sehingga sebulan dan akhirnya Mahkamah menbenarkan album ini di jual kembali namun mengariskan 5 syarat baru, di mana kulit album perlu di tukar, tajuk album, lirik, lagu tidak boleh di cetak. VSP seterusnya menbuat cetakan ke 2 'Day of Darkness ' dengan cover album baru yang hanya memaparkan gambar mereka bertiga dengan design hanya berwarna hitam. Namun penjualan album cetakan baru ini tidak begitu mendapat sambutan seperti jualan cetakan pertama. Lewat '92 setelah segala isu reda, band ini mendapat pelawaan untuk bermain dalam satu Festival Muzik Rock n Rap di Filipina namun tidak menjadi atas beberapa sebab. VSP kemudianya menghantar artis rap mereka 'KRASH KROZZ'. Antara kejayaan2 "Day of darkness " lagu2 album ini turut di putarkan di corong2 Radio di Australia & Jepun,dan album sulung ini turut di keluarkan di Republic Indonesia dalam bentuk kaset. Ini menbuatkan band ini turut menpuyai peminat di luar Malaysia.

Awal tahun 1993,Suffercation telah menerima surat jemputan dari sebuah label luar negara yang menjemput band ini menjadi band undangan untuk tour band KREATOR di Eropah. Namun tawaran ini tidak menjadi kerana mereka terpaksa menanggung semua perbelanjaan kos untuk ke luar negara.Awal'93 juga 3 anak muda ini memulakan rakaman untuk album ke 2,di King Studio dengan selian Jig selaku penerbit. Album ke 2 Suffercation -Cryptic Existence "di pasarkan dalam pertengahan tahun '93 yang menyaksikan perubahan jalur muzik dari melodik Death metal ke arah muzik yang lebih berat dan laju iaitu Brutal Death metal !Mereka mengambil pengaruh dari band brutal barat seperti Sinister, Morbid Angel & Malevolent creation. Turut di rakamkan sebuah lagu "through the darkness "dari demo 1990,Di rakam dengan line up Jeff allias (vox/gitar) Rob razak (bass/gitar) & Ly razak (drum) .Selepas merekodkan album ini jeff allias mengundurkan diri bagi menjalankan perniaggan keluarga di Ipoh perak. Tempat Jeff seterusnya di ganti oleh Sham(arwah) yang merupakan pengikut dan peminat fanatik Suffercation.Pengunduran Jeff menberi kesan buat band ini di mana Jeff merupakan tunjang utama di dalam pencipta lagu dan ini menbuatkan muzik Suffercation turut berubah.Bagi memantapkan lagi persembahan, mereka mengambil "kamal"di posisi guitar ke 2.Jualan album ke 2 ini juga kurang menyerlah berbanding album sulung di sebabkan faktor perubahan jalur muzik ke arah brutal Death metal. Album ke 2 ini juga tidak mendapat publisiti meluas di media arus perdana...berbanding album pertama dahulu yang cukup hebat.

Bermula dengan album ini Suffercation mula aktif bermain di pentas funfair bersama F.T.G,Xpdc & M.A.Y,sesuatu yang agak berlain bagi sebuah band UG kerana berkongsi pentas dengan band rock. Dari 1993 - 1994,mereka begitu sibuk dengan aktiviti live sehingga terpaksa menangguhkan rakaman untuk album ke 3.Di waktu ini mereka bergerak sebagai pemuzik sepenuh masa. Suffercation menjajah pentas2 funfair ke serata pelusuk negeri.Pendekatan mereka dengan bermain secara terbuka mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengikut UG.Pertengahan tahun '94,band ini sekali lagi mendapat peluang untuk menperkenalkan muzik mereka ke peringkat antarabangsa apabila sebuah stesen tv dari Australia ingin menbuat rakaman muzik video. Rakaman video tv ini telah di jalankan di Ima studio dengan 2 buah lagu dari album pertama & ke 2.Ianya telah tersiar di dalam sebuah program muzik tv Australia. Sesuatu yang cukup menbanggakan.   Di penghujung'94 akhirnya merehatkan sementara aktiviti live dan kembali ke studio untuk rakaman album ke 3.

Album ke 3 "In Sufferance " akhirnya di pasarkan oleh VSP pada tahun 1995,yang menyaksikan muzik Suffercation kembali ke arah melodik Death metal. Di terbitkan sendiri oleh Ly razak & Jig. Line up untuk album ini Sham (vox)Rob razak (gitar /bass) kamal(gitar) &ly razak (drum).turut mengundang Rizal undertaker untuk lagu dari demo 1990 "suffocation " yang di rakamkan kembali. Dan loli untuk solo gitar.

Diskografi sunting

Kumpulan Suffercation menghasilkan 9 album sehingga kini.

Pautan luar sunting