Buka menu utama

Wikipedia β

Sultan Abdul Jamil Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah

Almarhum Paduka Sri Sultan Abdul Jamil Shah I ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (mangkat 1511) ialah Sultan Pahang yang ketiga yang bertakhta memerintah dari tahun 1495 hingga tahun 1512. Baginda memerintah bersama dengan kakanda sepupu baginda, Sultan Mansur Shah yang menggantikan penurunan takhta paduka ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah I pada tahun 1495.[1]

Abdul Jamil Shah
عبد الجامل شاه
Sultan Pahang
Pemerintahan 1495–1512
Didahului oleh Sultan Ahmad Shah I
Diikuti oleh Sultan Mansur Shah I
Kemangkatan 1511
Pekan
Pasangan Raja Fatima
Anakanda Sultan Mansur Shah I
Nama diraja
Paduka Sri Sultan Abdul Jamil Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
Nama selepas mangkat
Marhum Ziarat
Kerabat Melaka
Ayahanda Sultan Muhammad Shah
Bonda Mengindra Putri
Agama Islam

Isi kandungan

Kehidupan awalSunting

Dikenali sebagai Raja Jamil sebelum baginda menaiki takhta, baginda ialah paduka putera sulung kepada Sultan Pahang yang pertama, Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah dan raja permaisuri baginda, Mengindra Putri.[2] berikutan penurunan takhta paduka ayahanda saudara baginda, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah dan perisytiharan sepupu baginda Raja Mansur sebagai Sultan pada tahun 1495, Raja Jamil telah mengambil tanggungjawab untuk pewalian Sultan yang muda itu.[3] Baginda kemudiannya dilantik oleh sepupu yang lain, Sultan Mahmud Shah dari Melaka sebagai Sultan Pahang dan memerintah bersama dengan Sultan Mansur Shah.[1]

Takhta pemerintahanSunting

Sultan Abdul Jamil Shah menyelia pemulihan hubungan antara Pahang dan Melaka. Pada tahun 1500, kedua-dua negeri itu bekerjasama menewaskan Raja Ligor yang telah diarahkan oleh Siam untuk menyerang Pahang. Ia merupakan percubaan terakhir Siam untuk menyerang Pahang.[1] Pada tahun 1511, Melaka jatuh di bawah Empayar Portugis. Sultan Mahmud Shah berundur ke Muar di Johor dan kemudian ke Pahang, tempat baginda diterima dengan mesra oleh Abdul Jamil Shah.[4] Sultan Abdul Jamil Shah mangkat di Pekan setahun kemudian dan dimakamkan di Ziarat Raja Raden. Maka digelar Marhum Ziarat.[2]

GelaranSunting

  • Keputeraan — 1475: Raja Jamil ibni Sultan Muhammad Shah
  • 1475 — 1512: Paduka Sri Sultan Abdul Jamil Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
  • 1512 — kini: Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
  • Nama diraja: Sultan Abdul Jalil Shah I
  • Anumerta: Mahrum Ziarat

KeturunanSunting

RujukanSunting

BibliografiSunting

Didahului oleh
Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Mansur Shah I
Sultan Pahang
1475
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah

RujukanSunting

Wikipedia