Sukan Empayar British 1930

Sukan Empayar British 1930 ialah edisi sulung yang kini dikenali sebagai Sukan Komanwel, dan telah diadakan di Hamilton, Ontario, dari 16 hingga 23 Ogos 1930.[1][2]

Sukan Empayar British I
Bandar tuan rumahHamilton, Kanada
Penyertaan negara11
Penyertaan atlet400
Acara59
Upacara pembukaan16 Ogos
Upacara penutupan23 Ogos
Pembukaan dirasmikan olehLord Willingdon
Stadium utamaStadium Civic
1934 →

Temasya ini dianjurkan oleh penulis sukan Hamilton Spectator Bobby Robinson selepas dia menghadiri Sukan Olimpik Musim Panas 1928 di Amsterdam sebagai pengurus pasukan trek dan padang Kanada dan telah diilhamkan untuk mencipta acara serupa untuk Empayar British. Selepas berkempen untuk idea itu di kalangan kenalan yang ditemuinya di Sukan Olimpik, dia telah diminta untuk menganjurkan Sukan Empayar British yang pertama di Hamilton.[3]

Sukan yang dipertandingkan termasuklah olahraga, tinju, boling padang, lumba dayung, renang, dan gusti . Wanita hanya bertanding dalam acara akuatik. Upacara pembukaan dan banyak acara telah diadakan di Stadium Civic (kemudian dinamakan Stadium Ivor Wynne ) di timur Hamilton.[4]

Temasya ini telah dirasmikan oleh Gabenor Jeneral Kanada, Lord Willingdon pada 16 Ogos. Atlet lompat kijang Kanada, Gordon Smallacombe telah meraih pingat emas pertama beberapa jam kemudian.

Sukan yang dipertandingkan sunting

Pasukan yang mengambil bahagian sunting

 
Negara yang mengambil bahagian

Terdapat 11 pasukan yang mengambil bahagian dalam temasya ini:

 

Pungutan pingat sunting

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  England25231361
2  Kanada*20151954
3  Afrika Selatan64717
4  New Zealand3429
5  Australia3418
6  Scotland23510
7  Wales0213
8  Guiana British0112
9  Ireland0101
Jumlah (9 negara)595749165

Tempat pertandingan sunting

Tempat terkenal termasuklah:

  • Sekolah Awam Prince of Wales – Perkampungan atlet lelaki
  • Hotel Royal Connaught – Perkampungan atlet wanita
  • Stadium Civic – Olahraga, perasmian dan majlis Penutupan
  • Kolam Perbandaran Hamilton – Akuatik

Rujukan sunting

  1. ^ "Hamilton 1930". Commonwealth Games Federation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-22.
  2. ^ ""Empire Games In Canada." Times, 4 Feb. 1930, p. 7". Times Digital Archives.
  3. ^ "'Just give us' the Commonwealth Games in 2030, Canada plans to tell counterpart countries". NationalPost. Dicapai pada 15 April 2018.
  4. ^ "Tigertown Triumphs" (Siaran akhbar). The Hamilton Spectator-Memory Project (Souvenir Edition) page MP56. 10 June 2006.

Pautan luar sunting


Didahului oleh:
Sukan Empayar British
Hamilton
Sukan Empayar British I
Diikuti oleh:
London