Muhammad Suhail Shaheen (Pashto/Dari : محمد سهیل شاهین) ialah seorang anggota Taliban yang kini berkhidmat sebagai jurucakap rasmi Emiriah Islam Afghanistan di pejabat mereka di Qatar.[1][2][3][4] Beliau menjadi penyunting akhbar Afghanistan milik negara berbahasa Inggeris The Kabul Times semasa pemerintahan Emiriah Islam Afghanistan yang pertama (1996–2001), sebelum dilantik sebagai timbalan duta di Kedutaan Afghanistan di Pakistan.[5]

Suhail Shaheen
Shaheen pada 2019
Kelahiran
Muhammad Suhail Shaheen

Wilayah Paktia, Afghanistan
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Islamabad
Universiti Kabul
Parti politikAfghanistan Taliban

Pada 20 September 2021, kerajaan Emiriah Islam Afghanistan pimpinan Taliban mencalonkannya menjadi utusan rasmi Afghanistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun, Ghulam Isaczai, duta kerajaan Republik Islam Afghanistan yang kini digulingkan, akan dikekalkan kerusinya sebagai wakil rasmi Afghanistan ke PBB, melainkan Jawatankuasa Tauliah PBB menerima pelantikan Shaheen.[6]

Kehidupan awal sunting

 
Suhail Shaheen (kanan sekali) bertemu wakil AS Zalmay Khalilzad (2 dari kiri) dan Setiausaha Negara Mike Pompeo (4 dari kiri), mengiringi Abdul Ghani Baradar dan Abdul Hakim Ishaqzai (5 dan 6 dari kiri)

Suhail dilahirkan di Wilayah Paktia di Afghanistan.[5] Dia berpendidikan di Pakistan, dan terkenal sebagai seorang penulis prolifik dan fasih berbahasa Inggeris dan Urdu di samping bahasa asalnya, Pashto.[7] Suhail belajar di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad[7] dan Universiti Kabul.[8]

Kerjaya sunting

Semasa era Emiriah Islam permerintahan Taliban yang pertama (1996–2001), Suhail berkhidmat sebagai Timbalan Duta Besar Afghanistan di Kedutaan Afghanistan di Pakistan.[8] Semasa fasa terakhir pemberontakan Taliban (2013–2021), beliau berkhidmat sebagai salah seorang jurucakap rasmi Taliban di pejabat politik mereka di Doha, di mana beliau menyampaikan banyak temubual kepada saluran media antarabangsa.[9]

Pada 20 September 2021, sebulan selepas Taliban mengambil alih Afghanistan secara menyeluruh, Suhail telah dicalonkan oleh kerajaan Afghanistan untuk menjadi duta Afghanistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[6]

Pada Oktober 2021, Shaheen menolak bantuan Amerika Syarikat dalam memerangi kumpulan Negara Islam (Daesh) Wilayah Khorasan, dengan berkata, "Kami dapat menangani Daesh secara bebas."[10]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Afghanistan: All foreign troops must leave by deadline - Taliban". BBC News. 5 July 2021.
  2. ^ "Taliban says has right to react if US troops stay in Afghanistan - Conflict News". Al Jazeera. 25 June 2021. Dicapai pada 15 August 2021.
  3. ^ "Won't target any embassy or diplomat in Afghanistan: Suhail Shaheen Taliban Spokesperson". The Economic Times. 14 August 2021. Dicapai pada 15 August 2021.
  4. ^ Mir, Hamid (28 July 2021). "The Taliban is playing a double game". Washington Post. Dicapai pada 15 August 2021.
  5. ^ a b "Database". www.afghan-bios.info. Dicapai pada 16 July 2021.
  6. ^ a b Nichols, Michelle (21 September 2021). "Exclusive: Taliban names Afghan U.N. envoy, asks to speak to world leaders". Reuters. Dicapai pada 22 September 2021.
  7. ^ a b "Database". www.afghan-bios.info.
  8. ^ a b "Suhail Shaheen". Conciliation Resources. Dicapai pada 15 August 2021.
  9. ^ "Meet Suhail Shaheen: Taliban's 'soft-spoken, calm' spokesperson named as UN envoy". Firstpost. 22 September 2021. Dicapai pada 24 September 2021.
  10. ^ "Taliban say they won't work with US to contain Islamic State". PBS NewsHour (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-09. Dicapai pada 2021-10-13.

Pautan luar sunting