Sultan Abdul Rahman ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin
(Dilencongkan dari Sultan Abdul Rahman Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin)
Sultan Abdul Rahman ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin, diberi gelaran Marhum Surai selepas kemangkatan baginda, (mangkat pada 17 Rejab 1246 H/1 Januari 1831 M)[1] ialah Sultan Terengganu kelima dan putera kepada Sultan Zainal Abidin II dengan Che Puan Besar Wan Zainab anak Bendahara Indera Bongsu kerajaan Johor-Riau-Lingga. Baginda memerintah dari 4 Julai 1830 sehingga 1 Januari 1831.[2][3]
Sultan Abdul Rahman ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin | |
---|---|
Pemerintahan | 4 Julai 1830 – 1 Januari 1831 |
Pendahulu | Sultan Ahmad Shah |
Pengganti | Sultan Daud |
Raja Muda | Tengku Daud |
Pasangan | m. at Bukit Keledang, Kuala Trengganu, 17th November 1802, H.H. Tengku Sulong binti Tengku Muhammad, Tengku Ampuan Besar (b. 1787; m. second, 1831, H.H. Paduka Sri Tuanku Sultan Mansur Shah II ibni al-Marhum Sultan Zainal-Abidin, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Trengganu, and d. 17th August 1864) - see below), daughter of H.H. Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur, Yang di-Pertuan Muda of Kelantan, by his wife, Cik Ku Wan Teh, Che Puan Kelantan, daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Long Yunus ibni al-Marhum Raja Long Sulaiman, Raja and Yang di-Pertuan of Kelantan |
Anakanda | |
Sultan Mahmud Mustafa Shah | |
Nama penuh | |
Sultan Abdul Rahman ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin | |
Ayahanda | Sultan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mansur Riayat Shah |
Bonda | Che Wan Zainab |
Kemangkatan | 1 Januari 1831 Surau |
Agama | Islam |
Keluarga sunting
Putera-puteri Baginda terdiri daipada:
- Tengku Abdullah
- Sultan Mahmud Mustafa Shah
- Tengku Lijah
- Tengku Salmah[2].
Mangkat sunting
Baginda mangkat pada 1 Januari 1831 dan dimakamkan di Makam Paya Bunga (kini dikenali sebagai Makam Sheikh Ibrahim) dan digantikan oleh putera Sultan Ahmad Shah I, Tengku Daud[2].
Lihat juga sunting
Nota kaki sunting
- ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 156.
- ^ a b c Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 95
- ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 155–156.
Rujukan sunting
- Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
- Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)
Penyandang Terdahulu | Sultan Terengganu ke-5 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Ahmad Shah I | Sultan Daud |