Buka menu utama

Mat Over

Pelakon dan pelawak Malaysia.
(Dilencongkan dari Sulaiman Yassin)
Jangan dikelirukan dengan Yasin Sulaiman.

Sulaiman Yassin (lahir 1952) atau lebih terkenal sebagai Mat Over ialah pelawak dan pelakon Malaysia.[1] dalam sitkom popular "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" yang pernah disiarkan di TV3 arahan Hatta Azad Khan yang berkisar kehidupan penduduk rumah pangsa di Flat Seri Wangi. Kisah ini telah dipentaskan beberapa kali sebagai pementasan muzikal.

Mat Over
Sulaiman Over.jpg
KelahiranSulaiman Yassin
1952 (umur 66–67)
Kuala Berang,Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, penghibur
Tahun aktif1990–kini
Anak3

Mat Over menambah watak-watak yang mewakili penduduk pantai timur dengan menggunakan Bahasa Melayu Terengganu yang cukup berkesan. Raut muka yang cengkung, bermisai, rambut kerinting serta tinggi cukup menghiburkan penonton.

Selain bergelar pelawak, Sulaiman juga seorang penyanyi lagu-lagu tradisional. Beliau merupakan teman duet kepada Ratu Pop Tradisional Malaysia iaitu Noraniza Idris dan sering bergandingan dalam banyak persembahan kebudayaan. Sulaiman menjadi pilihan untuk berduet dengan Noraniza setelah kepergian penyanyi veteran Abdullah Chik yang telah kembali ke rahmatullah pada 1995. Lagu Tanda Kasih adalah lagu duet Sulaiman dan Noraniza yang masih popular hingga kini.

Nama Mat Over kembali menjadi perhatian netizen apabila video beliau menampar David Teo yang sedang bertanya soalan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Najib Razak pada 17 Mei 2017 tular di media sosial.[2]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Kembar Siang Pak Wan
2012 Uncle Usin

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1995 Bas Mini RTM Sitkom
1993-2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Mat Over TV3 Sitkom
2012 Masihkah Ada Ramadan Astro Prima
2017-18 Bilo Nogori Jupo Kelate TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Geng Raya Zizan Astro Ria
2012 Pulang Astro Oasis
2015 Aidil dan Adha TV1
Beruk de Cafe Sulaiman
2016 Batas TV2
2018 Kebaya Mek Hwa TV3

RujukanSunting

Pautan luarSunting