Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah

Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah yang juga dikenali sebagai Tengku Alam merupakan sultan keempat dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda naik takhta kerajaan menggantikan Sultan Ismail. Beliau memerintah dari 1766 hingga 1780. Beliau mangkat dalam tahun 1780 dengan gelar Marhum Bukit.

Alamuddin Syah
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan17611766
Nama penuhSultan Abdul Jalil Alamuddin Syah
Nama keputeraanTengku Alam
GelaranYang Dipertuan Besar Siak
DimakamkanKampung Bukit, Senapelan
PendahuluSultan Ismail
PenggantiSultan Muhammad Ali
AnakandaSultan Muhammad Ali
DinastiMalaka/Parameswara
AyahandaRaja Kecil

Masa Muda sunting

Raja Kecik, pengasas Kesultanan Siak Sri Indrapura, mempunyai tiga putera: Tengku Muda, Tengku Buang Asmara dan Tengku Alam. Tengku Muda mangkat di waktu muda. Tengku Alam adalah anak isteri pertamanya yang merupakan puteri Dipati Batukucing, Jambi[1]. Tengku Alam dan saudara lelakinya Tengku Buang Asmara selalu memainkan peran aktif dalam membantu raja memperkuat kesultanan yang baru diwujudkan. Tengku Alam beberapa kali mengetuai penyerangan di Selat Melaka melawan Belanda dan orang Bugis yang menyokong Raja Sulaiman Johor.[2]

Perkara biasa yang berlaku antara dua orang putera raja adalah bersaing untuk takhta. Persaingan antara dua orang putera dari ibu yang berbeza menyebabkan Raja Kecik mengesahkan siapa penggantinya. Apalagi, setelah itu Raja Kecik ditimpa musibah kemangkatan permaisurinya Tengku Kamariyah (ibunda Tengku Buang). Maka di akhir hayat beliau memutuskan untuk menabalkan Tengku Alam sebagai Yang Dipertuan Muda dan Tengku Buang Asmara sebagai penerus takhta. Setelah itu, Tengku Alam mengundurkan diri ke Johor dan memberi keleluasaan kepada saudaranya. Setelah Raja Kecik wafat, Tengku Buang naik takhta dengan gelaran Sultan Muhammad Abdul Jalil Muzaffar Syah dan mengangkat putra Tengku Alam, iaitu Tengku Muhammad Ali sebagai Panglima Besar.[3]

Naik Takhta sunting

Sultan Muhammad mangkat pada tahun 1760 dan puteranya Tengku Ismail ditabalkan sebagai pengganti dengan gelaran Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Syah. Berita kemangkatan sultan telah yang berkali-kali menyusahkan Belanda itu digunakan oleh mereka untuk menanamkan pengaruh atas Siak, dengan memperalat Tengku Alam untuk mendapatkan takhta dengan janji bahawa Belanda tidak akan mencampuri urusan keluarga diraja kelak. Maka, ketika pasukan Belanda hampir kalah dalam serangan mereka ke Mempura, Tengku Alam diutus untuk berunding dengan Sultan Ismail dan panglima besar Tengku Muhammad Ali yang merupakan puteranya sendiri.[4]

Sultan Ismail menyerahkan takhta kepada pamandanya Tengku Alam, kerana wasiat ayahandanya sebelum wafat yang berbunyi: Janganlah tunduk kepada Belanda yang kafir dan penjajah itu. Dan janganlah melakukan perang terhadap saudara, apalagi keluarga sendiri. Serta apabila pamanmu Raja Alamuddin datang ke negeri Siak, serahkanlah takhta kerajaan Siak ini kepada pamanmu Raja Alamuddin[5]. Maka kemudian, naiklah Tengku Alam ke atas takhta Siak pada tahun 1761 dengan gelar Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah.

Membina Bandaraya Pekanbaru sunting

Walaupun baginda naik takhta atas bantuan Belanda, ia tidak mahu mendapat kekangan dari mereka dalam urusan pentadbiran. Apalagi setelah semakin tampak kelakuan buruk Belanda yang lantas mengukuhkan kuasa di Mempura dan menguasai laluan perdagangan Sungai Siak. Selain itu, para orang-orang besar pengikut Sultan Ismail menampakkan ketidaksenangan atas perubahan pucuk kuasa itu. Maka, diutuslah Agam dari suku Limapuluh untuk meninjau bandar Senapelan untuk dijadikan pusat kekuasaannya yang baru. Kemudian setelah siap segala-galanya, beliau membawa serta seluruh peranti kerajaan dan pindah ke hulu.

Senapelan yang merupakan persimpangan lalu lintas perdagangan semakin ramai setelah menjadi ibukota Siak. Baginda membina sebuah pekan (pasar) untuk mengurangkan peranan Petapahan yang sebelumnya menjadi pekan bagi saudagar-saudagar dari tanah Minangkabau. Seterusnya, baginda membuka laluan pengangkutan yang menghubungkan dengan negeri-negeri pengeluar lada, damar, kayu, gambir, dan rotan. Laluan tersebut menuju ke selatan hingga ke Teratak Buluh dan Buluh Cina dan ke barat sehingga ke Bangkinang terus ke Rantau Berangin . Di samping itu, pembersihan lanun dan penyamun dijalankan di sekitar Bencah Lawas. Pekan baru ini akhirnya berkembang dengan pesat sehingga di kemudian hari kawasan tersebut lebih dikenali dengan Pekanbaru.

Ekonomi yang semakin maju di Senapelan telah memotong laluan perdagangan ke hilir sungai Siak. Akibatnya, Mempura menjadi sepi dan Belanda merugi. Kerugian besar itu juga mendorong Belanda untuk menutup loji mereka di Pulau Guntung pada tahun 1765.[6]

Akhir Hayat sunting

Salah seorang puterinya, Tengku Embung Badariyah berkahwin dengan seorang keturunan Arab Hadhramaut bernama Sayid Usman. Keturunan Sayid Usman kemudian menjadi sultan-sultan Siak bermula dari Sayyid Ali.

Sultan Alamuddin mangkat pada tahun 1766 dan dikebumikan di Kampung Bukit, Senapelan. Puteranya Muhammad Ali kemudian naik takhta dengan gelaran Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah .[7]

Lihat juga sunting

Sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura

Rujukan sunting

Templat:Refimprove-cite-bio-tokohmuslim

  1. ^ Amir Lutfi (1991), Hukum dan Perubahan Struktur Kekuasaan: Pelaksanaan Hukum Islam dalam Kesultanan Melayu Siak 1901 - 1942, Susqa Press Pekanbaru.
  2. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  3. ^ Ahmad Supandi (2015), Kesultanan Siak Sri Indrapura: Islam dan Perlawanan terhadap Kolonialisme, skripsi Fak. Adab dan Humaniora UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.
  4. ^ Amir Lutfi (1991), Hukum dan Perubahan Struktur Kekuasaan: Pelaksanaan Hukum Islam dalam Kesultanan Melayu Siak 1901 - 1942, Susqa Press Pekanbaru.
  5. ^ OK. Nizami Jamil dkk (2001), Sejarah Kerajaan Siak, CV. Sukabina Pekanbaru terbitan LAM Kab. Siak.
  6. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  7. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
Didahului oleh
Sultan Ismail
Sultan Siak Sri Inderapura
1761 - 1766
Diikuti oleh:
Sultan Muhammad Ali

Templat:Sultan-bio-stub