Sukan Malaysia 2024

Sukan Malaysia 2024 juga dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-21 (XXI) merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Sarawak [1][2][3]. Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah Sukan Sukma sejak kali pertama pada 1990 dan kali kedua pada 2016[4], dan selepas Sarawak tahun 2024, pada tahun 2026 ialah giliran (Majlis Sukan Negara) MSN, dan Kelantan mendapat giliran pada tahun 2028, untuk menambah masa bagi persiapan Sukan Malaysia.[5][6][7]

Sukan Malaysia XXI
Bandar tuan rumahKuching, Sarawak
Cogan kataSemangat Perpaduan Membara
Penyertaan pasukan15
Acara490
Upacara pembukaan17 Ogos
Upacara penutupan24 Ogos

Rancangan awal sunting

Johor sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-20 temasya itu pada Julai 2020, tetapi ditangguhkan kerana Pandemik COVID-19 menyaksikan edisi ke-20 telah diambil alih oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada September 2022 [8][9].

Organisasi sunting

Negeri hos sunting

Pada tahun 2023, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas dipersetujui secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia bagi menganjurkan sukan dwitahunan tersebut. Jawatankuasa yang dipe­ngerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pemilihan Sarawak bagi penganjuran Sukma tahun depan turut berpandukan sistem penggiliran.[10]

Tempat sunting

Pada tahun 2023, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersedia untuk melakukan peruntukan, dalam persiapan Sarawak, sebagai tuan rumah Sukan Malaysia 2024.[11] Satu mesyuarat juga telah menetapkan bahawa temasya ini akan dilangsungkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh negeri kecuali acara basikal trek yang akan diadakan di Semenanjung.[12]

Pada 18 Januari 2024, Abdul Karim Rahman Hamzah mengumumkan acara Sukma 2024 akan diadakan di sembilan bahagian Sarawak.[13]

Bahagian Tempat Pertandingan Jenis Sukan
Kuching
Kompleks Sukan Sarawak
Stadium Sarawak Upacara Olahraga, Pembukaan dan Penutupan
Pusat Akuatik Pandelela Rinong Akuatik (berenang & menyelam)
Banjaran Menembak Sarawak Menembak
Banjaran Memanah Sarawak Memanah
Pusat Skuasy Sarawak Skuasy
Arena Dalaman Pelbagai Guna Sarawak Lawn bowls
Pusat Wushu Wushu
Stadium Hoki Petra Jaya Hoki padang
Stadium Negeri Sarawak Bolasepak (wanita)
Stadium Perpaduan Petra Jaya Taekwondo
Padang Kriket dan Ragbi Kriket
Lainnya
Pusat Konvesyen Borneo Kuching Gimnastik
Bukit Siol, Petra Jaya Berbasikal (MTB & BMX)
Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem (Lebuhraya FAC) Berbasikal (percubaan masa individu, criterium & jalan)
Kelab Sarawak Golf Golf
Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak E-Sukan
Pusat Petanque Sarawak Petanque
Megalanes, Emart Batu Kawa Boling
Persatuan Tenis Lawn Sarawak (SLTA) Tenis
Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Bola Keranjang
Pusat Acara Pertukaran Hikmah Silambam
SJK Chung Hua No. 3 Ping pong
Balai Rakyat Lundu Kabaddi
Union YES Retreat & Training Centre @ Siar Bola tampar pantai
Samarahan
Dewan Jubli, UiTM Samarahan Catur
Stadium Tertutup Kota Samarahan Futsal
Serian
Pusat Persidangan Serian Gimnastik (artistik)
Sri Aman
Stadium Tertutup Simanggang Tinju
Betong
Dewan Panglima Rentap Angkat berat
Sibu
Stadium Tertutup Sibu Badminton
Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu Bola Tampar
Stadium Tun Zaidi Bolasepak (pria)
Mukah
Stadium Mukah Bolasepak (pria)
Padang Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Bolasepak (pria)
Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Bolasepak (pria)
Dewan Sri Balau, UiTM Mukah Judo
Politeknik Mukah Bola jaring
Bintulu
Stadium Bintulu Bolasepak (pria)
Naim Bintulu Paragon Muay thai
Stadium Muhibbah Sepak takraw
Miri
Teluk Marina Belayar
Stadium Miri Ragbi
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Karate & softball (pria)
Eastwood Valley dan Country Club Fencing
SK Merbau Softball (wanita)
Stadium Tertutup Miri Pencak silat

Kampung atlet sunting

Pemasaran sunting

Logo rasmi, maskot dan lagu dipilih menerusi pertandingan anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan telah diumumkan semasa majlis pelancaran di Hotel Pullman, Kuching pada 9 Mac 2024.[16]

sunting

Logo rasmi Sukan Sukma 2024 direka oleh Azrilalfatt Hassim.[16]

Logo rasmi temasya ini menampilkan bayang obor, dengan tiga warna (simbolik kepada bendera negeri Sarawak) iaitu merah, (di bahagian atas api obor dan bahagian genggaman), kuning (di bahagian bawah api obor) dan hitam (di bahagian antara api obor dan genggaman), dengan cogan kata "Semangat Perpaduan Membara" [17][18].

Maskot sunting

Maskot rasmi bagi temasya ini adalah dua ekor burung Enggang berpasangan, yang bernama Satria dan Satrina, yang direka oleh Ikhbar Ruzaini Abang@Ebai dengan kerjasama Perbadanan Hutan Sarawak (SFC).[17][18]

Versi lain sunting

Maskot rasmi Sukan Sukma 2024 ialah sepasang Rhinoceros hornbill yang dinamakan "Satria" dan "Satrina". Maskot itu direka oleh pereka bebas, Ikhbar Ruzaini Abang@Ebai. Maskot ini menggabungkan pewarna yang kompleks sambil kekal setia kepada warna bendera Sarawak - merah, kuning, dan hitam. Pereka bentuk itu mencipta sejumlah 47 ikon berbeza untuk maskot, menggambarkannya dalam pelbagai aksi sukan, dengan 37 ikon mewakili sukan yang berbeza dan 10 ikon khusus untuk Acara Para Sukma [16].

Lagu Rasmi sunting

Lagu rasmi temasya ini bertajuk Sukma Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan dan digubah oleh Kaderi Awang Lihi.[16]

Pungutan Pingat sunting

Nota: Sukan Malaysia 2024, akan dimulakan dari 17 hingga 24 Ogos 2024.

jumlah pingat Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya digabungkan menjadi "Wilayah Persekutuan", dan Brunei ialah satu-satunya pasukan luar Malaysia, yang menyertai Sukan Malaysia :

  *   Tuan rumah (Sarawak)

Jumlah pingat Sukan Malaysia 2024 (SUKMA 2024)
KedudukanNegeriEmasPerakGangsaJumlah
1  Brunei0000
  Johor0000
  Kedah0000
  Kelantan0000
  Melaka0000
  Negeri Sembilan0000
  Pahang0000
  Perak0000
  Perlis0000
  Pulau Pinang0000
  Sabah0000
  Sarawak*0000
  Selangor0000
  Terengganu0000
  Wilayah Persekutuan0000
Jumlah (15 negeri)0000

Rujukan sunting

  1. ^ Sarawak sah menjadi Tuan Rumah SUKMA 2024
  2. ^ BERNAMA (20 Februari 2023). "Sarawak sah terpilih jadi tuan rumah Sukma 2024". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 21 Februari 2023. PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan negeri itu terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024. Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu mesyuarat mengenai penganjurannya baru-baru ini, dan Sarawak sememangnya sudah bersedia menjadi tuan rumah penganjurannya pada bila-bila masa.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ "Delayed by Covid, Sukma games to be held from Sept 29-0ct 8".
  4. ^ "Sarawak hosts of SUKMA 2024". Bernama. February 20, 2023.
  5. ^ BERNAMA (16 Mac 2023). "Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Menurutnya Sukma 2026 akan dianjurkan oleh MSN manakala Kelantan bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah edisi 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ Helmi Taklah (17 Mac 2023). "MSN beri Kelantan masa tambahan". www.bharian.com.my. Berita Harian (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menerusi satu kenyataan, berkata keputusan supaya Kelantan menjadi tuan rumah SUKMA 2028 adalah demi memberikan masa tambahan kepada kerajaan negeri menyiapkan infrastruktur sukan bagi penganjuran tersebut.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ "Sarawak hosts of SUKMA 2024". Bernama. February 20, 2023.
  8. ^ "Cost-effective plan for Sukma 2020 Johor starts preparations early to minimise problems and ensure games go on smoothly".
  9. ^ "Johor injects funds for 2020 Sukma". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 2017-04-02.
  10. ^ MUHAMMAD HELMEE RAMLI (17 Mac 2023). "Sarawak dipilih tuan rumah Sukma 2024". www.kosmo.com.my. KOSMO (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Pemilihan Sarawak selaku tuan rumah 2024 adalah berpandukan kepada persetujuan ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  11. ^ GALILEO PETINGI (17 Mac 2023). "Abg Jo: Sarawak to provide support allocation for hosting Sukma 2024". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Sarawak will be providing support in terms of allocation to better fund the Malaysia Games (Sukma) to be hosted by the state next year, said Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  12. ^ "Sukma 2024: Lima sukan tambahan dipertandingkan". Sinar Harian. 2023-06-12. Dicapai pada 2023-12-16.
  13. ^ Andy Chua Chee Hian (11 March 2024). "Sukma 2024 events to be held in nine Sarawak divisions" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 12 March 2024. "Sukma events this year will take place in Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, and Miri. It is spread out so more people can attend each event," said Datuk Abdul Karim Hamzah.
  14. ^ Sam Chua (12 March 2024). "Sukma XXI: Sarawak Sports Village to be completed by end of April (Video)" (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. Dicapai pada 13 March 2024.
  15. ^ a b c d "Naik taraf semua fasiliti Sukma Sarawak 2024 siap Jun". Bernama. 26 March 2024. Dicapai pada 3 April 2024.
  16. ^ a b c d Jude Toyat (2024-03-09). "Sukma 2024 mascots revealed". The Borneo Post. Dicapai pada 2024-03-12.
  17. ^ a b Shikin Louis (9 Mac 2024). "Mascots Satria, Satrina return with fiery look for Sukma 2024". dayakdaily.com. Dayak Daily (Malaysia). Dicapai pada 10 Mac 2024. Satria and Satrina, two Rhinocheros Hornbills mascots who encapsulate the spirit of sportsmanship, are now back with a new style in conjunction with the upcoming Malaysian games (Sukma).
  18. ^ a b JUDE TOYAT (9 Mac 2024). "Sukma 2024 mascots revealed". www.theborneopost.com. The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 10 Mac 2024. The unveiling took place during the launch of Sukma 2024 at Pullman Hotel here today, where Sarawak Youth, Sports and Entrepreneur Development Minister Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah presented the prizes to the mascots’ designer, Ikhbar Ruzaini Abang@Ebai.
    Ikhbar, a 42-year-old freelance designer, was awarded a cash prize of RM10,000 and a trophy for his innovative design.
    In addition to Ikhbar’s achievement, the launching ceremony celebrated the contributions of two other winners.
    Azrilalfatt Hassim was recognised for creating Sukma 2024’s new logo, receiving a cash prize of RM10,000 and a trophy.
    Meanwhile, Kaderi Awang Lihi was honored for composing the official song titled ‘Sukma Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan’, bagging a cash prize of RM20,000 and a trophy.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
MSN (Wilayah Persekutuan)
Sukan Malaysia
Sarawak

Sukan Malaysia XXI (2024)
Diikuti oleh:
MSN