Sukan Olimpik Musim Panas 2000

Sukan Olimpik Musim Panas 2000 (Bahasa Inggeris: 2000 Summer Olympics) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXVII (Bahasa Inggeris: Games of the XXVII Olympiad) dan juga dikenali sebagai Sukan Olimpik Milenium, Sukan Olimpik Milenium Baharu atau Sydney 2000 merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa yang telah dilangsungkan antara 13 September dan 1 Oktober 2000 di Sydney, New South Wales, Australia.[1] Temasya ini merupakan kali kedua Sukan Olimpik dianjurkan di Australia dan di Hemisfera Selatan selepas Sukan Olimpik Musim Panas 1956 di Melbourne, Victoria.

Sukan Olimpik XXVII
Games of the XXVII Olympias

Bandar tuan rumah Sydney, Australia
Penyertaan negara 199
Jumlah atlet 10,651
(6,582 lelaki, 4,069 wanita)
Acara 300 dalam 28 sukan
Upacara perasmian 15 September
Upacara penutupan 1 Oktober
Dirasmikan oleh Gabenor Jeneral Sir William Deane
Ikrar atlet Rechelle Hawkes
Ikrar pengadil Peter Kerr
Obor Olimpik Cathy Freeman
Stadium Stadium Australia

Sydney dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2000 pada tahun 1993. Edisi Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi pertama yang mempunyai lebih daripada 300 buah acara dalam program sukan rasminya. Disebabkan oleh iklim Australia, temasya ini diadakan pada musim bunga dan bukan pada bulan Julai atau Ogos seperti kebanyakan Sukan Olimpik yang lain.

Sukan Olimpik 2000 telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak dari seluruh dunia, terutamanya organisasinya, kemesraan sukarelawan dan orang Australia serta sikap sukan pada atletnya.[2] Kejayaan Sydney 2000 juga dijadikan sebagai rujukan oleh pihak penganjur London 2012.[3]

PembidaanSunting

Sydney diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2000 pada 24 September 1993 semasa Sesi IOC ke-101 yang dianjurkan di Monte Carlo, Monaco. Sydney telah mengalahkan Beijing, Berlin, Istanbul dan Manchester dalam empat peringkat pengundingan. Kekalahan Beijing dikatakan sebagai "tamparan yang besar" kepada "keutamaan politik yang penting" bagi Parti Komunis China dan rakyat negara China sehinggalah hampir berlakunya tunjuk perasaan oleh pelajar universiti di Beijing.[4]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik 2000[5]
Bandar Nama JOK Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 Peringkat 4
Sydney   Australia 30 30 37 45
Beijing   China 32 37 40 43
Manchester   Great Britain 11 13 11
Berlin   Germany 9 9
Istanbul   Turkey 7

PemasaranSunting

Sunting

Logo rasmi, dikenali sebagai "Orang Milenium"[6], direka bentuk oleh FHA Image Design yang terletak di Melbourne.[7] Logo tersebut menampilkan seorang pelari obor yang terbentuk daripada dua bumerang yang berwarna kuning bagi tangannya dan sebuah bumerang berwarna merah pada kakinya. Obor Olimpik diwakili dengan kepulan asap berwarna biru yang serupa dengan bentuk ikonik Panggung Opera Sydney.

MaskotSunting

Maskot rasmi bagi Sukan Olimpik Musim Panas 2000 ialah Syd (platypus), Millie (echidna), and Olly (burung kokabura).[8]

TemasyaSunting

Acara SukanSunting

Acara di Sukan Olimpik Musim Panas 2000

PenyertaanSunting

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai

Pungutan pingatSunting

Berikut merupakan 10 negara teratas dalam senarai kutipan pingat Sukan Olimpik ini. (Negara tuan rumah diwarnakan)[9]

Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Amerika Syarikat 36 24 31 91
2   Rusia 32 28 28 88
3   China 28 16 15 59
4   Australia 16 25 17 58
5   Jerman 13 17 26 56
6   Perancis 13 14 11 38
7   Itali 13 8 13 34
8   Belanda 12 9 4 25
9   Cuba 11 11 7 29
10   Great Britain 11 10 7 28

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Sydney 2000". olympics.com. Dicapai pada 29 September 2021.
  2. ^ "How the media viewed the Sydney Olympics". CoolRunning Australia. 20 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2017. Dicapai pada 19 April 2015.
  3. ^ "Sydney 2000 the Olympic Games benchmark, Sebastian Coe says". The Australian. 25 July 2012.
  4. ^ Tyler, Patrick (24 September 1993). "OLYMPICS; There's No Joy in Beijing as Sydney Gets Olympics". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2009. Dicapai pada 2009-10-04.
  5. ^ "Past Olympic Host Cities List". GamesBids.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-24.
  6. ^ White, Leanne (9 June 2011). "The Sydney 2000 Olympic Games Bid: Marketing Indigenous Australia for the Millennium Games". The International Journal of the History of Sport. 28 (10): 1455. doi:10.1080/09523367.2011.578341. S2CID 144221442. Dicapai pada 17 August 2014.
  7. ^ Desktop (27 September 2012). "Top Ten Australian Logos – 8th | Desktop". Desktop | The Culture of Design. Desktop Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2014. Dicapai pada 26 November 2014.
  8. ^ "Syd, Olly and Millie – mascots of the 2000 Olympic Summer Games". Beijing2008. 5 August 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2013. Dicapai pada 25 October 2006.
  9. ^ "Sydney 2000". International Olympic Committee. Dicapai pada 17 January 2013.

Pautan luarSunting

Video luar
  The Sydney 2000 Olympics - The official Film di YouTube
Didahului oleh
Atlanta
Sukan Olimpik Musim Panas
Sydney

XXVII Olympiad (2000)
Diikuti oleh:
Athens