Buka menu utama

Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah

Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah (1592-1614) merupakan pemerintah negeri Pahang ke 12.


Bersekutu dengan PattaniSunting

Untuk menguatkan empayar dan melindungi pedagang, Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga telah bersekutu Negara langkasuka apabila Sultan Pahang, Sultan Abdul Ghafur Muhiudin telah berkahwin Raja Ungu yang memakai gelaran Paduka Sultanah Syah Alam, dan dengan dan hasil perkahwinan ini, lahirlah seorang puteri bernama Puteri Kuning yang menaiki takhta Langkasuka setelah kemangkatan Ratu Hijau pada tahun 1635. Empayar Johor-Pahang telah beberapa kali menghantar bantuan ketenteraan untuk mematahkan serangan-serangan Siam, hasilnya Langkasuka kekal sebagai kerajaan berdaulat hingga ke akhir abad ke 18.


Perebutan kuasa dan mangkatSunting

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh dan dimakamkan di Makam marhum.

Dalam budaya popularSunting

Sultan Abdul Ghafur digambarkan sebagai seorang putera dalam filem Thailand, The Queens of Langkasuka (2008). Baginda bersama tunangan baginda, Ratu Ungu datang membantu kekanda iparnya Ratu Hijau yang hampir tewas dalam mempertahankan Negeri Langkasuka dari serangan lanun yang diketuai Ekadam. Watak baginda dilakunkan oleh Jesdaporn Pholdee.

Baca jugaSunting

Nota kakiSunting

Pautan luarSunting