Dalam konteks muzik klasik dan jazz dunia Barat, suit [su-it] (daripada Bahasa Perancis: suite) merujuk kepada tampilan set arahan instrumental atau orkestra/pancaragam konsert terdiri daripada beberapa pergerakan berasingan yang berkongsi tema dan nada yang sama.[1]

Format penggubahan ini mengurang pengunaannya sepanjang abad ke-18 dengan naiknya format simfoni, sonata dan konserto yang lebih terkenal; walau bagaimanapun ia dihidupkan kembali pada abad ke-19 dengan pendekatan berbeza,[1] yang seringkalinya melibatkan petikan gubahan muzik diambil dari balet, muzik selingan drama, opera dan filem, malah daripada media lebih moden seperti permainan video[2] atau penggubahan asal sepenuhnya.

RujukanSunting

  1. ^ a b Alison Latham (penyunting). The Oxford Dictionary of Music. Suite (ed. 2002).
  2. ^ Symphonic Suite the Another Story of Shining Force