Sugandoi merupakan suatu kidung tradisional masyarakat KadazanDusun, pada masa dahulu digunakan oleh para bobolian untuk mendendangkan mantera Kesyukuran atas semangat padi yang diberikan.[1] [2]

Kini Sugandoi telah menjadi sebuah pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Kadazan Dusun.[3] Menurut sumber daripada KDCA, sejak tahun 1987–2002, pertandingan ini dahulunya dikenali dengan nama Bintang Kaamatan, namun bermula tahun 2004 hingga sekarang, nama pertandingan ini ditukar kepada ‘Sugandoi’.

Etimologi sunting

Waktu Silam sunting

Bagi masyarakat KadazanDusun ketika dahulu, Sugandoi merupakan nama satu ‘semangat’ yang diseru oleh Bobohizan dan ditinggalkan di dalam sebuah tempayan besar yang dikenali sebagai ‘Kakanan’ oleh suku Kadazan Tangaah. Tambahan pula, Sugandoi juga dikatakan sebagai entiti yang boleh menjaga kebajikan sesebuah keluarga yang menjaganya melalui satu upacara yang dinamakan ‘Moginakan’, yang mana semangat ini akan memberikan nasib yang baik kepada keluarga tersebut termasuklah dalam faktor kesihatan dan rezeki dalam bentuk makanan. Ketika upacara ritual bagi memuja Sugandoi, Bobohizan akan mengucapkan mentera (inait/rinait) yang dikenali sebagai ‘Monugandoi’. Mentera tersebut berupa nyanyian atau kidung yang kedengaran seolah-olah memuji-muji sang pencipta (Kinoingan) termasuklah juga ‘Sugandoi’. [4]

Moderan sunting

Kini, Sugandoi dijalankan secara pertandingan dimana ia bertujuan mencungkil bakat-bakat nyanyian yang ada di Sabah tanpa mengira peringkat umur iaitu kanak-kanak, dewasa atau golongan veteran. Pertandingan ini hanya diadakan pada setiap bulan Mei sempena bulan menyambut Pesta Menuai (Kaamatan) atau ‘Tadau Kaamatan’ di setiap daerah di negeri Sabah dan beberapa pusat KDCA di Semenanjung Malaysia seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.[5]

Kategori sunting

Bagaimanapun, penyertaan ini hanyalah terbuka kepada mereka yang berdarah atau berketurunan (KadazanDusun dan Murut (KDM) sahaja, biasanya dibahagikan kepada 4 (empat) kategori iaitu;

  • Sugandoi Dazanak (kanak-kanak),
  • Sugandoi remaja dan dewasa (terbuka),
  • Sugandoi Songkotoun (veteran).

Syarat sunting

Kesemua peserta Sugandoi diwajibkan untuk memakai baju tradisional daerah masing-masing kerana pakaian juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi markah daripada juri. Pemenang bagi setiap daerah yang dipertandingkan akan menjadi wakil ke peringkat paling tinggi iaitu peringkat negeri yang akan diadakan di Hongkod Koisaan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Sabah. Manakala pada peringkat negeri pula akan diadakan sebanyak 4 (empat) tapisan iaitu saringan 1, suku akhir, separuh akhir dan akhir, di mana hanya 10 peserta akan terpilih sebagai finalis.[6]

Berikut adalah antara Syarat penyertaan yang pernah dikeluarkan oleh KDCA Klang Valley;[7]

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada mana-mana kaum Kadazandusun / Murut /Rungus atau kacukan yang berasal dari Sabah dan Warganegara Malaysia, Bumiputra.
  2. Mestilah seorang ahli KDCA Klang Valley. Keahlian KDCA Klang Valley boleh dipohon pada hari pendaftaran. Yuran amat minimum (RM15 untuk 5 tahun pertama. Pembaharuan cuma RM1 setahun).
  3. Peserta diwajibkan berbahasa ibunda sewaktu pengenalan diri pada pertandingan akhir pada hari pertandingan
  4. Tidak pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri SABAH dan peringkat Klang Valley.
  5. Pakaian, solekan, dandanan dan perhiasan dan props(jika ada) semasa hari pertandingan hendaklah ditanggung oleh peserta sendiri.

Pemenang Sugandoi sunting

Berikut merupakan senarai pemenang Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah mengikut urutan tahun (1987-2018):

Tahun Wakil Nama Pemenang Catatan
Bintang Kaamatan (1987-2003)
1987 Sandakan Nadia Joseph
1988 Tambunan Applunius Jimmy
1989 Penampang Ambrose Poisil
1990 Tambunan Evaristus Gungkit
1991 Tambunan Annie John Jinuli
1992 Tambunan Johnny Guntabid
1993 TDP TDP
1994 Inanam Fulgentius Angkangon
1995 Tuaran Rozalina Bahrin
1996 Papar Normi Jamil
1997 Kudat Yannie
1998 Penampang Henry Gumisi
1999 Tambunan Suzie Stephen Tuning
2000 Penampang Marcus Payus
2001 Tambunan Martha Ginun
2002 Papar Janiri Sipaji
2003 Penampang Alice Marcus
Juara Sugandoi (2004-Kini)
2004 Tambunan Dickson Jailis
2005 Tanjung Aru Esther Appplunius
2006 Tambunan Arnold Wences Linus
2007 Kudat Siti Sarina Mansur
2008 Tongod Malvin Kalbin
2009 Papar Georgia Joy Binsol
2010 Kota Belud Arie Famree Suis
2011 Likas Feraddy Okuling
2012 Penampang Cathy Woritus
2013 Kota Kinabalu Gideon B. Hilarius
2014 Tambunan Rosario Bianis
2015 Tuaran Apprillisa Sue Ann
2016 Labuan Mohd Rifanzie Ruji
2017 Tuaran Jacinda Faye
2018 Lembah Klang Fransisca Juingki
2019 Kadamaian Dabra Sia Ying Ying
2020 Tambunan Sheldon Elev Gungkit
2021 Kundasang Ferona Paimin
2022 Tambunan Lyron Felix

Reynaldo Paggie atau Rey Kimara, merupakan Naib Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2006, setahun kemudian beliau memenangi pertandingan Bintang RTM 2007.

Jumlah Pemenang Sugandoi sunting

Perwakilan Bilangan Menang Tahun
Tambunan 12 1987, 1988, 1990, 1991, 1992, 1999, 2001, 2004, 2006, 2014, 2020, 2022
Penampang 5 1989, 1998, 2000, 2003, 2012
Tuaran 3 1995, 2015, 2017
Papar 1996, 2002, 2009
Ranau 1 2021
Kadamaian 2019
Lembah Klang 2018
Labuan 2016
Kota Kinabalu 2013
Likas 2011
Kota Belud 2010
Tongod 2008
Kudat 2007
Tanjung Aru 1997
Inanam 1994

Manfaat Sugandoi sunting

Kelahiran Artis Tempatan Sabah sunting

Telah terbukti bahawa pertandingan Sugandoi telah berjaya membuka peluang kepada para peserta untuk mengetengahkan bakat ke peringkat lebih tinggi sehinggalah berjaya melahirkan ramai artis yang mengharumkan nama Sabah. Antaranya seperti Rosario Bianis (Juara Bintang RTM 2016), Apprilissa Sue Ann (3 Juara 2016), Esther Applinius (Naib Juara One in a Million), Reynaldo Paggie (Juara Bintang RTM 2007), Jo-Anna Sue Henley Rampas (Naib Juara Bintang RTM 2009) Zackridin Zakri (Naib Juara Ceria Pop Star) dan ramai lagi.[8]

Pusat Promosi Pelancongan sunting

Sugandoi juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan bahasa dan budaya masyarakat KDM kepada masyarakat luar terutamanya dalam kalangan pelancong luar negara. Peserta Sugandoi dan masyarakat KadazanDusun dan Murut menghayati lirik dan maksud bahasa di dalam setiap bait lirik yang dinyanyikan mereka kerana nilai budaya dan identiti bahasa dalam lagu-lagu bahasa Dusun itu sendiri terkandung elemen-elemen budaya yang harus dipertahankan sepanjang zaman.

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Apa itu Sugandoi dipetik dari Rencana Sabahan Welfare and Social Group (SWAG).
  2. ^ Sugandoi merupakan mantera yang didendang oleh Bobolian untuk memuja ‘semangat’ yang memberi rezeki. Ini konsep kerohanian tradisional mengikut naratif tersendiri tiap sub-etnik yang pelbagai itu. Secara am, Sugandoi itu seakan-akan persembahan kidung istimewa untuk satu semangat kudus DR. RAMZAH DAMBUL (2018)
  3. ^ Sugandoi Competition (Bahasa Inggeris)
  4. ^ Sejarah Sugandoi ditulis oleh rencana sentiasa panas pada 20 Mei 2019
  5. ^ "Sugandoi Competition" ditulis oleh MySabah May 18, 2006
  6. ^ Sejarah Sugandoi, Pertandingan Nyanyian Masyarakat KDCA Di Sabah oleh tetikuscikila pada 19 Ogos
  7. ^ Info Sugandoi oleh KDCA Klang Valley
  8. ^ SUGANDOI. october 26, 2016 by kalangadan