Soekarno M. Noer
Soekarno M. Noer (Ejaan yang Disempurnakan: Sukarno M. Noor; 13 September 1931 – 26 Julai 1986) merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Indonesia. Beliau berlakon dalam 118 filem dan drama.
Soekarno M. Noer | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 26 Julai 1986 Tebing Tinggi, Sumatera Utara, Indonesia | (umur 54)
Pekerjaan | Pelakon, penerbit filem |
Tahun aktif | 1960–1986 |
Pasangan | Lily Istiarti |
Anak-anak | 6 (termasuk Rano Karno) |
Biografi
suntingIbu bapanya, M. Noer dan Djanimah, berasal dari Bonjol, Pasaman, Sumatera Barat.[1] Pada tahun 1953, beliau memulakan kerjayanya dalam teater dengan karya Runtuhan. Beliau telah dipilih pelakon terbaik di Festival Filem Indonesia untuk peranan beliau Anakku Jinjang (1960), Dibalik Tjahaja Gemerlapan (1967), dan Kemelut Hidup (1979). Pada tahun 1970, beliau mengasaskan PT Kartika Binaprama tetapi menerbitkan hanya satu tajuk, Honey Money dan Djakarta Fair. Pada tahun 1974, beliau telah dipilih sebagai pengerusi Persatuan Artis Filem Indonesia (Parfi).
Beliau telah berkahwin dengan Mai dan mereka mempunyai enam orang anak. Tiga daripadanya mengikuti jejak langkah beliau dan bergiat aktif dalam bidang lakonan: Rano Karno, Suti Karno dan Tino Karno. beliau dan anak-anaknya menubuhkan Filem Karno yang melancarkan Si Doel Anak Sekolahan.
Beliau meninggal dunia pada 26 Julai 1986 di Tebing Tinggi, Sumatera Utara pada usia 54 tahun.[2][3]
Filemografi
sunting- Tjorak Dunia (1955)
- Sri Kustinah (1956)
- Air Mata Ibu (1957)
- Tjambuk Api (1958)
- Korban Fitnah (1959)
- Istana yang Hilang (1960)
- Pagar Kawat Berduri (1961)
- Anak-anak Revolusi (1964)
- Liburan Seniman (1965)
- Jampang Mencari Naga Hitam (1969)
- Si Gondrong (1970)
- Lewat Tengah Malam (1971)
- Mama (1972)
- Lingkaran Setan (1973)
- Senyum Di Pagi Bulan Desember (1974)
- Tengkorak Hitam (1978)
- Oma Irama Santai (1979)