Buka menu utama

Sultan Abdul Jalilul Akbar

Sultan Brunei

Sultan Abdul Jalilul Akbar merupakan Sultan Brunei ke-10 memerintah dari tahun 1598 hingga tahun 1659. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Hasan. Sebelum menaiki takhta, baginda dikenali sebagai Pengiran Muda Tua Abdul Jalil.

Baginda seorang sultan yang termasyhur gagah, adil dan berkeramat. Sewaktu menaiki takhta, baginda dibantu oleh ayahanda saudara baginda, Pengiran Di-Gadong Besar Osman.

Pada tahun 1599, baginda mengadakan perhubungan dengan pihak Sepanyol di Manila.

Pada tahun 1600, Oliver van Noorf, peniaga Belanda datang ke Brunei. Pada tahun 1612, sekumpulan ahli-ahli perniaga Inggeris yang diketuai oleh Sir Hendry Middleton datang ke Brunei.

Pada tahun 1659, baginda mangkat. Sewaktu baginda mangkat, baginda merupakan Sultan Brunei yang paling lama memerintah iaitu selama 61 tahun. Baginda terkenal dengan nama Marhum Tua.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
15961659
Penyandang Kemudian
Muhammad Hasan Abdul Jalilul Jabbar