Sukau

Mukim di Kinabatangan


Sukau merupakan sebuah kawasan Mukim dan juga DUN yang terdapat di Daerah Kinabatangan, Sabah, Malaysia Borneo.

Sukau
Gerbang Pekan Baharu Sukau
Gerbang Pekan Baharu Sukau
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianSandakan
DaerahKinabatangan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Kinabatangan
 • DUNYang Berhormat Datuk Jafry Ariffin (BN-UMNO) (Sukau)
Zon waktuMST
Kawasan KejirananSuan Lamba, Mumiang dan Litang

Sejarah sunting

 
Sungai Kinabatangan yang menjadi nadi kepada penduduk Mukim Sukau

Sejarah asal usul Sukau.

Dari sudut sejarah, Kampung Sukau adalah sebuah perkampungan yang dihuni oleh majoroti suku kaum Orang Sungai Buludupi sejak awal kurun ke-13 lagi. Maklumat ini diperolehi daripada catatan Datuk OKK Panglima Haji Ugi Bin Ali, beliau adalah salah seorang ahli The Native Chief Consultative Council pada tahun 1950.

Ada tiga pendapat yang menjurus kepada penemuan asal-usul Kampung Sukau mendapat namanya. Pendapat pertama menyatakan bahawa kawasan ini sebelum diteroka, adalah sebuah kawasan hutan tebal yang penuh ditumbuhi oleh pelbagai spesies flora termasuklah rotan sukau. Spesies rotan ini digunakan untuk membuat anak tangga gegolog (tangga gantung) yang digunakan untuk menuai sarang burung di Gua Gomantong. Oleh itu wujudlah perkataan Sukau yang merujuk kepada nama flora yang dimaksudkan. Pendapat kedua pula berdasarkan kepada kewujudan sebatang anak sungai yang mengalir ke Sungai Kinabatangan. Anak sungai ini terletak berhampiran kawasan kampung yang dimaksudkan. Bertitik tolak daripada kewujudan anak sungai tersebut maka timbullah sebuah jenama baru dipanggil sebagai Sukau. Pendapat Ketiga menyatakan bahawa Kampung Sukau diambil daripada perkataan China CHU-KAU yang menbawa erti pokok kayu tinggi. Peristiwa ini terjadi semasa rombongan Ong Sum Ping menyusur anak Sungai Sukau , mereka mendapati kawasan muara sungai tersebut ditumbuhi oleh pokok-pokok kayu sehingga mencapai 60 meter tinggi. Pokok kayu tersebut dikenali masyarakat tempatan dengan nama pokok mengaris (Koompassia Excelsa) yang sememangnya tinggi dan kulit batang pokok berwarna keputih-putihan.

Ketiga-tiga pendapat di atas sehingga kini masih lagi digunapakai sebagai asal mula bagaimana Kampung Sukau mendapat namanya. Dari segi bahasa ‘Sukau’ tidak membawa apa-apa makna yang khusus. Lokasi Kampung Sukau terletak di antara Kampung Abai dan Kampung Bilit, Kinabatangan.

Demografi sunting

Kaum Etnik yang terdapat di Mukim Sukau adalah terdiri daripada Ida'an, Orang Sungai, Bugis dan lain-lain. Majoriti penduduk Sukau beragama Islam.

Kemudahan Awam sunting

 
Masjid Nurul Iman, Sukau


Tempat Menarik dan Kawasan Pelancongan sunting

 
Burung Macheiramphus Alcinus yang terdapat di Sungai Kinabatangan, Sukar