Suhailah Mohamed Noah

Tun Suhailah binti Tan Sri Haji Mohamed Noah (24 Oktober 1931 – 4 Oktober 2014) ialah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn dan ibu kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Mohamed Noah Omar, Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama.


Suhailah Mohamed Noah

SSM; SPMT (Terengganu)
Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-3
Dalam jawatan
15 Januari 1976 – 16 Julai 1981
Perdana MenteriTun Hussein Onn
Didahului olehTun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah
Digantikan olehTun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali
Butiran peribadi
Lahir(1931-10-24)24 Oktober 1931
Muar, Johor
Meninggal dunia4 Oktober 2014(2014-10-04) (umur 82)
Damansara Utama, Selangor
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
PasanganTun Hussein Onn (k. 1948; m. 1990)
HubunganTun Rahah Mohamed Noah (Adik)
Tun Abdul Razak Hussein (Adik Ipar)
Dato' Sri Najib Razak (Anak Saudara)
Dato' Sri Nazir Razak (Anak Saudara)
Anak-anakDatin Roquaiya Hanim
Puan Sri Dr. Suraiya Hani
Rozia Hanis
Dato' Seri Hishammuddin
Dr. Rozita Halina
Dato' Haris Onn
IbuPuan Sri Datin Hajah Maimun Abdul Manaf
BapaTan Sri Dato' Haji Mohamed Noah Omar

Adiknya, Tun Rahah Mohamed Noah telah berkahwin dengan Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein. Hishammuddin Hussein ialah anak saudara Tun Rahah Mohamed Noah, dan sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau meninggal dunia pada 4 Oktober 2014 dan telah disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.[1]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Tun Suhailah, widow of 3rd PM Tun Hussein Onn, dies at 82". The Malaysian Insider. 4 Oktober 2014. Diarkib daripada yang asal pada 23 Oktober 2014. Dicapai pada 7 Oktober 2014.