Dato' Dr.
Suhaimi bin Ibrahim
DSSA, DIMP
Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri Pahang Parti Keadilan Rakyat
Ahli Dewan Undangan Pahang
bagi Benta
Dalam jawatan
1995–1999
Maklumat peribadi
Lahir
Suhaimi bin Ibrahim

(1959-08-02) 2 Ogos 1959 (umur 65)
Raub, Pahang, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanAhli Politik

Latar Belakang Awal dan Pendidikan

sunting

Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim dilahirkan di Raub, Pahang dan melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Malaya, dengan kepakaran dalam bidang pendidikan Psikologi. Beliau kemudiannya memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) dalam Politik dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia.

Kerjaya

sunting

Sumbangan Akademik dan Profesional

sunting

Dato' Dr. Suhaimi mempunyai kerjaya cemerlang dalam dunia akademik dan penyelidikan, di mana beliau telah menyumbang secara signifikan dalam beberapa bidang yang melibatkan kebajikan dan pembangunan bumiputera. Sehubungan dengan itu, beliau juga telah membuat penyelidikan mengenai taraf hidup sosio ekonomi di negara jiran, seperti Filipina dan Thailand, dengan niat untuk mengetahui cara mereka menangani masalah tersebut di negara masing-masing. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai kajian, laporan, dan cadangan dasar yang memberi impak kepada dasar kerajaan Malaysia.

Kerjaya Politik

sunting

Dato' Dr. Suhaimi terlibat secara aktif dalam politik Malaysia, khususnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau telah memainkan peranan penting dalam merangka dasar parti serta menggerakkan aktiviti akar umbi. Antara jawatan yang pernah disandang termasuk:

Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri, Pahang (2024 - kini)[1]

Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) (sesi 2019 - 2021)[2]

Beliau dikenali sebagai seorang pejuang keadilan sosial dan reformasi ekonomi serta terlibat dalam inisiatif utama yang memberi tumpuan terutamanya kepada penduduk-penduduk luar bandar. Beliau menitikberatkan pembangunan luar bandar, pemerkasaan ekonomi luar bandar, taraf pendidikan, selaras dengan visi negara yang ingin melahirkan tenaga kerja yang pintar di wilayah ASEAN yang kian bersaing untuk pelabur teknologi seperti Amazon, Microsoft, Apple, dan sebagainya.

Penglibatan Komuniti dan Advokasi

sunting

Selain politik, Dato’ Dr. Suhaimi turut aktif dalam pelbagai program kemasyarakatan dan inisiatif bukan kerajaan (NGO). Beliau telah mengetuai beberapa program yang membantu golongan asnaf di negara. Sebagai pengerusi, atau ahli lembaga pengarah untuk beberapa NGO seperti Yayasan Belia Malaysia (YBM), Yayasan Anda Akademik (YAA), beliau amat fokus terhadap pembangunan ekonomi dan pendidikan belia negara.

Yayasan Belia Malaysia (YBM)

sunting

Salah satu program yang diterajui beliau selaku pengerusi Yayasan Belia Malaysia (YBM), ialah dengan CIMB Islamic, mereka telah memberi bantuan makanan kepada 400 keluarga asnaf, bernilai RM100,000.00[3] . Bantuan ini akan sedikit sebanyak membantu keluarga-keluarga tersebut mengurangkan beban kewangan dan membolehkan mereka memperuntukkan pendapatan ke arah keperluan asas dan memperbaiki kehidupan mereka secara menyeluruh.

Semasa kejadian banjir yang melanda negeri Pahang, Dato' Dr. Suhaimi telah mengetuai YBM dengan tujuan membantu sebanyak 500 mangsa[4]. YBM menyatakan bahawa ban­tuan yang diberikan adalah barang keperluan asas seperti barangan dapur, peralatan dapur seperti tong gas dan dapur masak, tempat tidur seperti tikar, bantal dan tilam, sabun pencuci serta peralatan untuk member­sihkan rumah. YBM juga menyumbangkan al-Quran kepada setiap keluarga dan ke­perluan menunaikan solat se­perti telekung dan sejadah, khas untuk keluarga Islam.

Beliau juga menyahut komitmen Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim, untuk menolong rakyat Gaza tetapi pada masa yang sama seharusnya mengingati rakyat Malaysia yang masih memerlukan bantuan di tanah air sendiri.[5]

Dato' Dr. Suhaimi merupakan Pengerusi Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (PAYAAM). YAA amat menitikberatkan kemajuan pendidikan untuk belia negara. Ditubuh pada tahun 1970-an, YAA bertujuan untuk membantu memberi peluang kedua kepada pelajar yang tercicir dalam pelajaran mendapatkan pendidikan secara menyeluruh sebelum meneruskan pengajian ke universiti dan berjaya dalam kerjaya. [6]

Penghargaan dan Anugerah

sunting

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam dan akademik, beliau telah menerima pelbagai penghormatan termasuk:

Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz (DSSA), Selangor (1996) - memberi gelaran Dato'[7]

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Pahang (2007) - memberi gelaran Dato'

Anugerah Tokoh Belia Negeri Pahang (2005)

Anugerah Tokoh Belia Negara (2005)

Kehidupan Peribadi

sunting

Dato' Dr. Suhaimi dikenali sebagai seorang yang komited terhadap pendidikan, kepimpinan, dan aktivisme sosial. Dalam masa lapangnya, beliau lebih gemar bersukan dan membaca. Sebagai seorang yang menyandang jawatan Pengarah Pembangunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, beliau juga amat berminat dalam sukan kriket negara.

Legasi dan Impak

sunting

Sebagai seorang tokoh berpengaruh dalam politik dan akademik Malaysia, Dato’ Dr. Suhaimi kerap memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara. Dedikasi beliau terhadap pembangunan belia, pembangunan masyarakat luar bandar untuk memperkasakan Malaysia di mata dunia, menjadikan beliau seorang pemimpin yang disegani ramai.

Rujukan

sunting
  1. ^ "MPN KEADILAN Pahang lantik pimpinan baharu". Suara Keadilan. Oct 5, 2024.
  2. ^ "Suhaimi Ibrahim presiden baharu Gagasan". Sinar Harian. 23 February 2019.
  3. ^ Johari, Nurayuni (8 October 2024). "CIMB Islamic, YBM agihkan RM100,000 bantuan bakul makanan kepada 400 keluarga asnaf". Malaysia Gazette.
  4. ^ MAT ISA, MOHAMAD SHOFI (29 Januari 2021). "YBM bantu 300 mangsa banjir di Pahang". Utusan Malaysia.
  5. ^ Manaf, Akmal (31 Jan 2025). "Bangun semula Gaza: Jangan pertikai PM, rakyat Malaysia tetap diutamakan". Suara Keadilan.
  6. ^ Mat Hayin, Nor Asyikin (2 Feb 2020). "Lahir ramai anak bangsa berjaya". Harian Metro.
  7. ^ "DARJAH KEBESARAN NEGERI". BAHAGIAN ISTIADAT DAN URUSETIA PERSIDANGAN ANTARABANGSA.