Minangkabau asal Batu Hampar

suku di Negeri Sembilan
(Dilencongkan dari Suku Batu Hampar)

Suku Batu Hampar (juga disebut Tompar atau Tuampar[1]) merupakan salah satu dari 12 suku Minangkabau yang menduduki Negeri Sembilan sejak abad ke-15. Suku ini berpengaruh di kawasan luak Sungai Ujong.

Sejarah sunting

Diceritakan bahawa suku ini datangnya dari keturunan seorang bergelar Tok Mudim dari Pasai bernama Gemenyah yang diundang Sultan Johor ke negerinya untuk mengkhatankan puteranya setelah 24 orang sama bidang di negeri itu tidak berani melakukan demikian kerana takut akan mengorbankan si putera yang berdarah putih (menurut firasat ahli nujum diraja). Gemenyah berjaya menyunatkan putera tersebut tanpa sebarang bahaya, maka baginda sultan mengurniakan gelaran Khatib Raja sebagai tanda terima kasih serta menawar tetap di negeri Johor untuk mengajarkan agama Islam di sana.[2]

Gemanyah berlayar dari sana ke Kuala Pahang masuk Tanjom sampai ke Jelebu untuk memulakan kehidupan di sana. Beliau berkahwin dengan seorang perempuan bernama Dato' Temu di mana mereka berpindah ke Pantai Sungai Ujong (atau Pantai Layang-Layang); pasangan itu diberi izin Dato' Alun Tujuh dan Nenek Jenang selaku Tok Batin Maabut untuk meneroka tempat tersebut. Mereka dan anak-anak perempuan menjadi asas kepada suku ini.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Adat Perpatih Masyarakat dan Perubahan" (PDF). Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu. Dicapai pada 16 September 2021.
  2. ^ a b Nasaruddin B. Malik, penyunting (1994). Adat suku Batu Hampar dan Sri Melenggang dalam Luak Sungai Ujong Negeri Sembilan Darul Khusus. Jabatan Pembangunan Pengajian Masyarakat Universiti Pertanian Malaysia – melalui Institut Tamadun dan Alam Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.