Suhaimi bin Gafar ialah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Brunei. Pada masa ini beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan, dan oleh itu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet iaitu kabinet Brunei, sejak 30 Januari 2018.[1][2][3]

Yang Berhormat Dato Seri Paduka

Suhaimi bin Gafar
Menteri Pembangunan
Memegang jawatan
30 Januari 2018 (2018-01-30)
Didahului olehBahrin bin Abdullah
Timbalan Menteri Pembangunan
Dalam jawatan
Oktober 2015 (2015-10) – 29 Januari 2018 (2018-01-29)
Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional)
Dalam jawatan
2010 (2010) – 2015 (2015)
Ketua Pengarah Kerja Raya
Dalam jawatan
2008 (2008) – 2010 (2010)

Nama sunting

Dalam pertuturan dan penulisan rasmi bahasa Melayu di Brunei, beliau dirujuk dengan nama serta terasul iaitu "Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar" dengan rujukan kehormat "Yang Berhormat".[1][2][3]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya dalam kerajaan pada tahun 1985 sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya. Jawatan-jawatan yang telah dipegang oleh beliau dalam jabatan tersebut ialah seperti berikut:[1]

  • Jurutera dari tahun 1985
  • Jurutera Kerja dari tahun 1991
  • Penolong Pengarah Jalan Raya dari tahun 1996
  • Pengarah Jalan Raya dari tahun 2001
  • Pengarah Perkhidmatan Air pada tahun 2003
  • Pengarah Kemajuan dari tahun 2003
  • Pengarah Perkhidmatan Air dari pada tahun 2005
  • Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya dari tahun 2005
  • Ketua Pengarah Kerja Raya dari tahun 2008

Bermula tahun 2010, beliau dilantik untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan.[1] Pada tahun 2015, beliau bersara dari perkhidmatan awam namun pada Oktober 2015 diambil semula dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.[1][4] Akhirnya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sekarang sebagai Menteri Pembangunan bermula 30 Januari 2018.[1]

Kurniaan sunting

Beliau telah dikurniakan beberapa bintang-bintang kebesaran dan pingat-pingat kehormatan Brunei, iaitu:[1]

Bintang kebesaran sunting

  • Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) dengan membawa gelaran 'Dato Seri Paduka' pada 15 Julai 2017
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) dengan membawa gelaran 'Dato Paduka' pada 15 Julai 2012
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.)[5]
  • Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.N.B.)[5]
  • Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (P.S.B.)[5]

Pingat kehormatan sunting

  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)[5]
  • Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.)[5]
  • PIngat Kerja Lama (P.K.L.)[5]
  • Pingat Jubli Perak

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Menteri Kementerian Pembangunan". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b Asgar, Abdullah (2018-01-30). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b Sim, Y. H.; Yahya, Salawati (2018-01-30). "Kabinet dirombak". mediapermata.com.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Othman, Azlan (2017-09-13). "Brunei undertakes commitment to environmental protection at 14th AMME". borneobulletin.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ a b c d e f "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting