Sukan Olimpik Musim Panas 1988

(Dilencongkan dari Sukan Olimpik Seoul 1988)


Sukan Olimpik Musim Panas 1988 (bahasa Inggeris: 1988 Summer Olympics, (Hangul1988년 하계 올림픽; RR1988nyeon Hagye Ollimpig) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXIV (bahasa Inggeris: Games of the XXIV Olympiad) dan juga dikenali sebagai Seoul 1988 merupakan acara pelbagai sukan yang telah dianjurkan di Seoul, Korea Selatan dari 17 September hingga 2 Oktober 1988.[3] Sebanyak 8,391 atlet dari 159 negara telah bertanding dalam 237 acara. Penyediaan edisi Sukan Olimpik ini dibantu oleh 27,221 orang sukarelawan.

Sukan Olimpik XXIV
Hos BandarSeoul, Korea Selatan
Cogan kataHarmony and Progress
(Bahasa Melayu: Damai dan Maju)
(Bahasa Korea: 화합과 전진)
Negara159
Atlet8,391 (6,197 lelaki, 2,194 perempuan)
Acara237 acara dalam 23 sukan
Pembukaan17 September 1988
Penutupan2 Oktober 1988
Dibuka oleh
Kawah Obor
Sohn Mi-chung
Chung Sun-man
Kim Won-tak[1][2]
StadiumOlympic Stadium
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1988

Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di negara tersebut, dan Sukan Olimpik Musim Panas kedua yang dianjurkan di benua Asia. Tuan rumah Korea Selatan telah mendapat tempat keempat dari segi pungutan pingat keseluruhan, dengan 33 pingat (12 pingat emas). Kesatuan Soviet pula mendapat tempat pertama dengan 132 buah pingat (55 pingat emas), sebuah rekod yang terdekat dengan keputusan yang diperolehi oleh negara China (48 pingat emas) pada tahun 2008 dan USA (121 pingat emas) pada tahun 2016.

Seoul 1988 merupakan Sukan Olimpik terakhir yang diadakan semasa Perang Dingin. Berbanding dengan edisi Sukan Olimpik yang sebelumnya, di mana berlakunya pemboikotan oleh negara blok Komunis dan blok Kapitalis, hanya beberapa negara yang memboikot edisi ini, antaranya termasuklah Korea Utara dan negara sahabat Korea Utara termasuklah Cuba. Walaupun dijemput, Albania, Ethiopia dan Seychelles juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.[4] Nicaragua tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.[5] dan Madagascar juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.[6]

Pembidaan sunting

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 1988[7]
Bandar Negara (NOC) Peringkat 1
Seoul   Korea Selatan 52
Nagoya   Jepun 27

Pemboikotan sunting

 
Negara yang memboikot diwarnakan biru.

Sebelum bermula temasya, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah berusaha untuk memastikan pemboikotan yang besar-besaran seperti apa yang berlaku pada Sukan Olimpik 1980 dan Sukan Olimpik 1984 tidak berlaku pada edisi ini. Ekoran daripada itu, Deklarasi Mexico [1] telah diadaptasikan pada November 1984. Deklarasi ini memberi bantuan kepada semua ahli IOC agar mereka menyertai Sukan Olimpik. Selepas Sukan Olimpik 1984, Jerman Timur sudah bersetuju untuk menyertai Sukan Olimpik 1988, dan IOC turut menghantar jemputan kepada peserta, sebuah tugasan yang asalnya berada di bawah Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik edisi tersebut.

Korea Utara telah memboikot temasya ini setelah usulnya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 1988 bersama Korea Selatan ditolak.[8] Korea Utara turut disertai oleh negara-negara sahabatnya, Cuba. Walaupun dijemput, Albania, Ethiopia dan Seychelles juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.[4] Nicaragua tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.[5] dan Madagascar juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.[6]

Temasya sunting

Acara Sukan sunting

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 1992

Acara demonstrasi:[3]

Penyertaan sunting

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai[9]

^ Note: Brunei telah menyertai Upacara Perasmian dan Penutupan, menandakan penyertaan pertama negara tersebut di Sukan Olimpik namun kontigennya hanya terdiri daripada seorang pegawai renang.

Jadual pingat sunting

Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1988

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Factsheet - Opening Ceremony of the Games of the Olympiad" (PDF) (Siaran akhbar). International Olympic Committee. 9 October 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 August 2016. Dicapai pada 22 December 2018.
  2. ^ "Seoul 1988 Torch Relay". www.olympic.org. Dicapai pada 2 June 2018.
  3. ^ a b "Seoul 1988". olympic.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2009. Dicapai pada 12 March 2010.
  4. ^ a b John E. Findling; Kimberly D. Pelle (1996). Historical Dictionary of the Modern Olympic Movement. Greenwood Publishing Group. m/s. 182–. ISBN 978-0-313-28477-9.
  5. ^ a b Janofsky, Michael (16 January 1988). "CUBANS TURN THEIR BACK ON THE SEOUL OLYMPICS". The New York Times. Dicapai pada 27 September 2017.
  6. ^ a b "Seoul Olympics 1988". Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  7. ^ "Past Olympic host city election results". GamesBids. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2011. Dicapai pada 17 March 2011.
  8. ^ "Sport and Politics on the Korean Peninsula – North Korea and the 1988 Seoul Olympics" NKIDP e-Dossier No. 3. Retrieved 23 April 2012
  9. ^ "Olympic Games Participating Countries – 1988 Seoul". olympic-museum.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2007. Dicapai pada 7 Oktober 2007.
Didahului oleh
Los Angeles
Sukan Olimpik Musim Panas
Seoul

Sukan Olimpik XXIV (1988)
Diikuti oleh:
Barcelona