Sukan Asia Tenggara 2021

Edisi ke-31 Sukan Asia Tenggara


Sukan Asia Tenggara 2021, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara ke-31 atau Sukan SEA ke-31 dan juga dikenali sebagai Vietnam 2021, adalah acara pelbagai sukan serantau dwitahunan yang diadakan dari 12 hingga 23 Mei 2022 di Hanoi, Vietnam. Pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember 2021, ia telah dijadualkan semula akibat daripada pandemik COVID-19 di Vietnam.[1] Pertandingan ini menampilkan 40 sukan, terutamanya yang dimainkan di Sukan Olimpik.[2][3] Ini adalah kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara, setelah sebelum ini menjadi tuan rumah edisi 2003.

Sukan Asia Tenggara XXXI
Bandar tuan rumahHanoi, Vietnam
Cogan kataFor a Stronger Southeast Asia (Melayu: Untuk Asia Tenggara yang Lebih Kuat)
Penyertaan negara11
Penyertaan atlet5,467
Acara526 dalam 40 sukan
Upacara pembukaan12 Mei 2022
Upacara penutupan23 Mei 2022
Pembukaan dirasmikan olehNguyễn Xuân Phúc
Presiden Vietnam
Penutupan dirasmikan olehPhạm Minh Chính
Perdana Menteri Vietnam
Pembaca ikrar atletVũ Thành An
Pembaca ikrar juriPhan Thị Ngọc Linh
Stadium utamaStadium Nasional Mỹ Đình
(pembukaan)
Gimnasium Permainan Dalaman Hanoi
(penutupan)
Laman sesawangLaman web rasmi

Pemilihan Tuan Rumah sunting

Hanoi dan Ho Chi Minh City kedua-duanya menawarkan diri untuk menganjurkan temasya tersebut secara berasingan. Walaupun bandar Ho Chi Minh City lebih digemari untuk dijadikan tuan rumah, tetapi Bandar Hanoi dianggap lebih baik kerana terdapat banyak fasiliti sukan yang sedia ada. Oleh kerana itu, dengan mengikut arahan Perdana Menteri Vietnam Nguyễn Tấn Dũng mengarahkan bandar dan wilayah di sana untuk tidak membina kemudahan sukan terbaharu supaya dapat menjimatkan kos perlaksanaan, berikutan penarikan diri Vietnam daripada menjadi Tuan Rumah Sukan Asia 2018 kerana masalah kewangan negara.

Hanoi sunting

Menurut cadangan Hanoi yang dikemukakan kepada Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan (Vietnam) (MCST), bandar itu akan memberlanjakan sebanyak 1.7 trilion [VND] (setara AS$ 4.3 juta) untuk menyediakan dan menganjurkan selama 2 minggu berlangsung dari hujung november hingga awal disember. Sebanyak 97 billlion VND (setara AS$ 4.3 juta) dijangka akan diperoleh kembali daripada hak penyiaran, iklan, penaja dan sumbangan lain. [4]

Ho Chi Minh City sunting

Pada Disember 2017, Jawatankuasa Tetap Perbandaran Ho Chi Minh City Parti Komunis meluluskan cadangan untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut. Menurut cadangan tersebut, jumlah peberlanjaan yang diperlukan untuk kejohanan tersebut sebanyak 7.48 trilion VND (setara AS$ 330 juta) dimana 6.6 trilion VND (setara AS$ 290 juta) diperlukan untuk menaik taraf kemudahan sukan dan 904 juta VND (setara AS$ 40) untuk kos pengajuran. Di samping itu, jumlah perberlanjaan sebanyak 8.2 trilion VND (setara AS$ 360 juta) diperlukan untuk pembinaan Kompleks Sukan Rach Chiec tetapi perkampungan atlet tidak akan dibina. Acara ini akan berlangsung selama 12 hari pada pertengahan ogos dan akan menyaksikan 30 - 36 acara sukan akan dipertandingkan. Wilayah Đồng Nai dan Bình Dương juga akan menjadi tuan rumah sebahagian daripada Sukan. [5]

Keputusan sunting

Pada 19 Julai 2018, kerajaan Vietnam memilih Hanoi sebagai tuan rumah untuk Sukan Asia Tenggara ke-31 dan Sukan Para ASEAN 2021. Pada 13 November 2019, Perdana Menteri Vietnam, Nguyễn Xuân Phúc menandatangani keputusan yang meluluskan Hanoi menjadi tuan rumah Sukan tersebut. Walaupun penangguhan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 pada Julai 2021, temasya itu akan tetap diadakan dari akhir November hingga awal Disember 2021 tiga bulan selepas Sukan Olimpik yang dijadualkan semula. Sukan Para ASEAN ke-11 juga akan diadakan dari 17 hingga 23 Disember 2021. Vietnam Television dan Voice of Vietnam dilantik sebagai penyiar rasmi kejohanan tersebut.

Penangguhan sunting

Pada asalnya dijadualkan diadakan dari 21 November hingga 2 Disember 2021, Sukan Asia Tenggara 2021 akan ditunda ke 12 hingga 23 Mei 2022 akibat Pandemik COVID-19.[6][7]

Pembangunan dan penyediaan sunting

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Vietnam (SEAGOC) telah dibentuk pada April 2020 dengan kuasa untuk menyediakan, mengemukakan dan melaksanakan rancangan untuk melaksanakan temasya tersebut.

Bajet sunting

Bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan Vietnam untuk edisi Sukan SEA kali ini pada mulanya dianggarkan sebanyak 1.6 trilion VND (setara AS$69.3 juta). 980.3 bilion VND (setara AS$42.3 juta) akan digunakan untuk kos penganjuran manakala 602.3 bilion VND (setara AS$25.9 juta) akan diperuntukkan untuk menaik taraf dan pembaikkan kemudahan yang akan diuruskan oleh MCST.[8] Pihak berkuasa wilayah juga bertanggungjawab untuk mengubahsuaian kemudahan di bawah pengurusan mereka. Selain trek berbasikal baharu di Wilayah Hòa Bình dan kompleks tenis kecil di kampus Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi (dikendalikan oleh Jawatankuasa Rakyat Hanoi), tiada tempat sukan lain akan dibina untuk edisi tersebut.

Keuntungan yang diperoleh oleh organisasi dijangka menerima sebanyak 226.6 bilion VND (setara AS$9.7 juta), dengan 136.6 bilion VND datang daripada yuran penginapan perwakilan dan 65 bilion VND daripada hak penyiaran.

Disebabkan pandemik COVID-19, belanjawan Vietnam untuk Sukan telah dipotong. [9] Pada Januari 2022, kerajaan Vietnam meluluskan belanjawan penganjuran sebanyak 750 bilion VND (setara AS$32.8 juta) untuk Sukan tersebut. [10] Pada 1 April 2022, kerajaan Vietnam meluluskan belanjawan tambahan sebanyak 449 bilion VND ( setara AS$19.65 juta) untuk temasya tersebut. Wang itu diambil daripada belanjawan negara untuk sukan dan latihan fizikal pada 2022. Empat kementerian dan agensi pusat akan menerima pulangan sebanyak 378.3 bilion VND, manakala Hanoi dan 11 wilayah lain akan menerima pulangan tambahan 70.7 bilion VND.

Tempat pertandingan sunting

 
 
Hanoi Region
 
Hải Phòng
 
Nam Định
 
Ninh Bình
 
Quảng Ninh
Provinces that will host 2021 Southeast Asian Games

Walaupun Hanoi akan menjadi hab utama, beberapa wilayah sekitar lain juga akan turut membantu dalam menganjurkan sebahagian permainan. Kampung atlet tidak akan dibina, tetapi atlet dan pegawai akan ditempatkan di hotel berhampiran tempat pertandingan mereka. Dalam rancangan awal, sebuah kompleks tenis baharu telah dirancang untuk dibina di kampus Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi dan Stadium Hàng Đẫy yang baru dibina semula akan menjadi tuan rumah bagi kumpulan bola sepak lelaki. Kedua-dua projek ini menghadapi kelewatan dan kesukaran pembangunan dan tidak dapat disiapkan tepat pada masanya untuk permainan.[11] Akibatnya, venue tenis telah dipindahkan ke venue persendirian yang baru dibina di Wilayah Bắc Ninh, dan Stadium Việt Trì akan menganjurkan pertandingan bola sepak lelaki bersama Stadium Thiên Trường semasa peringkat kumpulan. [12]


Zon Bandar/Wilayah Tempat Acara Kapasiti Ref.
Hanoi Kompleks Sukan Negara
Stadium Nasional My Dinh Upacara pembukaan, ppusingan akhir Bola Sepak Lelaki, Olahraga 40,192 [13]
Pusat Akuatik Mỹ Đình Akuatik 5,700 [13]
Gimnasium Permainan Dalaman Hanoi Lawan Pedang, upacara penutup 3,094 [13]
Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi
Istana Budaya Angkat berat, bina badan [13]
Pétanque Boulodrome Pétanque [13]
Padang Memanah Memanah [13]
Lain-lain
Dewan Sukan Bac Tu Liem Pencak Silat 950 [13]
Dewan Sukan Cau Giay Wushu 858 [13]
Dewan Sukan Dan Phuong Jujitsu 525 [13]
Dewan Sukan Gia Lâm District Gusti 2,400 [13]
Dewan Sukan Hà Đông District Billiards & Snooker 1,850 [13]
Pusat Latihan Sukan Negara Hanoi ke-1 Menembak [13]
Dewan Sukan Daerah Hoài Đức Judo, Kurash 2,000 [13]
Dewan Sukan Daerah Hoàng Mai Sepak takraw 1,000 [13]
Dewan Sukan Daerah Long Biên Sukan Menari 300 [13]
Istana sukan Quần Ngựa Gimnastik 5,500 [13]
Bandar Diraja Hanoi Boling [13]
Dewan Sukan Daerah Tây Hồ Taekwondo 1,200 [13]
Dewan Sukan Daerah Thanh Trì Bola keranjang 1,086 [13]
Dewan Sukan Daerah Sóc Sơn Vovinam 934 [13]
Pusat Konvensyen Kebangsaan Vietnam E-Sukan 3,747 [14]
Bắc Giang Gimnasium Bac Giang Badminton 4,000 [15]
Bắc Ninh Gimnasium Bắc Ninh Tinju, Kickboxing 3,000 [13]
Gimnasium Universiti Sukan Bac Ninh Bola Baling 1,500 [13]
Pusat Sukan & Hiburan Hanaka Tennis 3,000 [13]
Hà Nam Gimnasium Hà Nam Futsal 7,500 [13]
Hải Dương Dewan Sukan Hải Dương Pingpong 2,300 [13]
Hòa Bình TBA Berbasikal [13]
Vĩnh Phúc Dewan Sukan Vĩnh Phúc Muay Thai 2,520 [13]
Padang Golf Đầm Vạc Golf [13]
Tempat pertandingan lain
Pusat Lumba Bot Thủy Nguyên Kanu, Kayak N/A [13]
Phú Thọ Stadium Việt Trì Bola Sepak Lelaki 16,000 [13]
Stadium Thiên Trường Bola Sepak Lelaki 30,000 [13]
Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh Karate 3,040 [13]
Quảng Ninh Stadium Cẩm Phả Bola Sepak Wanita 16,000 [13]
Arena Sukan Đại Yên Bola Tampar 6,105 [13]
Istana Pameran Quảng Ninh Perancangan Bandar & Ekspo Catur [13]
Pantai Tuần Châu Bola Tampar Pantai, Bola Baling Pantai and Bola Sepak pantai [13]
Tuần Châu Triathlon, Duathlon [13]
Pusat Peringinan Yên Tử Xianqi [13]

Tempat bukan pertandingan sunting

Province/Municipality Venue Events/Designation
Hanoi Vietnam National Convention Center International Broadcasting Center (IBC)
Media Press Center (MPC)

Sukarelawan sunting

Jawatankuasa penganjur merancang untuk mengambil kira-kira 3000 sukarelawan untuk temasya itu dengan 2000 daripadanya datang dari Hanoi. Pada Februari 2022, SEAGOC mula bekerjasama dengan kolej tempatan Hanoi terutamanya dari Universiti hanoi untuk turut membantu. Pemohon perlu lengkap vaksinasi sepenuhnya terhadap Vaksin COVID-19. [16] Sukarelawan yang terpilih akan diberikan orientasi dan latihan pada Mac hingga April sebelum ditugaskan ke tempat tertentu pada April 2022. [17]

Temasya sunting

Penyertaan negara sunting

Kesemua 11 anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara dijangka mengambil bahagian dalam Sukan SEA 2021. Berikut adalah senarai semua NOC yang mengambil bahagian.

Walaupun Indonesia dan Thailand pada awalnya tidak akan dibenarkan menggunakan bendera kebangsaan mereka kerana sekatan oleh Agensi Anti Doping Dunia [18] tetapi sekatan tersebut sudah ditarik balik pada 3 Febuari 2022. [19]

Acara sukan sunting

Sukan SEA ke-31 akan menampilkan 40 sukan dengan 525 acara, terutamanya yang dimainkan di Sukan Olimpik.[20][21]

Program Sukan di Sukan Asia Tenggara 2021

Kalendar sunting

OC Upacara pembukaan Acara dipertandingkan 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Mei Acara
6
Jum
7
Sab
8
Aha
9
Isn
10
Sel
11
Rab
12
Kha
13
Jum
14
Sab
15
Aha
16
Isn
17
Sel
18
Rab
19
Kha
20
Jum
21
Sab
22
Aha
23
Isn
  Upacara Perasmian OC CC
Akuatik
  Terjun 2 2 2 2 61
  Renang sirip 7 6
  Renang 7 7 7 6 7 6
  Memanah 5 5 10
  Olahraga 11 8 10 7 7 4 47
  Badminton 2 5 7
Bola keranjang   Bola keranjang 5x5 2 4
  Bola keranjang 3x3 2
  Biliard & snuker 3 1 1 1 2 2 10
  Bina badan 3 4 3 10
  Boling 2 2 2 6
  Tinju 11 11
  Kayak 2 4 4 4 5 19
Permainan Catur   Catur 2 2 2 2 2 10
  Xiangqi 1 1 2 4
  Lumba Basikal Berbasikal Gunung 2 2 1 5
Berbasikal Lebuhraya 2 2 1 2 7
  Sukan Menari 6 6 12
  E-sukan 3 1 1 1 4 10
  Lawan pedang 2 2 2 2 2 2 12
Bola sepak   Bola sepak 1 1 4
  Futsal 2
  Golf 2 2 4
  Gimnastik 2 2 5 5 2 2 3 21
  Bola baling Dalaman 2 3
Pantai 2
  Judo 2 4 3 3 1 13
  Jujitsu 3 3 6
  Karate 6 5 3 14
  Kickboxing 12 12
  Kurash 4 3 3 10
  Muaythai 1 10 11
  Pencak silat 6 10 16
  Petanque 2 2 2 2 8
  Lumba dayung 4 4 8 16
  Sepak takraw 2 2 2 2 8
  Menembak 4 2 2 3 3 4 4 22
  Ping pong 2 3 2 7
  Taekwondo 5 5 5 4 19
  Tenis 2 1 2 2 7
  Duatlon /   Triatlon 2 2 4
Bola tampar   Dalaman 2 4
  Pantai 2
  Vovinam 3 3 4 3 2 15
  Angkat berat 3 4 4 3 14
  Gusti 6 6 6 18
  Wushu 4 5 12 21
Acara Pingat Harian 0 0 2 2 6 16 0 32 47 66 53 44 58 60 36 40 60 522
Jumlah kumulatif 0 0 2 4 10 26 26 58 105 171 224 268 326 386 422 462 522 522
6
Jum
7
Sab
8
Aha
9
Isn
10
Sel
11
Rab
12
Kha
13
Jum
14
Sab
15
Aha
16
Isn
17
Sel
18
Rab
19
Kha
20
Jum
21
Sab
22
Aha
23
Isn
Jumlah
Acara
Mei

Sumber:[22]


Jadual pingat sunting

  *   Tuan rumah (Vietnam)

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2021[23]
KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Vietnam*205125116446
2  Thailand92103136331
3  Indonesia699181241
4  Filipina5270105227
5  Singapura474673166
6  Malaysia394590174
7  Myanmar9183562
8  Kemboja9134163
9  Laos273342
10  Brunei1113
11  Timor-Leste0325
Jumlah (11 negara)5255227131760

Pemasaran sunting

Penjenamaan Rasmi sunting

Pada 30 Ogos 2019, Jawatankuasa Olimpik Vietnam melancarkan peraduan di seluruh negara untuk mencari logo rasmi, maskot, slogan dan lagu untuk Sukan Asia Tenggara 2021 dan Sukan Para ASEAN 2021. Peraduan ini berlangsung sehingga 30 Oktober 2019.3 yang teratas dalam setiap kategori akan dipaparkan pada hari mengundi dan warga Vietnam akan mencabut undi untuk memilih ciptaan yang berkenan. [24] Pada 20 Oktober 2019, maskot yang dinamakan sempena watak Vàng dalam Nam Cao's

Rujukan sunting

  1. ^ Petty, Martin (8 Julai 2021). "Southeast Asian Games postponed over COVID-19 crisis - Malaysia Olympic Council". Reuters. Dicapai pada 12 Julai 2021.
  2. ^ "Vietnam announces 2021 SEA Games budget". Myanmar Times. 5 November 2015. Dicapai pada 3 Januari 2016.
  3. ^ "Hanoi selected to host SEA Games 31". VietnamPlus. 9 Julai 2018. Dicapai pada 9 Julai 2018.
  4. ^ Phuong, Lan (5 April 2016). "Vietnam to spend $78 mln hosting Southeast Asian Games in 2021". Thanh Nien Daily. Thanh Nien News. Dicapai pada 19 Ogos 2017.
  5. ^ "SEA Games 2021:TP.HCM chính thức xin đăng cai". Tuổi Trẻ Online. 21 Disember 2017. Dicapai pada 21 Disember 2017.
  6. ^ Petty, Martin (8 Julai 2021). "Southeast Asian Games postponed over COVID-19 crisis - Malaysia Olympic Council". Reuters. Dicapai pada 12 Julai 2021.
  7. ^ Bacnis, Justine (8 Julai 2021). "Hanoi SEAG officially postponed". Tiebreaker Times. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  8. ^ Trọng Đạt (23 Julai 2020). "1.600 tỷ đồng tổ chức SEA Games 31". Tiền Phong (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 26 Julai 2020.
  9. ^ Nguyen, Hoang. "Covid-19 crisis slashes Vietnam's SEA Games, Para Games budgets". VnExpress International. Dicapai pada 26 Julai 2020.
  10. ^ Thanh Xuân. "SEA Games 31 được duyệt kinh phí tổ chức 750 tỉ đồng, không cắt giảm số môn thi đấu". Tuổi Trẻ Online (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 27 Februari 2022.
  11. ^ L. Sơn (5 September 2020). "Sân vận động Hàng Đẫy và dự án cụm sân quần vợt không đảm bảo tiến độ phục vụ SEA Games 31". Báo Tin Tức (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 16 September 2020.
  12. ^ Nhật Duy (15 September 2020). "Ngổn ngang SEA Games 31!". Thanh Niên (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 16 September 2020.
  13. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak al "Chi tiết địa điểm tổ chức các môn thi đấu SEA Games 2021 tại Việt Nam". Ministry of Culture, Sports, and Tourism. Dicapai pada 3 April 2021.
  14. ^ "31st Southeast Asian Games Esports content (NỘI DUNG THI ĐẤU CỦA THỂ THAO ĐIỆN TỬ TẠI SEA GAMES 31)". Vietnam Recreational and Electronic Sports Association (VIRESA) (dalam bahasa Vietnam). 24 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2021. Dicapai pada 25 Mac 2021.
  15. ^ Vân Trường; Nguyễn Phát. "Bắc Ninh, Bắc Giang đẩy nhanh tiến độ dự án phục vụ SEA Games 31". Lao Động (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 4 Mac 2021.
  16. ^ Ngân Hà. "Tuyển chọn 3.000 tình nguyện viên phục vụ SEA Games 31". Hà Nội Mới (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 27 Februari 2022.
  17. ^ Ngân Hà. "Tuyển chọn tình nguyện viên phục vụ SEA Games 31: Nỗ lực vì một kỳ đại hội thành công". Hà Nội Mới (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 27 Februari 2022.
  18. ^ Villar, Joey (14 Oktober 2021). "No Indonesia, Thai flags in Hanoi Games". The Philippine Star. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  19. ^ "WADA removes National Anti-Doping Organizations of Indonesia and Thailand from World Anti-Doping Code non-compliant list".
  20. ^ Nguyên Phương (3 Julai 2020). "Việt Nam chỉ tổ chức tối đa 40 môn tại SEA Games 31". Sài Gòn Giải Phóng - Thể Thao Online (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 4 Julai 2020.
  21. ^ Lê Hùng. "SEA Games 31 có thêm 4 môn thi đấu". Sài Gòn Giải Phóng Online (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  22. ^ "SEA Games 2021 Schedules". 31st SEA Games - Viet Nam 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  23. ^ https://seagames2021.com/competition-results?lang=en-US
  24. ^ "Organisers launch SEA Games contests". VietNam News. 31 Ogos 2019. Dicapai pada 29 April 2020.

Pautan luar sunting



Didahului oleh:
Filipina
Sukan Asia Tenggara
Sukan Asia Tenggara XXXI (2021)
Diikuti oleh:
Phnom Penh