Orang Jawa

bangsa yang berasal daripada pulau Jawa bahagian tengah dan timur | Bangsa Jawa
(Dilencongkan dari Suku Jawa)

Suku Jawa (bahasa Jawa ngoko: ꦮꦺꦴꦁꦗꦮ wong Jawa, krama: ꦠꦶꦪꦁꦗꦮꦶ tiyang Jawi) adalah suku yang terbesar di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 112 juta. Mereka berasal dari pulau Jawa dan menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah Yogyakarta serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta, mereka juga banyak ditemukan.

Suku Jawå
Wong Jawå
Tiyang Jawi
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia98,217,022 (2010)
 Malaysia5,000,000
 Singapura400,000
 Taiwan190,000–240,000
 Hong Kong151,021
 Arab Saudi150,000
 Emiriah Arab Bersatu114,000
 Suriname102,000
 Jordan48,000
 Sri Lanka40,148
 Oman33,000
 Qatar28,000
 Belanda21,700
 Australia12,000
 Makau7,000–16,000
 Guiana Perancis5,659
 New Caledonia4,100
 Curaçao3,153
 Mexico3,083
 Thailand3,000
 Jerman2,400
 Aruba2,215
Bahasa
Bahasa Jawa
Bahasa Indonesia
Agama
Islam 97.17%, Kristian 2.56% (Protestan 1.59% dan Katholik 0.97%), Hindu 0.16%, agama Buddha 0.10%, dan Kejawen 0.01%
Kumpulan etnik berkaitan
Suku Sunda, suku Madura, suku Bali

Sejarah sunting

Penghijrahan luar Jawa sunting

Orang Jawa banyak berhijrah ke Semenanjung Melayu dan Singapura pada 1880 hingga 1930 terutamanya dari Ponorogo di Jawa Timur untuk mencuba nasib memulakan kehidupan baru dari keadaan yang serba kekurangan; orang keturunan Jawa di Malaysia moden banyak menduduki pantai barat dan pedalaman Johor, barat daya Perak, pantai barat Selangor serta kota-kota seperti Kuala Lumpur sedangkan pemukiman orang keturunan Jawa di Singapura bertumpu di Yishun, Ang Mo Kio, Serangoon, Sengkang and Hougang utara pulau tersebut.[1]

 
Pakaian adat jawa dengan Keris

Bahasa sunting

Sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh majalah Tempo pada awal dekad 1990-an menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% daripada orang-orang Jawa menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan harian. Sekitar 18% menggunakan campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka.

Keturunan-keturunan masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.

Kepercayaan sunting

Agama Jumlah
Islam 92,107,046
Kristian 2,428,121
Hindu 160,090
Buddha 90,465
Lainnya 12,456
Total 94,788,943

[2]

Sebahagian besar orang Jawa menganuti agama Islam. Majoriti orang Jawa beragama Islam (97.17%). Sebilangan kecil menganuti agama Kristian (2.56%), Protestan (1.59%) dan Katolik (0.97%), termasuknya di kawasan luar bandar, dengan penganut agama Hindu (0.16%) dan Buddha (0.1%) juga ditemukan di kalangan masyarakat Jawa. Terdapat juga agama kepercayaan suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen. Kepercayaan ini pada dasarnya berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat. Masyarakat Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan semua budaya luar diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.

Pekerjaan sunting

Di Indonesia, orang Jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini adalah sebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan Indonesia yang berjaya yang berasal daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Disamping itu orang-orang Jawa terkenal sebagai pekerja keras dan ulet terlihat dari kebanyakan pekerja-pekerja proyek pembangunan berasal dari orang-orang yang bersuku Jawa.

Susun lapis sosial sunting

Masyarakat Jawa juga terkenal kerana pembahagian golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, Clifford Geertz, pakar antropologi Amerika Syarikat yang ternama, membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga buah kelompok:

  1. kaum santri
  2. kaum abangan
  3. kaum priyayi.

Menurut beliau, kaum santri adalah penganut agama Islam yang warak, manakala kaum abangan adalah penganut Islam pada nama sahaja atau penganut Kejawen, dengan kaum priyayi merupakan kaum bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicemari oleh penggolongan kaum-kaum lain, misalnya orang-orang Indonesia yang lain serta juga suku-suku bangsa bukan pribumi seperti keturunan-keturunan Arab, Tionghoa dan India.

Kesenian sunting

Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang. Repertoir cerita wayang atau lakonan sebahagian besarnya berdasarkan roman kesateriaan Ramayana dan Mahabharata. Walaupun demikian, terdapat juga pengaruh Islam serta Dunia Barat.

Stereotaip orang Jawa sunting

Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat.

Cara bercakap orang Jawa juga sangat halus dan pelan, mereka memiliki sifat tenang dan humble.[nyatakan menurut siapa?] Selain itu, orang Jawa juga tidak mudah marah kerana oleh sifat turun-temurun yang dimiliki orang Jawa sejak dahulu. Tetapi beza dengan orang Jawa Timur, mereka sedikit lebih agresif daripada orang Jawa tengah terutamanya orang Solo dan Jogja yang sangat sopan dan lembut.

Tokoh-tokoh Jawa sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Linda Sunarti; Teuku Reza Fadeli (2018). "Tracing Javanese Identity And Culture In Malaysia Asimilation And Adaptation Of Javanese In Malaysia". Paramita: Historical Studies Journal. 28 (1): 52–4. doi:10.15294/paramita.v28i1.10923. ISSN 0854-0039.
  2. ^ Aris Ananta, Evi Nurvidya Arifin, M Sairi Hasbullah, Nur Budi Handayani, Agus Pramono. Demography of Indonesia's Ethnicity. Singapore: ISEAS: Institute of Southeast Asian Studies, 2015. p. 273.