Sukan Komanwel 2010

Sukan Komanwel 2010 adalah Sukan Komanwel kesembilan belas, dan kesembilan yang dianjurkan di bawah nama tersebut. Temasya ini berlangsung di New Delhi, India antara 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010, acara pelbagai sukan yang terbesar di Delhi dan khususnya India, yang sebelum ini pernah menganjurkan Sukan Asia pada 1951 dan 1982. Upacara pembukaan dan penutup diadakan di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi. Ia adalah kali pertama Sukan Komanwel akan diadakan di India dan kali kedua acara diadakan di Asia (selepas 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia). Seramai 6,081 atlet daripada 71 pasukan Komanwel bertanding dalam 21 sukan dan 272 acara.

Sukan Komanwel XIX
Delhi 2010: XIX Commonwealth Games
दिल्ली २०१०: १९वें राष्ट्रमण्डल खेल
Bandar tuan rumahIndia Delhi, India
Cogan kataCome out and play
Penyertaan negara71 kontinjen Komanwel
Penyertaan atlet6,081
Acara272 acara dalam 21 disiplin
Upacara pembukaan3 Oktober
Upacara penutupan14 Oktober
Pembukaan dirasmikan olehPutera Wales dan Pratibha Patil, Presiden India
Pembaca ikrar atletAbhinav Bindra
Queen's Baton Final RunnerSushil Kumar
Lagu kebangsaanJeeyo Utho Badho Jeeto (AR Rahman)
Stadium utamaStadium Jawaharlal Nehru
Laman sesawangcwgdelhi2010.org

Pembidaan sunting

Dua pembida utama untuk Sukan Komanwel 2010 datang dari Delhi, India dan Hamilton, Ontario, Kanada. Undian ahli diadakan di Perhimpunan Am Persekutuan Sukan Komanwel di Montego Bay, Jamaica pada November 2003. Delhi menang 46 undian berbanding 22 untuk mengesahkan kejayaan pertama India mendapat hak penganjuran Sukan Komanwel. Ini juga percubaan Kanada untuk menganjurkan temasya ini buat kali kelima.[1][2][3] Cogan kata bidaan India ketika itu adalah New Frontiers and Friendships (Sempadan dan Persahabatan Baru).[4]

India mendapat kelebihan di pusingan kedua proses mengundi dengan janji bahawa AS$100,000 akan dihulurkan kepada setiap negara peserta, di samping tiket dan khidmat penerbangan, penginapan dan pengangkutan[5]. Kejayaan Sukan Afro-Asia 2003 di Hyderabad juga menunjukkan bahawa India mempunyai sumber, prasarana dan pengetahuan teknikal untuk menganjurkan temasya sukan besar-besaran. India juga memberi penghargaan kepada Latif Butt, bekas naib presiden Majlis Olimpik Asia, atas sokongan yang diberikannya dalam kejayaan merangkul hak penganjuran Sukan Komanwel, dengan berucap, "Kamu telah memainkan peranan penting dalam peruntukan Sukan Komanwel 2010 kepada India. Usaha sebegini wajar dicontohi oleh semua yang berkenaan di Pakistan dan India. Tidak dinafikan bahawa jika kedua-dua pihak terus berpandukan impian sedemikian, suatu hari nanti generasi akan datang akan beroleh hasilnya dan bersyukur atas sesiapa yang melakukan sumbangan ini, iaitu semestinya kamu."[4] Kerajaan India menyatakan bahawa pihaknya akan menaja jamin perbelanjaan keseluruhan temasya.[6]

Penganjuran sunting

Jawatankuasa penganjur sunting

Jarnail Singh merupakan CEO manakala Suresh Kalmadi adalah ketua jawatankuasa penganjur.

Kos sunting

Jumlah bajet rasmi dianggarkan untuk penganjuran temasya ini adalah 114,940,000,000 dan ini tidak termasuk pembangunan infrastruktur tidak berkaitan sukan dalam bandar raya seperti lapangan terbang, jalan dan infrastruktur lain.[7].

Lambang sunting

Maskot sunting

Maskot rasmi Sukan Komanwel 2010 ialah Shera, seekor harimau bersifat manusia.[8] Namanya berasal dari "Sher", yang bermaksud harimau atau singa dalam bahasa Hindi basahan.

Lagu rasmi sunting

Lagu rasmi Sukan Komanwel 2010 Jiyo Utho Bado Jeeto digubah dan dipersembahkan oleh pemuzik India, A. R. Rahman.[9] Judulnya berasaskan slogan temasya, iaitu "Come out and play". Seni katanya ditulis oleh Mehboob dalam bahasa Hindi dengan sedikit kata-kata Inggeris. Lagu ini keluar pada 28 Ogos 2010. Video muziknya diarah oleh Bharath Bala, keluar pada 23 September dengan versi lagu yang lebih pendek.

Kalendar sunting

Kalendar rasmi Sukan Komanwel 2010 adalah seperti berikut:[10]

   ●    Upacara pembukaan    ●    Acara pertandingan    ●    Upacara penutupan
Oktober   3      4     5     6     7     8     9     10     11     12     13     14   Venue
Upacara Stadium Jawaharlal Nehru
Akuatik Kompleks Kolam Renang SPM
Memanah Kompleks Sukan Yamuna
Olahraga Stadium Jawaharlal Nehru & India Gate
Badminton Kompleks Sukan Siri Fort
Tinju Stadium Talkatora
Berbasikal Kompleks Stadium Tertutup I. G., India Gate
Gimnastik Kompleks Stadium Tertutup I. G.
Hoki Stadium Nasional Maj. Dhyan Chand
Boling padang Stadium Jawaharlal Nehru
Bola jaring Kompleks Sukan Thyagaraj
Ragbi Universiti Delhi
Menembak Lapang Sasar Dr. Karni Singh
Skuasy Kompleks Sukan Siri Fort
Ping pong Kompleks Sukan Yamuna
Tenis Kompleks Tenis R.K. Khanna
Angkat berat Stadium Jawaharlal Nehru
Gusti Kompleks Stadium Tertutup I. G.
Oktober 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Venue

Acara sukan sunting

Terdapat 17 sukan dirancang untuk Sukan Komanwel 2010.

Pungutan pingat sunting

  Tuan rumah (India)
Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Australia 74 55 48 177
2   India 38 27 36 101
3   England 37 59 46 142
4   Kanada 26 17 32 75
5   Afrika Selatan 12 11 10 33
6   Kenya 12 11 9 32
7   Malaysia 12 10 13 35
8   Singapura 11 11 9 31
9   Nigeria 11 10 14 35
10   Scotland 9 10 7 26
Jumlah Keseluruhan 272 274 282 828[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ New Delhi to host 2010 Commonwealth Games. The Age (2003-11-14). Retrieved on 2010-04-02.
  2. ^ 2010 Commonwealth Games. Commonwealth Games Federation. Diterima pada 2010-04-02.
  3. ^ The Report of the Commonwealth Games Evaluation Commission for the 2010 Commonwealth Games. Commonwealth Games Federation. Retrieved on 2010-04-02.
  4. ^ a b Commonwealth Games 2010 in New Delhi: Pakistan played important role. [[Daily Times (Pakistan)|]] (2010-04-13). Retrieved on 2010-04-23.
  5. ^ "Commonwealth Games: Corruption and Pride, a debate". Theworldreporter.com. 2010-09-29. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ India wins bid to host 2010 Commonwealth Games in New Delhi. The Press Trust of India Ltd (2003-11-14). Retrieved on 2010-04-23.
  7. ^ [1]
  8. ^ "Shera — the friendly tiger will be the mascot for the 2010 Commonwealth Games, Financial Express, 9 March 2006". Dicapai pada 2010-03-05.
  9. ^ "Jiyo, Utho, Bado, Jeeto..." Yahoo. Dicapai pada 2010-08-29.
  10. ^ "Competition Schedule". Organising Committee Commonwealth Games 2010 Delhi. Dicapai pada 16 April 2010.
  11. ^ "Official Medal table".

Pautan luar sunting



Didahului oleh:
Melbourne
Sukan Komanwel
Bandar tuan rumah
Sukan Komanwel XIX
Diikuti oleh:
Glasgow