Suhaizan Kaiat

(Dilencongkan dari Suhaizan Kayat)

YB Suhaizan Kayat adalah merupakan Speaker Dewan Negeri Johor. Beliau telah mengangkat sumpah jawatan pada 28 Jun 2018 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor semasa Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 yang lalu.[1]

Yang Berhormat

Suhaizan Kaiat
Speaker Dewan Negeri Johor
Memegang jawatan
28 Jun 2018
Didahului olehMohamad Aziz
Setiausaha Organisasi
Parti Amanah Negara
Dalam jawatan
2015–2019
PresidenMohamad Sabu
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAbang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehNasrudin Hassan
Digantikan olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1973-04-13) 13 April 1973 (umur 47)
Kampung Sungai Sudah
 Muar, Johor
KerakyatanMalaysia
Parti politikPAS (-2015)
Parti Amanah Negara (2015-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg PH-AMANAH
PasanganDr. Norsham Idris
Anak-anak3
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanSpeaker Dewan Negeri
Ahli politik

Beliau adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara sejak 2015 lagi.[2] Sebelum aktif dalam Parti Amanah Negara, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin dalam saf kepimpinan PAS.

PendidikanSunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar dan Sekolah Agama Seri Menanti, Muar (Darjah Khas). Kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti, Muar dan akhirnya di Sekolah Agama Parit Nawi.[3]

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau telah menyambung pengajian di universiti dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beliau aktif dalam persatuan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Antara jawatan yang beliau sandang, termasuklah sebagai Exco dan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.

Aktiviti kemasyarakatanSunting

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Pembangunan Masjid Taman Universiti Skudai, Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Kempas dan Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Simpang Renggam.

PolitikSunting

Beliau mula menceburi bidang politik dengan menyertai PAS. Antara jawatan penting beliau dalam PAS, termasuklah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Malaysia.

Beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Johor pada 28 Jun 2018 lalu.

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia: Johor[4][5]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Pembangkang Undi
2013 Simpang Renggam Liang Teck Meng (BN) 19,754 Suhaizan Kaiat (PAS) 14,048
2004 Parit Sulong Syed Hood Syed Edros (BN) 26,974 Suhaizan Kaiat (PAS) 9,788
Dewan Undangan Negeri Johor[6]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Pembangkang Undi
2018 Kukup Md Othman Yusof (BN) 11,113 Suhaizan Kaiat (PKR) 10,251
Dr. Karim Deraman (PAS) 1,040
2013 Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tan Sri Tengku Hamid Jumat (BN) 18,595 Suhaizan Kaiat (PAS) 14,648
2008 Osman Sapian (BN) 15,897 Suhaizan Kaiat (PAS) 7,711

Pautan luarSunting

Suhaizan Kaiat di Facebook

RujukanSunting