Yang Berhormat Dato' Sulong bin Mahmood DPMT, KMN, PJK (1932-2006) adalah ahli politik dari parti United Malays National Organisation (UMNO)[1]. Beliau berasal dari Kerteh, Kemaman. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk negeri Terengganu Darul Iman.Menjadi ADUN pada tahun 1959 ketika berusia 27 tahun[2]


Sulong bin Mahmood

DPMT, KMN, PJK
Dato' Sulong Mahmood
Kelahiran1932
Meninggal dunia27 Januari 2006
PekerjaanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)
Tahun aktif1950 - 1999
Parti politik
PasanganTo' Puan Adnan Khatijah binti Yusof
Anak-anakMohd Zamri Sulong

Keluarga sunting

Beliau telah berkahwin dengan To' Puan Adnan Khatijah binti Yusof[3]. Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan 7 orang anak termasuk Dato' Mohd Zamri Sulong.

Kerjaya sunting

Dato' Sulong merupakan seorang pemimpin yang disegani rakyat serta ahli politik yang lain khususnya yang berasal dari Terengganu. Beliau dikatakan mempunyai sifat rendah diri dan senang didekati rakyat. Menurut veteran UMNO, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menyifatkan Dato' Sulong sebagai seorang pemimpin yang baik dan berkebolehan. Bekas menteri besar Terengganu itu juga akui pernah menolak tawaran bertanding bersama Dato' Sulong kerana percaya pimpinan yang baik tidak perlu dilawan.[4]

Piala Dato' Sulong sunting

YB Dato' Sulong memainkan peranan yang penting dalam sejarah bola sepak di Kerteh. Oleh sebab itu, satu jawantankuasa telah ditubuhkan pada tahun 70-an bagi mengadakan satu pertandingan bola sepak untuk pasukan-pasukan yang ada di mukim Kerteh sahaja dan liga tersebut telah dinamakan sebagai liga Piala Dato' Sulong atas penghormatan kepada beliau yang ketika itu merupakan seorang wakil rakyat yang disegani.

Kira-kira 15 buah pasukan telah menyertai pertandingan liga tersebut termasuk pasukan Kampung Gelugor, Telaga Papan, Kampung Tengah, Kampung Baru, Kampung Chabang, Ranggon Estate dan sebagainya.[5]

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada 27 Januari 2006 di rumahnya di Kampung Baru, Kerteh, Kemaman selepas mengadu sesak nafas pada sehari sebelum.

Beliau turut menghidap penyakit saraf mata.[6]

Anugerah sunting

 
YB Dato' Sulong menerima pingat daripada KDYMM Yang di-Pertuan Agong

Penghargaan Malaysia[7]

  Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.)

  Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)

  Pingat Peringatan Malaysia Perak (P.P.M.)

Pingat Pertabalan DYMM Sultan Mahmud 1981

Pingat Jubli Perak ke 25 DYMM Sultan Ismail 1970[7]

Senarai Rujukan sunting

  1. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Malaysian_State_Assembly_Representatives_(1964%E2%80%9369)
  2. ^ https://books.google.com.my/books?id=CykyjGN6BcAC&pg=PA35&lpg=PA35&dq=%22sulong+mahmood%22&source=bl&ots=SQH8ul7yr0&sig=ACfU3U3KezrMg39JpURWgaOCzb2Lj7lvow&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiipZby5-XoAhVEfH0KHasnDzQQ6AEwDXoECAwQKQ#v=onepage&q=%22sulong%20mahmood%22&f=false
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/430169/bekas-exco-meninggal
  4. ^ http://www.themalaysiantimes.com.my/utamakan-perpaduan-daripada-kemenangan-bertanding-sesama-sendiri-wan-mokhtar/
  5. ^ https://www.facebook.com/kertehfc/videos/683456692196875/
  6. ^ https://article.wn.com/view/2006/01/30/Bekas_Exco_meninggal/
  7. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 2020-04-13.