Sukan Malaysia 1994

Sukan Malaysia 1994, juga dikenali sebagai Sukan Malaysia V merupakan satu temasya yang telah diadakan di Ipoh pada 9 hingga 18 Jun 1994. Temasya ini merupakan edisi kelima Sukan Malaysia. Sebanyak 4523 atlet dari 17 kontinjen menyertai temasya ini.[1]

Sukan Malaysia V
Bandar tuan rumahIpoh, Perak
Cogan kataCergas, Berdisiplin, Bersatu
Penyertaan pasukan17
Penyertaan atlet4523
Sukan25
Acara223
Upacara pembukaan9 Jun
Upacara penutupan18 Jun
Stadium utamaStadium Perak

Pemasaran sunting

Tema sunting

'Cergas, Berdisiplin, Bersatu' menjadi tema temasya ini bagi mempromosinya dan mengukuhkan lagi kepercayaan tentang iltizam negeri Perak menjayakan temasya ini dengan gemilang.

sunting

Reka bentuk logo temasya ini menggunakan lakaran moden. Warnanya pula merupakan hasil gabungan warna Sukan Malaysia dan bendera Negeri Perak. Gabungan huruf S melambangkan Sukan Malaysia dan huruf jawi ڤ (pa) melambangkan negeri Perak manakala surihan hitam di bawah logo melambangkan alam kesukanan.

Maskot sunting

Maskot temasya ini merupakan seekor seladang yang dihasilkan seorang kartunis negara, Lat. Maskot ini dinamakan sebagai 'Yeop', gelaran yang diberikan kepada anak lelaki sulung dalam Bahasa Melayu Perak.

Sukan yang dipertandingkan sunting

Terdapat 223 acara dipertandingkan dalam temasya ini melibatkan 25 sukan.[2]

Penyertaan sunting

Sebanyak 17 kontinjen menyertai temasya ini.[1]

Pungutan pingat sunting

  *   Tuan rumah (Negeri Perak)

Sukan Malaysia 1994[3]
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Sarawak 39 28 30 97
2   Kuala Lumpur 31 39 26 96
3   Selangor 28 41 33 102
4   Perak Darul Ridzuan 26 26 25 77
5   Pahang Darul Makmur 21 16 20 57
6   Sabah 19 14 14 47
7   Johor 17 13 22 52
8   Pulau Pinang 13 12 24 49
9   Kedah 8 5 20 33
10   Kelantan 6 6 10 22
11   Angkatan Tentera Malaysia 5 12 7 24
12   Terengganu 5 3 7 15
13   Negeri Sembilan 4 2 4 10
14   Melaka 4 1 10 15
15   Polis Diraja Malaysia 3 8 2 13
16   Perlis 1 0 8 9
17   MASUM 0 2 1 3
Jumlah 230 228 263 721

Olahragawan dan olahragawati sunting

Gelaran Nama Kontinjen Sukan
Olahragawan Azmi Ibrahim   Pahang Darul Makmur Olahraga
Olahragawati Yew Chai Peng   Perak Darul Ridzuan Olahraga

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Penyertaan Atlet SUKMA 1986-2000". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2003. Dicapai pada 11 September 2022.
  2. ^ "Sukan Malaysia (SUKMA)". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2017. Dicapai pada 11 September 2022.
  3. ^ "Pungutan Pingat SUKMA 1986-2002". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-09-02.
Didahului oleh
Johor
Sukan Malaysia
Negeri Perak

Sukan Malaysia V (1994)
Diikuti oleh:
Pahang