Suliza Salam
Suliza Salam merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.
Suliza Salam | |
---|---|
Kelahiran | 1965 (umur 58–59) |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1984–Kini |
Pasangan | Dato' Zainal Nazeri Zainuddin (bercerai) |
Anak-anak | Nur Izzati Zainal Nazeri Nur Falahi Zainal Nazeri Ismail Izzani |
Suliza Salam telah mencipta namanya melalui lagu Untuk Sekali Lagi pada tahun 1984. Ketika itu, Suliza Salam yang bernaung di bawah syarikat rakaman, Titra Rekod.[1]
Kerjaya
suntingSuliza Salam popular dengan lagu Untuk Sekali Lagi. Nama Suliza Salam mula melonjak apabila dia merakamkan lagu Untuk Sekali Lagi pada tahun 1984. Ketika itu, Suliza Salam yang bernaung di bawah syarikat rakaman, Titra Rekod dan berjaya menempa kemasyhuran sebaris dengan penyanyi-penyanyi ternama yang lain seperti Ramlah Ram, Nassier Wahab dan Noraniza Idris.
Lagu ciptaan Othman Mohamad itu juga telah melonjakkan nama Suliza dalam bidang seni suara dan sekali gus menjadikan dia antara artis remaja yang cukup popular ketika itu.[1]
Dengan perwatakannya yang lemah lembut dan berbudi bahasa, Suliza bukan sahaja telah mencuri hati para peminatnya dengan suara merdunya, malah sesuatu yang tidak boleh dinafikan sepasang matanya yang sering menjadi perhatian.[1]
Sepasang mata Suliza yang unik membuatkan juruhebah Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) ketika itu, Noramin menggelarnya sebagai penyanyi bermata kucing! Gelaran itu diberikan pada tahun 1985 ketika dia ke udara dan memutarkan lagu Sue dan memberi gelaran itu.[1]
Berikutan dengan kejayaan album pertama, Suliza Salam muncul dengan album kedua Cinta Di Hatiku pada tahun 1989.[1] Penghasilan album berkenaan merupakan titik tolak puncak kejayaannya, selepas dua tahun album itu diedarkan, Suliza mengambil keputusan menerima lamaran suaminya, Zainal yang juga usahawan syarikat Pengedar Utama Sdn. Bhd. yang pernah menerbitkan filem Pelumba Malam dan Isabella (1988). Bermula dari situ, kehidupan Suliza berubah daripada artis popular kepada surirumah.[1]
Keputusan nekad Suliza yang namanya dikenali ramai menerusi lagu Untuk Sekali Lagi itu berundur dari gelanggang seni semata-mata mahu memberi tumpuan kepada rumah tangganya.[1]
Kini, pada tahun 2010 sebagai isteri kepada usahawan Dato' Zainal Nazeri Zainuddin, Suliza cukup bersyukur kerana hidupnya sangat bahagia bersama suami dan tiga anaknya Nur Izzati, Nur Falahi, dan penyanyi, Ismail Izzani.[1]
Aktif kerja amal
suntingSelang masa berlalu, selepas anak- anak semakin dewasa, Suliza memberanikan diri menceburi bidang perniagaan dan melakukan kerja-kerja kebajikan.[1] Bermula pada tahun 2004, Suliza memulakan langkah dalam bidang perniagaan dan konsultan untuk kem-kem motivasi. Melalui PDSB Consultant, syarikat kendalian Suliza memberi tumpuan kepada membekalkan perunding berpengalaman kepada pusat-pusat pengajian tinggi.
Suliza mempunyai pejabatnya sendiri yang terletak di Ampang City, Ampang, Selangor.[1] Selain memberi tumpuan pada perniagaan, Suliza juga aktif dengan aktiviti-aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antaranya beliau merupakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Wanita Bukit Antarabangsa dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Kebangsaan Wanita.[1]
Tugasnya lebih kepada memantau golongan mualaf dan anak-anak yatim. Pengalaman sebagai penyanyi pada tahun 1984 memberi keyakinan pada dirinya dalam usaha mengutip dana untuk tabung kebajikan mereka dengan menganjurkan persembahan.
Keluarga
suntingAnak bongsunya Ismail Izzani turut mengikut jejak sebagai penyanyi apabila namanya meledak dengan lagu berjudul Sabar.[2] Video muzik lagu nyanyiannya, hasil ciptaan Omar K, Adib Hamdi, Zyn dan Ismail sendiri, sudah ditonton lebih empat juta kali di laman YouTube.[2]
Anak kedua beliau, Nur Falahi Dato' Zainal Nazeri telah bertunang dengan Muhammad Wafi Abdul Shakor, anak ketiga Dato' Dr. Mashitah Ibrahim pada 1 Januari 2021 lalu.[3]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k Oleh Zaidi Mohamad, Suliza harap anak tak lupa diri Utusan Malaysia 22/02/2010. Diambil 30 November 2018
- ^ a b Oleh Zaidi Mohamad, Suliza harap anak tak lupa diri Utusan Malaysia. Diambil 30 November 2018
- ^ Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021