Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia atau singkatanya SukaGuam merupakan sebuah pertubuhan yang terdiri daripada para peguam yang memberi perkhidmatan guaman / undang-undang kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara. Kebanyakan mereka memberi nasihat undang-undang secara percuma , jika memenuhi beberapa kriteria.

Pengerusi Sukaguam ialah Datuk Khairul Anwar Rahmat. Sebarang aduan boleh dihubungi melalui e-mel sukaguam@gmail.com. Khidmat nasihat Sukaguam bertempat di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Antara kes yang menjadi tumpuan ialah isu perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat, harta pusaka, pembelian hartanah, pembuangan kerja secara tidak adil dan hak-hak ketika ditahan polis .[1]

Diskriminasi majikan bukan Melayu sunting

Sukaguam menerima banyak aduan daripada golongan muda Melayu yang mendakwa mereka didiskriminasi oleh majikan bukan Melayu.Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat mendapati ramai yang mengadu tentang syarat bekerja mesti mahir berkomunikasi dalam bahasa Mandarin atau Kantonis.

Biasanya jawatan itu diiklankan secara terbuka tetapi ternyata jelas bahawa syarat tersebut membuktikan syarikat itu tidak mahu mengambil pekerja Melayu sebenarnya. Mereka bimbang fenomena syarikat swasta yang didominasi kaum Cina akan terus mengenepikan orang Melayu dalam pengambilan pekerja mereka. Berlaku ketidakadilan layanan yang diberi termasuk peluang kenaikan pangkat terhad, gaji rendah, peluang latihan terbatas dan pelbagai keistimewaan lain yang hanya dinikmati pekerja bukan Melayu.

SukaGuam telah berbincang dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan masalah ini. Majikan terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948. Sabit kesalahan, Seksyen 4 , hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan penjara tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan berikutnya.[2]

Isu kehilangan pesawat MAS MH370 sunting

Sukaguam mendapati tindakan firma guaman Ribbeck Law Chartered (Ribbeck Law) sebagai pramatang. Firma guaman itu telah menfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois, Amerika Syarikat berhubung isu kehilangan pesawat MAS MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.[3]

Rujukan sunting