Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017

Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017 (Bahasa Turkmen: Ýapyk binalarda we söweş sungaty boýunça V Aziýa oýunlary/Япык биналарда ве сөвеш сунгаты боюнча V Азия оюнлары), yang juga dikira sebagai Sukan Dalam Dewan Asia ke-5, telah diadakan di Ashgabat, Turkmenistan pada 2017.[2] Ia menjadi bandar ketiga di negara-negara bekas Soviet yang memenangi hak menjadi tuan rumah acara yang diluluskan Majlis Olimpik Asia, selepas Astana dan Almaty di Kazakhstan, yang menjadi tuan rumah bersama Sukan Asia Musim Sejuk 2011. Bandar tuan rumah telah dipilih di Kuwait pada 19 Disember 2010.[3] Pada 6 Julai 2013 bendera Majlis Olimpik Asia telah diserahkan secara rasmi kepada Datuk Bandar Ashgabat.[4]

Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017
Fail:2017 Asian Indoor and Martial Arts Games logo.svg
Bandar tuan rumahAshgabat, Turkmenistan
Cogan kataHealth, Inspiration, Friendship (Turkmen: Sagdynlyk, Ruhubelentlik, Dostluk) (Bahasa Melayu: Kesihatan, Inspirasi, Persahabatan)
Penyertaan negara63
Penyertaan atlet4012
Acara348 dalam 21 sukan
Upacara pembukaan17 September
Upacara penutupan27 September
Pembukaan dirasmikan olehGurbanguly Berdimuhamedow[1]
Presiden Turkmenistan
Penyala oborPygy Baýramdurdyyew
Stadium utamaStadium Olimpik Saparmurat Turkmenbashi
Laman sesawangashgabat2017.com

Temasya sunting

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mengambil bahagian sunting

Kesemua 45 negara anggota Majlis Olimpik Asia telah dijemput untuk bertanding di Sukan ini. Buat pertama kalinya dalam Sukan Asia dihadiri oleh 17 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania.[5][6] Negara-negara Oceania akan berada di bawah penyertaan penuh, jadi mereka akan layak untuk pingat.

Ahli Majlis Olimpik Asia
Ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania

Sukan sunting

Sebanyak 21 sukan diwakili untuk Sukan Dalaman dan Seni Mempertahankan Diri: tujuh sukan Olimpik (bola keranjang 3 lawan 3, berbasikal, taekwondo, tenis, angkat berat dan gusti), empat sukan Olimpik dipertandingkan hanya dalam format bukan Olimpik (olahraga, ekuestrian, bola sepak, renang) dan sebelas sukan bukan Olimpik (boling, catur, sukan kiu, sukan tarian, ju-jitsu, tinju tendang, kurash, muaythai, sambo, gusti tali pinggang dan gusti tradisional)

Nombor dalam kurungan menunjukkan bilangan acara pingat yang dipertandingkan dalam setiap disiplin sukan.

Sukan demonstrasi

Jadual pingat sunting

  *   Tuan rumah (Turkmenistan)

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Turkmenistan (TKM)*746785226
2  China (CHN)42322397
3  Iran (IRI)362359118
4  Kazakhstan (KAZ)28284096
5  Uzbekistan (UZB)243374131
6  Thailand (THA)21202970
7  Korea Selatan (KOR)15111541
8  Vietnam (VIE)1381940
9  Kyrgyzstan (KGZ)12203769
10  Hong Kong (HKG)10111435
11  India (IND)9121940
12  Taipei Cina (TPE)971228
13  Mongolia (MGL)5101530
14  Emiriah Arab Bersatu (UAE)54817
15  Qatar (QAT)44311
16  Iraq (IRQ)43613
17  Tajikistan (TJK)3143451
18  Arab Saudi (KSA)35210
19  Filipina (PHI)2141430
20  Jepun (JPN)251017
21  Indonesia (INA)241420
22  Pakistan (PAK)231621
23  Bahrain (BRN)2002
24  Jordan (JOR)121417
25  Sri Lanka (SRI)1214
26  Afghanistan (AFG)111012
27  Fiji (FIJ)1102
28  Syria (SYR)1056
29  Kepulauan Marshall (MHL)0101
  Malaysia (MAS)0101
31  Lubnan (LBN)0044
32  Australia (AUS)0022
33  Atlet Olimpik Bebas (IOA)0011
  Makau (MAC)0011
  Samoa (SAM)0011
  Singapura (SGP)0011
Jumlah (36 negara)3323465881266

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nick Butler (17 September 2017). "Ashgabat 2017 declared open in biggest event in Turkmenistan's history". Inside the Games.
  2. ^ "OCA signs host agreement with Turkmenistan". 19 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2017. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  3. ^ "В 2017 году Туркменистан примет V Азиатские игры в закрытых помещениях". 20 Disember 2010.
  4. ^ "Туркменистан встречает флаг Олимпийского Совета Азии и чествует победителей Азиады-2013". 7 Julai 2013.
  5. ^ "Memorandum on the participation of Oceania in the V Asian Games signed". 28 November 2014.
  6. ^ "Turkmenistan President claims Ashgabat 2017 will open "new page in history" of world sport". 8 April 2017.

Pautan luar sunting