Buka menu utama
Ion sulfat, SO42−, sebagai model pengisian ruang.
Struktur dan ikatan ion sulfat

Dalam kimia tak organik, sesuatu sulfat (IUPAC bahasa Inggeris: sulfate atau sulphate) merupakan sejenis garam daripada asid sulfurik.

Ciri kimiaSunting

Ion sulfat merupakan sejenis anion poliatom dengan formula empirik SO42- dengan jisim molekul 96.06 unit jisim atom; ia terdiri daripada atom pusat sulfur dikelilingi oleh empat atom oksigen dalam susunan tetrahidron. Ion silfate membawa cas dua negatif dan merupakan bes konjugat ion hidrogen sulfat (juga bisulfat), HSO4-, iaitu bes konjugat asid sulfurik, H2SO4. Terdapat sulfat organik seperti dimetil sulfat yang merupakan sebatian kovalen dengan formula (CH3O)2SO2, dan merupakan ester asid sulfurik.

Ciri-ciriSunting

Kebanyakan sulfat sangat larut dalam air. Kekecualian termasuklah kalsium sulfat, strontium sulfat dan barium sulfat, yang tak larat. Barium sulfat sangant berguna dalam analisis gravimetri sulfat: penambahan barium klorida kepada sesuatu larutan yang mengandungi ion sulfat. Kelihatan mendakan putih, iaitu barium sulfat menunjukkan kehadiran anion sulfat.

Ion sulfat boleh menjadi satu ligan menghubungkan mana-mana satu dengan oksigen (monodentat) atau dua oksigen sebagai kelat atau jambatan. Contoh ialah molekul logam neutral kompleks PtSO4P(C6H5)32, di mana ion sulfat berperanan sebagai ligan bidentat. Ikatan oksigen-logam dalam molekul sulfat kompleks mempunyai ciri kovalen ternyata.

Kesan terhadap alam sekitarSunting

Sulfat wujud sebagai zarah mikroskop (aerosol) hasil daripada pembakaran bahan api fosil dan biojisim. Mereka menambah lagi keasidan atmosfera dan mengakibatkan hujan asid.

Lihat jugaSunting