Bendera Persekutuan Sukan Komanwel yang terkini.

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.

Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario, Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring.

Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.

Lokasi sukan, dan penyertaan negara.

Isi kandungan

SejarahSunting

Sukan Komanwel mula dipromosikan oleh Reverend Astley Cooper tahun 1891 untuk Empayar British sahaja. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain - Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British.

Tahun 1911 Perayaan Empayar British telah dijalankan di London untuk meraikan pertabalan King George - United Kingdom. Perayaan ini disertai negara Australia, Canada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.

Tahun 1928, Melville Marks (Bobby) Robinson dari Canada mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Canada pada tahun 1930 buat pertama kalinya.

11 negara dengan 400 atlet menyertai Sukan Komanwel pertama itu. Dewan Bandar Raya Hamilton memperuntukkan AS30,000 dolar kepada setiap negara sebagai kos perjalanan atlet mereka menyertainya .

Sejak itu diadakan 4 tahun sekali kecuali 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan kejohanan dunia dipengaruhi faktor geografi, tetapi Sukan Komanwel wujud oleh faktor sejarah. Sukan Asia, Pan Am, Sukan Afrika dan Sukan Musim Sejuk dipengaruhi oleh faktor geografi.

Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.

Upacara pembukaanSunting

PemulauanSunting

Beberapa negara tidak sependapat dengan kerajaan British yang pernah menjajah negara mereka. Lantaran itu Sukan Komanwel telah dipulaukan. Nigeria memulaukan Sukan Komanwel 1976 kerana New Zealand menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Selain itu, 32 negara dari 59 negara dari benua Afrika, Asia dan kepulauan Caribbean memulaukan Sukan Komanwel 1986 kerana Perdana Menteri Britain , Margaret Thather menyokong dasar Apartheid di Afrika Selatan. Pemulauan juga terjadi pada tahun 1974, 1982 dan 1990 kerana isu Afrika Selatan.

EdisiSunting

Penyertaan negaraSunting

  Gold Coast5 1954

Nota:

1: Aden menjadi Arab Selatan yang meninggalkan Komanvel pada 1968.
2: Menjadi Guyana pada 1966.
3: Menjadi Belize pada 1973.
4: Menjadi Sri Lanka pada 1972.
5: Menjadi Ghana pada 1957.
6: Meninggalkan Komanvel semasa diserah balik kepada China pada 1997.
7: Ireland diwakili sebagai Irish Free State dan Northern Ireland pada 1934. The Irish Free State , subsequently known as Eire (1937 hingga 1948), meninggalkan Komanvel as the Republic of Ireland pada January 1 1949.
8: Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura bergabung sebagai Malaysia pada 1963. Singapura meninggalkan persekutuan pada 1965.
9: Menyertai Kanada pada 1949.
10: Southern Rhodesia dan Northern Rhodesia bersekutu dengan Nyasaland dari 1953 sebagai Rhodesia and Nyasaland yang berakhir pada 1963.
11: Divided into Southern Rhodesia and Northern Rhodesia in 1953.
12: Bersaing dari 1958–1962 sebagai sebahagian daripada Rhodesia and Nyasaland.
13: Zanzibar dan Tanganyika bersekutu membentuk Tanzania pada 1964.
14: Menarik diri dari Komanvel pada 2003.

Acara sukanSunting

Acara yang diberhentikan

Pautan luarSunting